My Bachelorette - Chanel Themed



Alhamdullilah...
Akhirnya persoalan yang di tanya sudah terjawab, tinggal berapa bulan je lagi untuk di langsungkan.. Takde banyak nak story pun pasal ini, sebenarnya my bachelorette ni dah dibuat awal sebab ada my bridesmaid yang takut terberanak time awal before date yang dicadangkan... So demi kata sepakat semua bertukarlah date ni di buat awal 3 bulan.. normally orang akan buat 2minggu sebelum ataupun seminggu or sebulan sebelum, tapi i punya di buat awal 3bulan.

Tujuan buat bachelorette ni bukan sebab nak ikut sangat konsep mat salleh...tetapi demi meraikan kawan-kawan i yang sudi jadi bridesmaid i untuk hari kejadian nanti.  So before nak minta mereka tolong buat kerja dan bertungkus lumus di majlis nant, so this is kira macam persiapan dan perbincangan tugasan kecil-kecilan gitu sambil kita main game..



Tema untuk my bachelorette ni, ai pilih "Chanel" BLACK and PINK.
Terima kasih buat semua yang hadir dan tolong setup untuk party ni. Major love u olls...
Party ni di buat di penang, buat di restaurant area town...tak ingat dah nama restaurant ni, dia ada jugak ada tempat private untuk event tertutup macam ni.



Cake dengan cupcake ni kawan penang i yang order dan setup everything...belon customade semuanyalah.. terima kasih buat mereka yang spend time dengan i time ni.. sungguh terharu, time ni actually balik sebab nak submit borang nikah dan interview dengan ustaz di Pejabat Agama Balik Pulau. Jadi sekali jalan diaorang plan nak buat, memandangkan i pun cuti hari isnin dan selasa tu. 


Selain dari buat bachelorette ni adalah untuk i bagi gift buat all my bridesmaid i.. al maklumlah all di sponsor penuh sebagai tanda terima kasih pada mereka yang sudi jadi my bridesmaid ni, ai sponsor
* kain untuk buat baju kurung pahang (pink)
* tudung untuk pakai waktu nikah (grey)
* cucuk pin chanel themed
* thank you card
* and ada beebread small gift