Pengalaman Bersalin di KPJ Damansara

 Assalamualaikum wbkth....


Syukur alhamdullilah, setelah 37 minggu berada dalam kandungan ku, pada 20 September 2021 bersamaan 13 Safar 1443H, aku telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sangat comel.  Pengalaman bersalin kali ni tersangatlah berbeza dari sebelumnya, dikala bersalin di suasana pandemik covid-19 dengan kes yang makin meningkat setiap hari.  Akhirnya Allah SWT permudahkan segala urusan bersalin aku dalam keadaan kritikal ini.

Kami memilih untuk bersalin di swasta disebabkan keadaan situasi covid19 yang mana kalau aku bersalin di Hosp Putrajaya dengan pakej FPP, syaratnya suami tidak boleh meneman dah di bilik selepas bersalin seperti sebelum ini.  Jadi disebabkan keadaan ini, kami memilih di KPJ Damansara.  Lagi pula aku ada juga booking untuk pakej FPP, untuk standby for emergency kekonon takut tak sempat ke Damansara from Putrajaya, at least aku dah booking doktor pakar lain which is Dr. Hazim, memandangkan doktor ni yang assist kes bersalin anak pertama dulu.  Tapi nak dijadikan cerita, pada 15 Ogos 2021 patutnya aku kena check pertama kali dengan Dr Hazim, klinik pakar HPJ call inform cakap  diaorg tak terima dah pesakit baru untuk pakej FPP disebabkan Hospital Putrajaya, separuh wad biasa telah bertukar ke Wad COVID dan juga aku dimaklumkan bahawa katil untuk emergency dah sampai depan klinik doktor pakar.  Jadi FPP tak ambil untuk kes baru.  Jika siapa berminat untuk ambil pakej FPP dengan doktor pakar, perlu 5 kali checkup dengan doktor tersebut sebelum boleh bersalin dengan pakej FPP ni. Jadi ni antara sebabnya juga kenapa aku tak dengan pakej FPP untuk bersalin kali ni.

Ok back to story, sebelum story nak bersalin ni, aku nak cerita pengalaman mengandung masa 36mingu checkup dengan doktor, doktor maklumkan bahawa aku boleh cuba jika nak bersalin normal, but doktor takkan induce, akan tunggu secara sakit semulajadi.  Untuk itu, pada malam 36minggu 3hari, perut dah start mengeras dan juga ada darah keluar dalam 3titik macam tu, dan aku perasan yang air kadang-kadang ada keluar sikit-sikit.  Untuk itu, masa awal jumpa doktor tu, aku macam confiden nak try normal.  But bila keadaan ini berlaku dan doktor pun ada maklumkan juga chances untuk normal tu 70% boleh berjaya dan 30% akan ke emergency, which is kalau tak berjaya tetap akan plan ke czer.  Jadi untuk aku taknak ambil risiko, sebab kes anak pertama dulu yang AFI kurang dan perut kerap mengeras, aku ambil keputusan untuk 2nd czer je terus bila masuk 37minggu, yang doktor maklumkan, kalau genap-genap 37minggu akan ada juga kes 1% faktor pernafasan baby mungkin belum matang sepenuhnya.  Just only 1% sahaja.  So bila di fikirkan semula antara 30% dan 1%, aku memilih yang keadaan 1% tu. heheheh...Syukur alhamdullilah pada 20 September 2021 genap aku 37 minggu, jam 10.04 pagi lahirlah anak lelaki kedua yang diberi nama Baby DH.  Reason terus nak czer bila masuk 37minggu adalah sebab hati ni tak confiden untuk delay lagi beberapa hari bila dah tengok darah kerap keluar, perut kerap mengeras dan air ketuban juga macam leaking.  So itulah date yang dipilih. pada hari isnin, sebab kami memang set untuk pilih antara isnin dan jumaat sahaja, so untuk nak tunggu dalam 4hari lagi, hati tak confiden boleh tahan.  Keputusan yang tepat. Alhamdulliah Allah SWT permudahkan semuanya.

Pengalaman kali ni sangat berbeza sekali sebab husband boleh teman sehingga dalam OT room, yang mana merupakan pengalaman baru bagi suamiku dan juga pengalaman kedua bagi diri ku yang mana terpaksa mengadap katil OT tu lagi hanya yang membezakan adalah dahulu suami tak boleh teman, kali ni suami boleh teman dan merasai pengalaman berharga ini.  Syukur alhamdullilah atas rezeki yang Allah SWT kurniakan.  Untuk pakej bersalin ni, disebabkan ambil pakej dengan syarat 5kali checkup dengan doktor pakar, maka dapatlah harga pakej yang dah all in... cuma ada tambahan cas untuk baby je yang ada kuning...

Memang best pengalaman kali ni dapat bersalin dengan doktor imelda yang famous tu. Rezeki kali ni, sebab difahamkan slot untuk Dr.Imelda dah penuh sehingga November 2021.  Jadi kalau ada yang berhajat nak bersalin dengan doktor famous ni, bolehah booking awal...


4th TTC Journey

 Assalamualaikum wbkth....

Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi dengan pemberian rezeki yang tak terduga ini....Tanpa di sangka genap 1 tahun tempoh bertenang dan pemergian 2 anak syurga pada tahun 2019.  Allah swt gantikan dengan satu nyawa di dalam rahim ku setelah 1 tahun tempoh berehat...

