How To Start A Lifestyle Blog



"How to start a Lifestyles Blog?"
Macam mana eh? sebenarnya ni merupakan blog ai yang ke-3 setelah blog pertama dan kedua di tutup...!!! cukuplah dah bertenang selama 8 bulan. Jadi now rasa mood nak menulis balik ni datang...!! mood nak tulis blog ni pun ada pasang surutnya, kadang ada banyak cerita nak share, kadang tak de cerita pun nak share kan tu yang jadinya mood ke laut.!!! 

Kali ni insyaallah akan dikekalkan momentum untuk menulis since dah ada banyak cerita yang boleh nak dikongsikan dengan semua.  Tapi tema kali ni tajuknya agak bertukar-tukar sikitlah, but insyaallah akan menghasilkan cerita dan info yang menarik untuk korang.. ayat tu kalau ada yang mixed malay english tu harap maklumlah....

Sebenarnya baru tahu yang blog dah boleh "translate" kepada bahasa lain di dunia.. jadi penulisan blog kali ni i memilih untuk menulis dalam bahasa melayu. Kalau sebelumnya blog ada yang English dan ada jugak yang Mixed. Jadi kali ni i memilih untuk menulis dengan bahasa melayu sepenuhnya.!!!

-tata-


Restoran Halal di Perth yang ada Sijil Halal - Western Australia Halal Authority

Assalamualaikum wbkth... 
Kalau korang datang ke Perth, Australia jangan risau ada banyak Restoran Halal yang boleh kita cari dan makan.  Cuma harganya agak mahal sikit kalau....kalau kita convert ke RM...so bab makan apalah nak berkira sangatkan.. bukan selalu nak merasa makan di negara orang walaupun ko jenis suka makan masakan sendiri tapi tak salah kalau sesekali nak try makanan di Perth.

Penduduk islam di Perth, memang boleh dikatakan ramai jugaklah dan senang untuk dapatkan senarai presmis makanan yang mempunyai status halal daripada Western Australia Halal Authority.  Actually i ada juga join group cuti Perth kat facebook dan banyak info yang i dapat daripada group tu berkenaan makanan halal, tempat menarik untuk di lawati dan sebagainya..so bagi yang bercadang nak pi perth tu bolehlah join group tu di facebook.

Banyak makanan sedap di perth yang korang wajib try.  Antara yang menjadi keutamaan adalah Lamb Ribs sedap gila weh... juicy dia tak terkatalah...

Antara Restoran yang korang boleh try adalah:

1. Insan Cafe, Murray Street. - Restoran ni sangat terkenal dengan pelancong Malaysia dan Asia.  Menu yang terdapat di Insan Cafe ini memenuhi citarasa perut orang Malaysia yang mempunyai makanan local Malaysia.  Harga Start dari AUD10 hingga AUD20.



2. Kaili's Fish Market, Freemantle - Restoran ni adalah salah satu restoran yang agak terkenal dikalangan pelancong Malaysia juga.  Kedia ni menjuai semua jenis seafood yang fresh.  Korang boleh terus pilih dan masak.  Actually makanan ni pun di masak hanya dengan menggunakan garlic dan cuka. jadi tiada penggunaan alkohol dalam menu masakan diaorang.  Harga bermula dari AUD11 hingga AUD80.



3. Nando's, Malaga - Nando's adalah salah satu restoran halal di dunia yang menggunakan sumber bahan mentah seperti ayam yang diiktiraf halal, walaupun ada beberapa Nando's tidak mengistiharkan restoran mereka dengan sijil halal tetapi ayam dan daging yang digunakan adalah HALAL.  Harga bermula dari AUD10 hingga AUD40.



4.  Charcoal Chicken Express -  tak tergambar kesedapan lamb dan ayam dia... ini kalau korang pergi PERTH wajib try wokeh..hanya di Perth je ado, malaysia tak jumpa lagi restoran gini...



