Air Ketuban Kurang...(AFI)

Assalamualaikum...wbkth...



Bahayakah jika air ketuban kurang????
melalui pengalaman sendiri memang sangat bahaya jika air ketuban kurang atau terlebih... kedua-dua keadaan boleh membawa kepada beberapa risiko jika di hadapi oleh ibu hamil...!!!!!

Nak dijadikan cerita, air ketuban i mula kurang bila i masuk minggu ke 33 mengandung baby yusuf...cuak or taknak tok sah nak cakaplah, of sure mana-mana ibu yang menghadapi situasi kekurangan air ketuban akan mula rasa risau dengan perkembangan anak dalam kandungan....first tak noticed pun air ketuban kurang sebab takde tanda kebocoran berlaku pun sepanjang hamil...cuma i perasan perut i tak berapa nak besar bak kata orang anak sulung memang akan nampak perut tak besar sangat...tapi rupanya ia mengundang kepada kekurangan air ketuban yang i sendiri tak perasan..yelah mana nak tahu sebab pengalaman pertama hamil anak sulung... Bila tiba time buat checkup baru perasan ketinggian rahim tak sama jika mengikut minggu semasa...so kat situ dah menimbulkan kemuskilan memandangkan test yang lain i tak de masalah... so nurse dah refer i kepada doktor untuk buat details scan... masa tengah buat details scan tu barulah doktor check AFI kandungan bila dapat detect tinggal 7 which is below 10 (OMG.....OMG) cuak weh bila doktor klinik kesihatan terus buat surat refer emergency di hospital putrajaya... rupanya jika minggu 30 ke atas air ketuban tidak boleh kurang dar bacaan 15 okey...(so please take note bagi siapa yang sedang hamil tu untuk check tahap air ketuban korang) bila kandungan dah 37 ke atas its okey kalau air ketuban baacaan dia dalam 10 sebab itu di kira normal tapi jika kurang dari 10 di kira kurang....

First time experience mana nak tahu kan...!!!! 
jadi bila dah kena refer di hospital, i sempat tanya doktor tu apa yang akan doktor hosp akan advised? nornally katanya awak akan di warded jika keadaan awak kritikal sebab takut anak dalam kandungan lemas or stress... wah baby dalam perut pun pandai stress kan??? then lepas balik dari KKK terus i kemas beg hospital sebab ada a few things lagi yang belum pack dan cari...so kita gamble je la... then i terus call my husband sebab nak pegi hospital.. before that sempat lagi tunggu dia balik keje around 5pm.. kebetulan time i checkup di KKK adalah pada jam 230 petang..so habis around 4pm.. then alang kepalang tu tunggu je la sejam lagi... sementara tunggu tu i punyalah dok minum air dengan harapan air ketuban akan naik...tapi ternyata meleset sekali sebab air ketuban mana boleh topup bak kata doktor... 

My husband balik keje jam 5 petang..lepas makan baru gerak pegi hospital..tu pun husband i dah bising sebab tak call dia bagi tau awal supaya dia boleh pergi lagi awal..takpela i ni isteri memahami taknak lah prestasi husband terganggu... then sementara tunggu di dewan bersalin tu untuk jumpa doktor pakar untuk scan for confirmation AFI kurang tu... sempat sembang dengan sorang patient yang sama kes dengan i jugak tapi air dia still banyak iaitu bacaan 10...bayangkan bacaaan 10 pun dah di tolak kes emergency...tambah bacaaan i yang lagi kurang dari tu, tapi nampak relax je..hahhaha sebab tengah positive kan diri, gerakan my baby still aktif..then sementara tunggu doktor pakar..MO kat situ suruh pakai CTG nak tengok graf jantung baby stress or tak??? eh eh baby pun awal lagi dah pandai stress... lepas pakai dalam 20 minit, alhamdullilah... bacaan baby cantik tak stress pun...bagus anak mommy ni...!!!then doktor pakar pun sampai, kebetulan i amik pakej FPP di bawah doktor hazim... so memang dari awal kes dr hazim handle kes i dengan sangat berhati-hati...(will story next entry okey) So doktor perempuan yang datang check AFI i and bacaan still 7..lepas tu as usual soalan normal yang ditanya "ada leaking ke? tak perasan ke panty ada basah or air keluar meleleh ke" so jawapan i adalah tiada...then doktor nak buat pemeriksaan lanjut pulak which is nak check bukaan ada leaking or tak guna spekulum... WHAT???? aduh nak kena seluk pulak dah.. ish belum nak bersalin lagi dah nak kena seluk... 2 kali guna spekulum tu sakit wei... so confirm tak de leaking but doktor kasi balik and kasi antibiotik untuk keputihan...!!! then my dr hazim kata tak serius so boleh balik...but esok datang semula ke hosp untuk check AFI sekali lagi dengan dia di klinik...then malam yang sama jugak i kena cucuk dexa buat kali pertama... Esoknya tu lepas 2nd dexa terus i bleading keluar darah...OMG OMG sekali lagi situasi cuak... so kali ni doktor terus tahan wad...so disebabkan wad eksekutif penuh time tu, i kena duduk wad biasa untuk 2 malam... jadi bermulalah episod i duduk bertapa di wad selama 2 minggu... then routine harian adalah buat CTG 2 kali sehari (pagi & malam) dan buat doppler untuk check oksigen baby serta AFI i yang asyik turun naik...