Tiada ungkapan yang digambarkan selain memanjatkan rasa syukur atas pemberian rezeki ini di kala umur ku yang makin meningkat.  Walaupun di kategorikan sebagai berisiko, mudahan Allah swt lindungi dan pelihara kandungan ini sehingga cukup bulan dengan keadaan sihat sempurna serta umur yang panjang.... Insyaallah....!!! 

kali ni merupakan kali ke-4 TTC Journey aku dalam mendapatkan zuriat..
pengalaman mengandung kali ni sangat berbeza sekali di kala waktu pandemik covid-19.
selama awal kehamilan aku menempuh mabuk hamil sehingga 6 bulan.. betapa teruknya kehamilan kalini.
sejak tahu kandungan 7 minggu, perkara pertama yang aku takut adalah keguguran berulang. Aku takut akan menghadapi perkara yang sama lagi.. Diri ni dah macam fobia dengan 2 keguguran yang lepas.
Jadi kami (aku & husband) dah plan awal untuk berjumpa dengan dr. Imelda di KPJ Damansara bermula kandungan 7 minggu. oleh kerana masa kandungan yang ke-3, sebelum keguguran berlaku Dr. imeda ada pesan, jika mengandung lagi selepas ini cepat-cepat jumpa dia untuk pemantauan awal.  Jadi bila dalam 2 bulan period tak datang, maka dengan kekuatan yang ada aku test menggunakan pregnancy test clear blue dan menunjukkan yang "pregnant 3+" meaning kandungan dah 7minggu ke atas.  So terus aku booking appmnt dengan Dr. Imelda, nasib doktor terima kes aku, sebab normally doktor akan ambil kes 12 minggu kandungan keatas. Tapi disebabkan aku ada kes keguguran yang lepas, terus doktor ambil booking untuk berjumpa bagi check pregnancy kali ni.  Maka bermulalah rutin bulanan aku berjumpa dengan doktor pakar.

Syukur alhamdulilah dari awal tempoh kehamilan doktor ada berikan ubat untuk kuatkan rahim dan ubat untuk plasenta.  Disebabkan kes anak pertama plasenta tak berfungi dengan baik oleh sebab kes baby ada masalah IUGR dan AFI kurang.  Doktor terus start dengan beberapa ubat untuk mengelak keadaan sama berulang bagi kandungan kali ni. 

Part mabuk tu 6 bulan lah kena hadap.  Disebabkan situasi sekarang PKP, maka office ada penggiliran bekerja WFH.  Jadi disebabkan aku tak berapa nak fit untuk kandungan kali ni, dan Big boss pun memahami keadaan aku, dapatlah aku WFH selama 4 bulan di rumah, itu pun dengan tugasan kerja yang sangat minimum.

to be continue...

Pengalaman Keguguran 2 Kali

 Assalammualaikum wbkth....


Alhamdullilah atas kehidupan ini... syukur pada mu ya Allah swt..

Sekarang baru ada kekuatan untuk i menceritakan kisah keguguran yang berlaku pada diri ini pada tahun 2019 sahaja, dua kali diri ini mengalami keguguran... Kita hanya merancang tetapi Allah swt lebih mengetahui akan kebaikan untuk diri kita..

Tentulah perasaan sedih tak dapat digambarkan tapi aku redha dengan ketentuan ini. Nak di jadikan cerita masa yusuf 11 bulan, aku telah dikhabarkan dengan berita gembira yang sedang hamil 6 minggu, pada scan pertama didapati tidak menampakkan jantung ataupun embrio bayi. Doktor memberikan tempoh lagi 2 minggu untuk repeat scan, yang nampak hanyalah kantung kosong. selama 2 minggu, doktor membekalkan dengan pil kuatkan rahim, sebab aku pernah mengalami keadaan dimana masa kandungan pertama posisi keadaan rahim yang retroverted serta kesan melahirkan secara pembedahan membuatkan rahim agak lemah.. 

Setelah 2 minggu datang check sekali lagi, doktor mengatakan yang kandungan tidak jadi sebab tiada janin & jantung bayi di temui, jadi doktor memberikan tempoh 2 minggu lagi untuk tengok keadaan samaada akan berlaku kegugan semula jadi.  Pada minggu ke 9, (19 Mac 2019) berlakukan keguguran secara biasa..hanya ketulan darah sahaja yang keluar macam period.  Tiada rezeki buat kami, dan doktor menasihatkan supaya banyakkan berehat dan tidak melakukan kerja berat serta merehatkan rahim dalam tempoh 6 bulan...

Selepas tempoh 6 bulan, aku disahkan pregnant buat kali ke-3, tetapi kandungan kali ni sejak dari awal, aku telah dinasihatkan untuk banyakkan berehat dan tidak banyak bergerak serta dibekalkan dengan ubat kuatkan rahim sekali lagi.. alhamdullilah keadaan makin elok dengan perkembangan janin yang menunjukkan keadaan yang postivite namun masih tidak nampak lagi jantung bayi walaupun pada minggu ke8.  Doktor memaklumkan untuk repeat scan pada minggu ke 10.