So kalau nak tau sedap dia macamana korang kena try wokey... dia ni pun ada 2 side dish yang korang boleh pilih..memang lepas makan ni korang akan termimpi-mimpi bila balik malaysia.. Sumpah tak tipu.... time tulis tengok gambar makanan ni pun dah terliur air liur dengan lamb dia tu,... perghhhhh awesome beb

Bercuti Di Perth (Autumn) - Kailis Fish & Chips at Freemantle

Assalamualaikum wbkth...

Lepas dah puas shopping di watertown and di perth city...
Now kita nak pegi Freemantle pulak... budget nak ke freemantle ni naik cruise tapi disebabkan time tak mencukupi so we decide naik train je from perth city station direct kt freemantle....
rupanya when u purchase with group lebih murah berbanding u guys beli tiket secara solo...


Apa ada di freemantle ni???
Actually freemantle ni macam sebuah bandar kecil yang ada menjual kedai cenderamata yang murah di samping dapat menikmati fish & chips yang famous di kawasan ni... sebenarnya kawasan ni adalah pelabuhan di perth.. so sebab tu ada banyak restaurant seafood dan murah..yes!!! for those yang suka seafood memang berbaloi datang sini, cuma lobster dia yang mahai.. tapi kalau dah sampai aussie rugilah kalau korang tak try lobster kan??? tapi itu we os tak makan kat sini sebabnya sini we guys nak makan fish & chips sahaja...because tempat untuk makan lobster i will update on the next entry okey....

From perth city ke freementle dengan menggunakan train is about 20 minit camtu.. 
Untuk ke freemantle ni korang boleh pergi dengan penggunakan pengangkutan ferry ataupun train..!!
untuk naik gunakan ferry ke freemantle korang kena naik ferry di barrack street or victoria harbour..from perth city boleh jalan kaki je or naik cat bus merah untuk ke barrack street, from their korang boleh naik ferry ke freemantle yang kosnya adalah 28AUD = RM86.80 perjalanan dengan menggunakan ferry adalah selama 1 jam..!!! walaupun lama tapi korang dapatlah merasa naik ferry di aussie kan???? itulah yang we os terlepas sebabnya tak dan nak naik di sebabkan kesuntukan masa....

If menggunakan train is cost returns sorang dalam 6AUD = RM18.60 camtu.. so save banyak kat situ then perjalanan pun lebih cepat...tak lama..!!!!!

Sampai je di stesen freemantle tu, kebetulan hujan turun dengan lebarnyaa...dah hujan sure la lagi bertambah sejuk kan???? it's oke masih boleh bertahan lagi nasib bawak baju sejuk...sebab tau kita akan stay sampai malam kat sini, so better sediakan baju sejuk sebelum kesejugak if korang pergi time autumn or winter.. if time summer & spring takyah nak bawak baju sejuk dalam cuaca hangat tu wokey....



Pengangkutan di freemantle korang boleh guna CAT BUS jugak.. so kat freemantle ni just ada 2 CAT BUS sahaja samada biru or merah... so ingatkan freemantle ni kecik je u olls, rupanya luas betoi.. ia terbahagi antara kawasan timur dan barat...so if naik CAT bus merah dia akan jalan ikut haluan sebelah timur which is ke freemantle prison and other place lagi ai dah tak ingat... then if u choose CAT bus biru dia akan lalu di freemantle market, kaili's fish & chips and also a few tempat jugak but dah tak ingat...sorrryy...

Actually from train station boleh je jalan kaki untuk ke pier di kailis tu korang... tak jauh pun just dalam 30 minit berjalan kaki...hehehhehe..tapi boleh jugaklah lenguh kaki... kalau nak merasa senang macam we os naik bas je senang, boleh jugak tengok persekitaran ... tapi orang kata if nk meneroka semua tempat kenalah jalan kaki barulah feel kan??? tapi disebabkan kami ni sampai lewat dah dengan nak mengejarkan masa untuk shopping disini yang kebanyakan kedai di sini tutup pada jam 5 petang... then bas pulak last adalah jam 6 petang...korang rasa sempat tak if dah sampai di freemantle ni jam 3 petang???? confirmlah tak sempat...