so apa yang doktor buat sepanjang i duduk wad adalah memantau keadaan baby supaya tak lemas dan stress.. so everyday i buat benda yang sama..doktor nak tunggu dari seminggu ke seminggu sehingga ke-37 minggu... kalau ikutkan perancangan masa air ketuban i drop 6 haritu doktor cakap nak tunggu sampai minggu ke-35 then dia nak terus bagi i beranak..tapi since that i minum air kelapa sehari 2 biji dengan 3-4 liter air setiap hari untuk banyakkan air ketuban i,. maybe because of that i boleh bertahan sehingga minggu ke-36. sikit je hari lagi baby i tak boleh nak tahan dia dah terlalu sempit dalam perut i sebab tak boleh nak bergerak dah...dah kesat... so itulah puncanya i bersalin pada minggu ke-36, 3 hari.. kalau ikutkan i dengan husband dah pilih tarikh nak lahir pada hari jumaat which is masuk 37 minggu..tapi tak de rezeki baby i nak keluar hari isnin jugak... apa pun alhamdullilah i dengan baby selamat..walaupun baby i agak kecil sedikit, tapi dia sihat walafiat tak perlu masuk incubator or NICU sebab pernafasan dan sucking dia alhamdullilah berfungsi dengan baik...so bolehlah my baby terus naik wad sama dengan i pada malam yang sama..jadi bermulalah episod baru i sebagai seorang ibu... mudahan Allah swt lindungi keluarga kecil kami....

My advice to ibu-ibu hamil yang ada kes macam i jangan stress dan kita usaha apa yang termampu dan redha serta sabar..perancangan Allah swt untuk kita adalah lebih baik... so jangan stress macam i yang duduk wad hampir putus asa setiap hari nangis sebab terlalu overthinking pasal anak dalam kandungan i...tapi alhamdullilah Allah swt permudahkan segalanya...

9 comments:

  1. Alhamdulillah .Kejap je masa tu berlalu ..Tengok anak membesar nanti lagi kejap..pastu ..tup tup dah boleh merangkak berjalan.. ;)

    ReplyDelete
  2. Sama macam sy sis kena induce masa 36mggu 6hari sbb air ketuban kurang. Sy brsalin 28.3.18. AFI 8cm je.. 16hb5 ni baby ada ujian ultrasound.. mudah2an xde apa2 masalah pada baby.risau sgt rasa.

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah, awk buat sy inspired n tak pk bkn². Selasa ni sy da kena admit. Rabu ni akan czer sbb air ketumban kurang. Hope everything going well n baby sht. Doa kn sy yea.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih awk..buat sy rase semangat n +ve..AFI sy skrg 3.49 je last scan on 27.8 baru ni,,doctor ckp nk repeate scan 3.9 ni..hope sgt air naik,,skrg kandungan baru 33weeks 6days,,semoga ALLAH permudahkan segalanya..aamiin

    ReplyDelete
  5. Harap sy pun okay.. in warded now..air ketuban 5.5 td..mcm akk jugak tkde leaking. Kple dah overthinking smthing bad happen dgn pembesaran bby..stress.. skrg no usha mnm air....mkn tmbikai...n pstve lepas bce akk pny blok.. doa kan sy..sbb klau tk sy kene bslin awl.. sy bru 33 mggu..

    ReplyDelete