Pada minggu ke-10 sekali lagi kandungan membesar dengan baik tetapi jantung masih tidak kelihatan.. doktor menganggap bahawa aku mengalami kandungan tidak menjadi buat kali ke2.  Doktor ada menyarankan supaya untuk membuat proses D&C supaya tidak membahayakan keadaan aku. Tapi biasalah aku ni jenis penakut ya amat..so decide untuk tunggu janin gugur dengan sendirinya...

Pada minggu ke-11 janin masih tak keluar tapi keadaan perut dah sakit macam period pain, tapi lebih teruk.. for the first time aku mengalami keadaan yang macam ni...masa melahirkan yusuf dulu tak de rasa macam ni, tapi kali ni rasa dia lain macam, mungkin inilah rasanya kalau orang bersalin secara normal..

Tepat pada jam 10 malam di wad bersalin, hospital putrajaya, bila keadaan aku dah pucat dan tak bermaya, doktor membantu untuk mengeluarkan janin yang tersangkut di pintu rahim disebabkan kantung keluar bersama dengan janin tu agak besar. Yelah sebab dah minggu ke11, mestilah janin walaupun takde, tapi dah membentuk ketulan daging, sakit tu takyah cakap la camne sampai mengigil lutut menahan sakit...

Ini adalah keguguran kali ke2 dalam tahun 2019 yang tak dapat dilupakan.. Doktor menyarankan agar aku berehat selama 1 tahun untuk memberikan kesihatan yang maksimum kepada keadaan rahim aku, mungkin salah satu faktor disebabkan kelahiran pertama aku melahirkan secara pembedahan dan juga posisi rahim yang retroverted serta mengalami banyak komplikasi sewaktu mengandung.. jadi untuk mengelakkan keadaan rahim yang penat dan bahaya, doktor menyarankan sebegitu...

Aku redha dengan ketentuan daripadaNYA dan percaya, apa yang berlaku ini Allah swt akan menggantikan dengan lebih baik...Insyaallah...

Aku sangat bersyukur... bila masuk tahun 2020, dimana pandemic COVID-19 mula menyerang dunia sekarang..which is aku percaya apa yang terjadi pada diriku ada hikmah yang Allah swt lebih mengetahui. mana tahu kalau aku masih dalam keadaan hamil dan EDD aku adalah pada bulan April 2020 mungkin aku akan bersalin seorang diri tanpa ditemani suami & mak aku di wad bersalin... Kalau masa kelahiran yang pertama dulu, mak dan suami yang ada 24 jam menemani aku di hospital.. 

Bagi yang mengalami nasib sama macam aku, korang percayalah Allah swt akan menggantikan yang lebih baik kerana hanya dia je yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita.  Jangan terlalu bersedih, benda yang sama juga aku selalu ingat pada diri sendiri... rindu mestilah rindu dengan dua anak syurga aku, tapi aku bersyukur kerana anak sulung Yusuf Hussein adalah peneman di kata aku duka dan gembira...alhamdullilah...

Buat Abdullah Hussein & Muhammad Hussein, tunggu mama, daddy & Yusuf Hussein di Syurga nanti ya...!!! in memories..






Training for APEC 2020

Assalammualaikum wbkth....
Harini ada training untuk APEC 2020
Macam biasalah, kami bertiga di terima join APEC 2020 sebagai secretariat... 
Macamana boleh terpilih??? actually i memang suka kalau join persidangan antarabangsa ni.. kalau ada ruang dan peluang apa salahnya kita join kan??? tak rugi pun, at least ada pengalaman bila kita menghadiri persidangan antarabangsa ni sebagai secretariat... 



APEC 2020, tuan rumah untuk kali ni adalah Malaysia dan main rolenya adalah MITI
Jadi banyak committee yang telah di form khas untuk persidangan ni, jadi kami bertiga pun pilih untuk join committee yang sama dan date yang sama...sebab barulah ada geng nak gelak lebih...
Untuk training harini adalah basic je, jadi disebabkan we os start duty pada minggu akhir february nanti, jadi we have more time untuk belajar serba sedikit berkenaan dengan latar belakang APEC 2020 ni...



Pengalaman Membuat Pemeriksaan CT Scan

Assalamualaikum wbkth...
Today i nak share pengalaman dan memori i menjalani pemeriksaan kesihatan dengan CT Scan..
Macamana pulak tetiba i nak kena CT Scan ni kan?? ok ceritanya macam ni, selama 3 hari lepas i memang mengalami sesak nafas dan jugak nafas pendek, lepas tu terasa sakit di bahagian dada belah kanan. jadi macam biasalah, i google about penyakit yang seantaranya, and guess what?? apa yang i jumpa adalah berkenaan dengan jantung... dalam hati, ish takkan lah jantung i ni problem??? umur muda lagi, takkan dah kena sakit jantung... ah sudah... 



Jadi disebabkan i ni penakot ya amat, my husband suggest i untuk pergi buat medical checkup untuk check faktor kesihatan i... sebab selama ni i memang anggap i ni normal dan tiada apa penyakit pun, sebabnya sejak dari kecil sehinggalah sekarang i memang tak buat pemeriksaan kesihatan secara berkala tu, i buat hanyalah masa nak masuk kerja kerajaan dulu which is dah almost 14 tahun lepas.... jadi disebabkan faktor usia yang makin meningkat dan rekod lama i think dah tak boleh pakai, jadi nak di jadikan cerita, i pun bersiaplah untuk ke KPJ Damansara, disebabkan i tak pernah ada doctor specific, jadi mencarilah juga doc yang specialize in cardic, which is jantung... 