Jadi, itinerary dah kelaut sikit...sebab timing lari, so we guys hanya memenuhi tempat yang penting je, yang kurang penting terpaksa skip... !!!! nak beli cherry di freemantle market pun tak dan sebab market dah nak tutup...sedih...!!!!

Sampai je kat kaili's fish & chips ni, moh kita mengorder makanan...time ni best sebab almost sunset..!! patutnya nak tengok sunset di coteslo beach, tapi disebabkan tak sempat...its almost sunset dah, so we guys tengok sunset di kaili's Fish & Chips je la.. makan sambil menikmati keadaan senja di situ... :)

Portion kat sini memang belambak.. kalau beli 1 share 2 orang memang sangat save budget...!!! 11AUD = RM34.10 untuk 1 set Fish & Chips..




Bercuti Di Perth (Autumn) - London Court

London Court ialah pusat membeli belah terbuka berbumbung tiga/empat tingkat dan arked yang terletak di kawasan pusat perniagaan di Perth, Australia.  Ianya di bina pada tahun 1937 oleh pembiaya emas yang kaya dan ahli perniagaan, Claude de Bernales bagi tujuan kediaman dan komersial.  Arked ini terletak di antara Hay Street dan St George Terrace dan dianggap satu tarikan pelancongan yang penting di Bandar Perth.

Bangunan ini berciri Elizabeth di bahagian depan bangunan dan seni bina ciri Tudor yang tersendiri termasuk pintu masuk hiasan dengan pintu besi tempa besar di setiap pintu masuk dan keluar.  Jam besar akan berbunyi setiap satu jam. 

So kalau korang nak ke sini korang boleh naik bas BLUE CAT untuk turun ke Perth Underground dan jalan di area shopping mall di Hay Street.  kalau naik Yellow/Red CAT turun di Forest Place and if naik Geen CAT bus boleh turun di Esplanade Busport dan tukar naik Blue CAT..so senang all colour CAT Bus ni around city adalah FREE wokey...


Untuk nak datang ke sini menggunakan public transport..boleh naik guna train and turun di perth city train station..from perth city station keluar ikut ke hay street which is opposite the train city perth station... along the way to boleh nampak tempat lepak yang kadang kala ada open street market...bolehlah cuci mata jugak...

Sepanjang jalan hay street and murray street terdapat banyak kedai-kedai berjenama yang terkenal and salah satunya adalah pandora, roxy, levis, louvisa, timberland and many more... price???? lebih murah sikit dari malaysia and one good thing u guys can claims vats back... so lagilah murah...!!!!



Actually london court ni tersorok sikit tempat dia... buat if korang jenjalan di sekitar hay street mesti boleh jumpa london court ni...


Tak de nak beli apa pun kat kedai di area london court ni sebab apa??? a bit expensive weii... so kita ronda-ronda snap photo je la...then jom nak pi tempat lain pulak..satgi dah gelap..tak dan pulak nak pi tengok sunset di freemantle...jom...

Bercuti di Perth (Autumn) - Pandora Shop

Assalammualaikum wbkth

Sampai di entry yang dinantikan oleh semua ‼️‼️‼️
When we talk about pandora mesti kalau yang gegirl tu mengelitik kan nak beli??? tak terkecuali ai dan jugak kgah n shena...al maklumlah wanita kam?? lagi pulak pandora shop di aussie perth ni pulak sangatlah heaven untuk kita shopping sebabnya adalah murah murah murah murah bak angg weii


Percaya atau tidak..loose bangle with 1charms its cost 119aud bersamaan dengan RM368.90 untuk 1set...๐Ÿ’Ž korang rasa???? murah or mahai???? bila di bandingkan dengan harga di malaysia jauh lebih murah di perth ni...confirm tak menyesal.. but me menyesal pulak beli kat malaysia yang time beli tu almost 1.5k terasa macam rugi.. sebab with that amount boleh dapat 3 okey bangles with 4charms.. arrghhh bencik..!! tapi x pela... dah belikan


But now i got 2 bangle which is 1bangle and 1braclets type...yeaayy boleh pakai tukar-tukar yahoooo ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹.... apa yg membuatkan i jadi beli bangle sebab my saiz 15" ada di perth yebedabeduuu kalau kat malaysia paling kecil adalah 17" sahaja with price 600 lebih.. kat sini 600 boleh dapat 2bangle.. ha untong or tak kan???? berbaloi or tak???? off course berbaloi..