Jadi bergeraklah i seorang diri ke KPJ Damansara untuk berjumpa dengan Dr Effa.. baik, lemah lembut dan cantik orangnya.. tetiba terkesima pulak dengan Dr. chantik camtu.. hahahha... sebab Dr. ni baik dan peramah terus kita sebagai pesakit tak terasa macam baru first time buat pemeriksaan..so kat situ nervous i hilang sikit... eceh.. padahal dalam hati takut jugak ni, but buat muka slumber je di sebabkan sakit dada tak tahan sangat...


Jadi Dr. pun suggest untuk buat beberapa test dan yang selalunya adalah test darah yang dibuat untuk (buah pinggan, hati, kolestrol, darah tinggi, diabetic dan beberapa test lagi) banyaklah..lebih kurang 7 camtu, and Dr. suggest juga untuk buat ECG, ECHO & CT Scan (Pulmonary & .......) tak ingat apa lagi satu. tapi yang CT Scan sahaja ada 4 yang Dr. nak check, bukan apa katanya sebab Dr. Macam suspect takut ada darah beku di saluran darah nak ke paru-paru dan jantung, disebabkan history i pernah keguguran 2 kali dan juga pernah melakukan bersalin secara pembedahan..... so itulah pointnya i kena buat CT Scan...


Ni time kena buat ECG & ECHO pada hari yang kena checkup tu...jadi bacaan ECG ada sedikit lari. kata Dr. jantung i ni macam senget sebelah.. haih, semuanya sengetlah i ni, daripada tulang belakang, rahim and now jantung pulak dah..

Maka bermulalah episod untuk buat CT Scan tu, yang memakan masa lebih kurang 30 minit.. Pengalaman ni yang paling tak dapat i lupakan adalah bila diinject jarum untuk masukkan ioddin dalam badan... perghhh sakit pedih dia hanya diri sendiri je tahu camne... tobat taknak buat dah...kalau tidak disebabkan untuk tengok darah beku di saluran darah, memang i takkan buat CT Scan tu okay...

First untuk buat CT Scan ni, kena puasa dan perlu minum air masak banyak sebanyak 2litter ye sebelum buat CT Scan, di sebabkan i warded semalam. jadi puasa i bermula dari jam 10 malam sehingga 10 pagi keesokan harinya... puasa makanan, tapi bukan puasa minumam. so selama tempoh tu boleh dibenarkan minum air masak sebanyak 2 liter... then, bila dah puasa, esoknya jam 9 pagi, nurse dah bagi 6 biji ubat jantung untuk slowkan heartbeat.  Tujuannya adalah untuk slowkan pumping jantung tu di bawah 70 sebab kalau tak below 70 heart rate, Dr. tak boleh nak buat scan tu. so kena telan dulu before buat prosedur tu.. then suku biji ubat asthma dan 1 biji lagi ubat apa tak ingat dah... so total 7biji suku i kena telan jam 9 pagi tu... lepas tu around 930 camtu, nurse datang untuk amik bacaan heartrate dah slow or tak?? 


alhamdullilah, ubat tu berkesan pada diri i dan heart rate i dah below 60 which is 58, 59. 60.. so i'm ready untuk di scan...  Disebabkan itu, pergerakan i pun jadi slow dan i macam sedikit lalok..tak tau la kesan ubat ke atau kesan jantung i yang pump slow... i think maybe both... so nurse bawak kerusi roda dan tolak sampai ke bilik CT Scan, masa kat situ pun nurse check heart rate... jadi nasihat i silalah membuang air kencing ye korang..sebab dalam bilik tu sejuk gila yang tak boleh bawak di bincang... bila masuk dalam bilik tu kena tukar baju biru gelap dan time tu, nurse tu inform nak cucuk jarum besar sikit untuk masukkan ioddin..time ni la azab gilaa... dah la jarum mata besar dengan urat tangan i yang halus, so pedih dia tu..toksah cakaplah... memang sakit.. lepas dah cucuk tu, ada la 4kali i ulang masuk dalam scan tu, sebabnya ada 4 test.. yang step last sekali tu yang tak tertahan.. sebab time tu di masukkan ioddin tu dan terasa badan panas dan boleh rasa cecair tu bergerak dalam saluran darah dan automatik terasa macam nak kencing...tapi kata nurse itu cumalah perasaan dan tindak balas badan kita sahaja, jadi jangan panic... tenang je bernafas macam biasa... tapi bila dah panas badan nak tenang pun tak berapa boleh nak tenang... hahah sebabnya dok menahan pedih jarum yang disuntik ioddin tu je...




After settle dalam 30 minit, dah boleh naik wad semula. jadi nurse akan datang bawak naik semula guna kerusi roda...sebab time ni pun tak boleh nak jalan sangat, sebab terasa badan macam terhoyong hayang kiri kanan dan slow...maybe sebab jantung pump slow.. untuk heart beat normal, range adalah 90-100 camtu.. i punya 58-60. memang gitulah jadinya slow.. sampai je naik wad, Dr pesan untuk minum air bebanyak untuk flushkan ioddin tu keluar daripada badan semula... so sampai je kat wad, nurse dah standby nak masukkan drip air kat i. then bolehlah buka puasa... Result???? kena tunggu dalam 2 jam camtu...



End up, will story next page ye... bersambung...

Diary Farm Kundasang Sabah

Assalamualaikum wbkth....
Hari Kedua di kundasang adalah ke Diary Farm yang selalu orang viral tu yang ala-ala macam di New Zealand...so itulah tujuan utama i ke kundasang ni selain nak tengok dengan lebih dekat gunung kinabalu ni...


 Around 9 pagi memang dah berkabus dah kawasan area sini dan sejuk... tapi tak de la sejuk sangat, sejuk ala-ala cameron highland tu je. and again, my son dah start badan panas on off tak sihat.. jadi agak cranky sikit bila nak sesiap checkout from hotel.  Perjalanan from hotel ke diary farm tu lebih kurang 5minit je from our hotel memang sangat dekat, kalau nak jalan kaki naik atas pun boleh...tapi agak berpeluh jugaklah... tak kuasa nak berjalan menapak kan.. jadi kalau plan nak ke sini better awal pagi sebabnya kalau taknak merempuh jammed untuk mencari parking... untuk masuk ke situ tak salah kena bayar rm5 / person...i dah lupa dah. but ada entry camtu la jugak nak masuk...



Setibanya dalam tu punya ramailah manusia yang datang... belum time cuti sekolah lagi pun dah ramai gila, jadi nak beratur beli susu dan aisrkim punyalah panjang barisan.. memang berebut jugaklah, so advice i jangan pergi time cuti sekolah, pergilah time tak cuti sekolah.. huhuh.. kalau nak keadaan tenang dan aman damai.. hahahha... tapi tu la, i pergi time belum cuti sekolah seminggu lagi pun dah jammed dan penuh orang...



Lembu-lembu sini memang daripada New Zealand....permandangan pun ala-ala di new zealand jugak, tapi disebabkan ramai orang sangat, nak bergambar pun kena berebut dan take turn, takde nak view kosong je belakang tu... jadi kami pun cecepat snap photo dan terus bergerak ke destinasi seterusnya... disebabkan yusuf pun tak berapa sihat, jadi takde la melepak lama di satu-satu tempat tu... next nak ke rabbit farm pulak before balik ke kota kinabalu semula..




Bercuti ke Kundasang & Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum wbkth...
Hujung tahun mesti ramai merancang untuk bercuti panjang sehingga tahun baru kan??
Tahun ni takde plan untuk bercuti ke luar negara, kami hanya plan untuk ke Kundasang, Sabah..
Actually plan ni agak last minit jugak, first plan nak ke bangkok, thailand tapi disebabkan keadaan time tu my boy kurang sihat, since dah seminggu lebih demam on off. so we decided untuk ke Sabah sahaja, lagi pun my husband beria ajak i pi sabah... i pun lama jugak tak pi sabah, agak dalam 5tahun dah kot.. tak de ke sana, so moh la kita kesana... once tiket semua dah booking +hotel, dari di nantikan telah tiba... kami sampai awal di airport untuk check in disebabkan ada bawak anak kecil (infant) so tak boleh nak checkin online, kena checkin di kaunter.. itu policy malindo..jadi kenalah datang awal untuk checkin segala bagai..nak dijadikan cerita hari kejadian tu pun my boy masih selesema tak berapa sihat...

 


Setibanya di Kundasang dalam jam 10 pagi camtu, my husband sewa kereta myvi dan kami bergerak ke kundasang..jadi sepanjang ke kundasang i dengan my boy tido...jadi tak de la nak menikmati sangat perjalanan tu apa ada kiri kanan jalan, yang i tau ada gunung yang curam bila melalui jalan lama ke kundangan tu dari kota kinabalu... Jadi sampai di kundasang sudah time tengahari, jadi kami pun singgah makan di pekan kundasang... rupanya kundasang ni macam cameron highland banyak di jual buah dan sayur segar... tapi disebabkan kami hanya pergi sebab nak ke diary farm, tengok gunung kinabalu dan ke rabbit farm...so takde la nak lawat ke tempat lain...

kami check in di Dream World Resort Kundasang yang semalam RM261. memang agak mahal dengan keadaan resort yang so and so je...tapi  berbaloi sebab dapat tengok gunung kinabalu tu betul-betul di belakang resort ni... i suggest kalau datang dengan anak kecil dan nak selesa tidurlah di tempat yang proper..sebab sana banyak jenis homestay dan cabin, which is untuk yang bujang sesuailah. tapi bagi yang ada anak kecil macam kami... better amik tempat selesa sikit...




Untuk hari yang kedua pulak, seawal 530 pagi dah boleh nampak clear gunung kinabalu daripada bilik resort.. indah sungguh ciptaan Allah swt.. alhamdullilah time tu cuaca kabus tak berapa tebal.. betullah orang cakap, kalau nak tengok gunung kinabalu dengan jelas, memang kena bangun awal pagi untuk tengok, memang 100% clear, but start jam 8 pagi camtu, kabus dah start tebal dan menutupi gunung tu, jadi takde la nak nampak dah..so aktiviti hari kedua ni adalah ke Dairy Farm.. nanti i cerita ke entry seterusnya... 


Resipi Homemade Mac & Cheese

Hola...
Haritu i dah share resipi mashed potato simple
Today i nak share resipi Homemade Mac & Cheese yang hari-hari makan pun tak jemu dan sangat sesuai untuk anak anda... sebab yusuf sangat suka kalau i buat mac & cheese ni.. selain tu dapat menambah berat badan anak jugak...!!yeayy

Antara bahan-bahannya:
  • 1cup macoroni
  • 1/2 cup butter
  • 1/2 cup tepung serbaguna / gandum
  • 1 1/2 cup susu
  • sedikit garam
  • pepper
  • 2 cup cheddar cheese
Caranya:
  • Masak macaroni sampai lembut dan ketepikan
  • tumis butter dan masukkan tepung dan masak sampai naik bau
  • masukkan susu + garam + pepper
  • masukkan macaroni dan gaul sebati 
  • masukkan cheddar cheese dan biarkan cair dan sebati

 Taraaa dah siap.... 


Review - Offspring Natural Inc VS Applecrumby

Oklah disebabkan ramai jugak yang minta i review about pampers 2 brand yang pernah i guna sebelum ni...so meh i share sikit pengalaman peribadi mengenai pampers ni....for now i dah tukar pampers yusuf dengan brand lain...

Masa time bersalinkan yusuf, i memang jenis seorang yang sangat berhati-hati dengan segala macam mak nenek barang untuk baby... yelah for the first time nak dapat baby mesti nak kan yang terbaik untuk anak kita kan??? memandangkan masih baru dan tiada pengalaman sangat, so i mengamalkan sikap bersedia sebelum membeli apa-apa barang untuk my baby yusuf pada masa itu..sebabnya bak kata orang kulit bayi baru lahir agak sensitif...



So kisahnya bermula bila ada promo time... actually ni permulaannya... hahahha
Disebabkan permulaan promo dari Offspring Inc i dah memborong bundle yang pada masa tu harga around RM299 untuk stock pampers selama 5bulan camtu.. ha ambik ngko.. lama gila kot.. plus promo tu ada sekali dengan babywipes, diaper cream, lotion, baby wash & baby oils. so memang berbaloilah beli untuk baby baru lahir kan...

Before promo menggila tu datang... i nampak sorang influencer ni yang pakai untuk baby dia...so dari situ, i dah start menambah ilmu pengetahuan i berkenaan dengan pampers yang dari jenis natural dan organic..memandangkan dalam entry tu ada tulis kalau anak jenis kulit sensitif so sangat sesuai pakai yang jenis natural dan organic ni.. so from there barulah i ke website offspring dan kebetulan promo menggila tu muncul dulu...so disebabkan terlalu excited dan beranggap promo ni murah, so i pun grablah stock bundle new born untuk baby yusuf. itulah bermulanya cerita macamana i boleh nak guna pampers brand ni...



Eco-friendly, ultra-soft diapers with designer prints
Super absorbency – Great for day and night use
Fashionable designer prints - created with ink that’s free of lead and heavy metal
Ultra-Breathable inner and outer layer - made with chlorine-free woodpulp
Wear without worry – Completely free of dyes, fragrances, lotions, chloride, phthalates, optical brighteners and latex.
Chlorine-free fluffpulp & Certified Cruelty-Free and completely vegan!
Premium Ultra-Soft Eco Friendly Wipes
Strong but soft – Towel-like material for gentle cleansing on baby’s delicate skin
Mindfully made – Infused with organic aloe vera & organic chamomile to support healthy skin
Extra Soft, Extra Gentle – Made for gentle cleansing from head to toe, suitable for baby’s mouth and hands
Chemical Free – Made without fragrances, alcohol, phthalates, methylisothiazolione, phenols, chlorine processing, parabens, SLS, lanolin or other harmful chemicals.
Certified Cruelty-Free and completely vegan!

Made with FSC certified plant-cellulose material – Biodegradable; dispose without worry!

NEXT

Applecrumby pulak... brand ni muncul i nak beli selepas Offspring natural ni stopkan servicenya selama 6-8bulan camtu... so memandangkan keadaan terdesak untuk i beli pampers. maka mulalah pencarian another brand yang mana gunakan natural dan original... so Applecrumby la jawapannya...this one pun ada bundle jugak...so mana yang bundle murah je i akan grab...tapi brand ni mahal sikit berbanding dengan Offspring...


But Basically both brand bagus... which is tahan selama beberapa jam bila pakai...jenis nipis tapi tahan lama dan tak akan buatkan kulit naik bintik-bintik kecil tu... so for me bagus untuk digunakan bagi bayi yang sensitif.. memang berbaloi untuk melabur dan beli...

Sekarang yusuf dah besar sikit i dah tak guna from both brand dah, sebabnya harga a bit expensive untuk size besar dan for pants agak mahal.. jadi apa yang i buat, adalah hunting brand yang seakan both design natural brand ni... so i dapati Diapex Wonderpants adalah pampers yang lebih kurang fungsinya dengan 2 brand ni... so BINGO....

Design yang sangat simple, mudah dan nipis jugak serta tahan lama macam 2 brand tu yang membuatkan i nak beli dan setia dengan wonderpants ni walaupun harganya kadang naik turun ikut pada supermarket yang berkenaanlah...kadang di hero murah, kadang di tesco murah... tapi brand ni selalu sold out dan payah jugak untuk nak cari stock.... so bila jumpa stock i akan borang sekali 2 bundle... sebab jimat...!!! so dah banyak saving jugak pada brand ni...

Bukan tak pernah try dengan brand lain...i pernah jugak try brand lain macam mamypoko, pampers, Huggies, Drypers semua pernah try...tapi antara yang banyak i try, DIAPEX wonderpants ni jugak yang lebih kurang sama macam offspring & applerumby ni...

I start tukar pampers yusuf ni bila yusuf dah start 1tahun lebih camtu, i try and error jugaklah... dan akhirnya dah jumpa yang sesuai dan menjimatkan...so i will stick with this brand.. but i still be consider kalau ada new baby (insyaallah) i akan kembali dengan 2 brand organic ni kembali..sebabnya macam i cakap tadilah, untuk elakkan kulit sensitif....hopefully my review ni akan dapat membantu korang yang tengah mencari pampers yang sesuai... nasihat i, korang kena try and error kadang ada je brand tak sesuai dengan kulit baby korang kan...jadi all this melalui pengalaman peribadi i sebab semua brand i dah try... next entry i will update about susu yang i dah try and error jugak untuk yusuf..dan pengakhirannya adalah pada PEDISURE... 




J Kids Playground & Kids Party

Holaa..
Cuti Hujung Minggu Sudah Habis...
Mesti ramai yang menghabiskan cuti korang dengan beriadah bersama keluarga tersayang kan??
Same goes to me...

Tapi takde la bercuti jejauh..sebabnya daddy kerja hujung minggu tu, sempat bawak yusuf ke J Kids Playground & Kids Party, Publika je.. itu pun dah cukup membahagiakan kami.. 
yela dari terperuk je duduk rumah, at least dapat jugak luangkan masa jenjalan time cuti kan??

So apa yang i nak story pasal J kids Playground & Kids Party ni.. 
firstly bayaran masuk takde la mahal sangat berbanding dengan jungle gym...dan tempat ni memang sesuai untuk kids berumur 6 month - 13 years. why?? walaupun permainan tak banyak tapi memang selamat untuk umur budak... takde bercampur sangat dengan kids yang dah besar macam di jungle gyms yang mana, tak banyak game untuk budak age 6month - 13 years..semua yang ada dah umur untuk budak-budak besar.. so for me, personally memang sesuai untuk budak-budak baya macam yusuf ni... and unlimited time per entry.. (RM31) cuma perlu pakai SOCKS ye... and for parent no charged. tapi kalau di jungle gym tu parent yang masuk kena bayar ye..tak ingat berapa rm. tapi disini tak perlu bayar cuma perlu pakai sock jugak..so kalau tak bawak sock tu, diaorang ada juai sock jugak.



So disebabkan haritu masa bawak yusuf ke jungle gym, dia baru berumur 1 tahun. Tak banyak permainan yang dia boleh main and explore, plus situ ramai budak-budak besar pastu diaorang main pun kasar-kasar so tak sesuai untuk budak age yusuf... maybe dah besar sikit baru mummy boleh nak bawa yusuf ke sana...

Jadi kebetulan terjumpa pulak J Kids Playground ni yang memenuhi citarasa yusuf.... actually my husband yang bawak ke tempat ni... so ok la for the first time walaupun dah sampai lewat petang around 5.30pm camtu...lama jugaklah yusuf dapat main..around 3hour camtu... kalau datang lebih awal maybe boleh lagi lama kat situ, tapi tu la mak pak dia yang tak larat nak tunggu... 



Banyak jenis permainan session yang sesuai untuk budak yang umur 6month - 6years kat sini... so best jugaklah... tapi yusuf sempat main 3 session je, itu pun setiap session almost 1 hour dia dok main.. korang boleh visit wesbite J Kids Playground & Kids Party sesuai jugak kalau nak buat birthday party, sebab range harga dia tak de la mahal sangat...so maybe boleh consider for next party yusuf... insyaallah...

Yang paling menarik minat yusuf adalah di session sand sensory play ni.. dia boleh mengadap benda ni sejam lebih okay...so mummy dah tau yusuf ni jenis seorang yang fokus dan tak mudah jemu untuk buat sesuatu benda tu sampai berjaya... yeaayyy... lepas ni boleh join messybitsyclub tu... sebab dulu awal tak nak register bawak yusuf sebab by that time yusuf tak berapa nak tahu lagi dan pandai untuk try... so this time dah makin besar boleh mummy bawak dia join....

So for those parent yang tak tahu nak bawak anak korang yang kecil tu kemana, me suggest korang try pergi kat J kids ni, sebab berbaloi dan memang anak korang dapat main mainan kat sini, sebab semua memang sesuai untuk umur dalam lingkungan yang i cakapkan tu... i boleh bagi komen macam ni sebab i dah pernah ke little gym dan jungle gym tu....J kids ni actually dia ada 2 cawangan lagi..antaranya adalah di Paradigm mall, so lepas ni boleh nak try situ pulak la... tapi surely ramai orang.. hehehe


Azam Maal Hijrah

Syukur Alhamdullilah, kita di pertemukan lagi di tahun baru islam (maal hijrah) 2019
Tahun ni sempat saya mencatit beberapa azam maal hijrah dan saya juga bercita-cita untuk menjadi umat baginda Rasullulah S.A.W yang terpilih...insyaallah...

Antara yang sempat saya catit adalah

  • Melazimkan diri dengan bacaan Al-Quran;
  • Beramal dengan 1 surah - insyaallah surah yang saya amalkan adalah surah Maryam, kalau tahun lepas dengan surah Yusuf, tahun ni saya berazam untuk lancar dengan surah Maryam
  • Istiqamah dalam berselawat
  • menghidupkan sunnah 
  • memperbaiki solat
Insyaallah mudahan Allah Swt permudahkan segala azam yang telah saya tulis untuk tahun ni..







Selamat Hari Merdeka Ke-62


Pahlawan!

Jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan kau derhaka
maka kaulah pahlawan sebenarnya.

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semnatan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakt mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat.

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

Review : Foreo Luna Mini 2

Hey korang...!!!
Pernah tak wajah korang berjerawat?? mesti pernah kan?? tipu kalau muka tak pernah jerawat.  salah satu penyebabnya kerana proses mencuci wajah yang kurang bersih... kadang kalau korang pakai kapas pencuci pun masih nampak ada kotoran yang melekat di muka.. 



Kalau dulu terkenal dengan berus muka clarisonic dan mary kay pun ada keluarkan berus untuk pembersihan muka kan??? both brand i dah pernah guna dan masih ada sampai sekarang..but apa yang membuatkan i bertukar kepada Foreo pulak??? but first this is not pay review from foreo okay..ni adalah pendapat peribadi i..sebabnya for both brush i dah ada dan pernah guna.. masalah utama yang dihadapi adalah kena tukar berus tu..yes.. korang kena tukar berus tu setiap 3-6 bulan sekali mengikut kekerapan penggunaan korang..sebabnya berus tu akan cepat kotor disebabkan kotoran yang melekat di bulu berus tu... yes itu adalah masalah utama i... heheheh


Jadi bila Foreo dah ada jenis yang silicon ni, why not pulak i try kan.. walaupun harganya agak mahal jugak, tapi sebab diri dah terbiasa menggunakan berus muka so, try jugaklah dengan Foreo Luna Mini 2  ni... and guess what?? best gila wokey, pertamanya tak perlu nak fikir untuk tukar berus dan korang hanya perlu basuh di aliran air yang mengalir..sesambil tonyoh sikit2 then dah hilang...so kalau nak hygiene lagi, korang basuh la guna pencuci berus makeup korang tu...but for me, dah ok bila korang cuci dengan air tu pun semua kotoran yang melekat di celah2 liang silicon tu akan mengalir hilang..so itu antara salah satu kelebihan yang i nampak..

secondly, walaupun mahal tapi banyak kegunaannya.. antaranya adalah:
  • Menghaluskan liang pori wajah;
  • Menghalang minyak dan kotoran;
  • Membersih segala sel kulit mati;
  • Mengurangkan penglihatan pori-pori muka;
  • Memudahkan penyerapan produk penjagaan wajah


Boleh guna siang dan malam juga..boleh dikatakan setiap kali korang basuh muka tu guna je foreo ni...before tu korang apply pencuci muka (any type of face wash) pastu korang on Foreo and cuci selama 1 minit sambil2 massage muka tu.. then basuh dengan air bersih dan lap muka korang tu and korang akan nampak hasilnya. terasa lembut dan bersih.



Foreo ni pun ada banyak jenis mengikut warna dan jenis kulit korang...so before beli tu korang kena tahu jenis kulit korang supaya korang tak tersalah beli yerp...bukan beli ikut favorite colour korang tahu...yang paling bestnya sistem pembersihan kulit Luna telah melancarkan pulsasi T Sonic dengan menggabungkan teknologi anti-penuanan ke dalam reka bentuknya yang menjalar untuk kegunaan seharian.

  • Luna Biru - Kulit Kombinasi
  • Luna Pink - Kulit Sensitif & Normal
  • Luna Mint Cerah - Kulit Paling Sensitif
Jadi antara kelebihan dan keistimewaan Foreo Luna yang memikat hati i adalah
  • Rekaan silikon yang unik, which is ada berus jenis kecil dan tebal dengan rekaan bentuk yang oval
  • Ultra Soft & nanobrasive
  • 35x lebih hygine dari nylon bristle (berus pada jenis sonic yang lain tu)
  • BPA free 
  • 3 zone brush (ni yang i cakap tadi, ada kiri kanan dan atas jenis berus yang kecil dan besar) - so boleh la masuk celah-celah termukaan hidung antara mata tu dan sangat senang untuk di pegang dan mudah.

So, that why i telah jatuh cinta dengan Foreo Luna Mini 2 ni...sebab korang tak perlu tukar berus lagi dan 100% kalis air serta mudah di bawa ke mana sahaja....

Foreo ni bukan untuk wanita je tau, for men pun ada version 2 for men... alamak, habislah kalau my husband baca entry wife dia ni... hehehhehe...