Then for charms harga serendah 30aud ikut design...cost dlm RM90 malaysia je.. kalau di malaysia sure yg paling murah RM183 kan?? dua kali ganda tu... so dapatlah ai tambah koleksi charms.. sesambil kngan and shena dok menggila pulak nak beli pandora..sekali borong dengan cincin ngko.. ha mana nak dapat kan cincin price 50aud ada berlian sekali.. cost RM150 kat malaysia tak dapat wei with that price...


No wonder ramai yang suggest beli pandora di perth..!!!‼️‼️‼️now i know why⁉️ murah bak ang
Tambahan time we os pegi ni ada offer gift for mother special kot..and one more things, if beli pandora lebih daripada 300aud ke atas with combined receipt korang boleh claims vats okey ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š ha senyum lebaq la ai..sebab dah la shopping murah, dapat claims vats lagi..untong weh..!!

My adviced kalau beli pandora๐Ÿ’Ž korng combined je receipt and submit di kaunter claims vats di airport after checkin luggage after customs checkin tu sebelah kanan ada kaunter claims vats. dia akan bayar go thru ur kredit card or debit card.. easy.. but u guys have to make sure bawak barang korng tu sebab takut2 dia akan check.. hehehhe.. Nanti i will story details about how the procedures untuk claims vats okey..‼️‼️‼️



sesiapa yang berminat pandora macam i olls yang akan ke perth korang boleh bisit website pandora.au.com untuk details price okey..!!! sama je price dalam website dengan di kedai.. diaorang kalau nak punch harga pun diaorang akan follow katalog di website.. so korang search mana yang nak beli then senang nanti.. just pegi kedai and show mana yang nak..just di kedai akan ada design baru yang dia launched yang belom masuk katalog je lagi..!! ada promo murah boleh grab terus..make sure ada allocation khas untuk shopping pandora u oolls..confirm korang takkan regrets.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Bercuti Di Perth (Autumn) - 5 shop Tour

5 Shop Tour yang termasuk dalam itinerary we os...
Lepas memasing dah seronok main dengan kangaroo selama 3 jam, now turn untuk jenjalan melawat sekitar perth apa yang menarik... antara yang termasuk dalam itinerary adalah melawat kilang dan kedai yang terdapat di Perth dan juga ke ladang buah-buahan.. yasss ni i suka...


1. Wineyard & Providore - shop yang buat wine & jams.. baru i tahu kat sini ada juga wine halal yang dibuat without alcohol...kat sini juga ada jual fresh jems (homemade) such as manggo, passion fruits and also herbs jems macam calapello pun ada.  bagi yang suka nak try sos mustard, cili, tomato pun ada...






2. Golden Groove 
Secondly we go to golden groove which is tempat pembuatan madu asli yang berperisa... ha camne tu??! actually kat sini terdapat pelbagai jenis madu.. ada yg pedas, masam, manis, masam manis.. selain madu ada dijual barang-barang seperti sabun, lotion, lipbalm yang diperbuat dengan menggunakan madu asli...jadi kat sini berbaloi kalau beli madu sebab memang di tanggung asli direct dari ladang dia...!!! dapatlah ai grab sikit madu dengan lotion dia yang memang sangat wangi okey baru 19aud..nyesal pulak beli satu ni pakai dah nak habis dah ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ





3. Morish Nuts
Ini kedai pelbagai jenis kekacang... dari macadamia sehinggalah kepada almond..!!! still ada beza ikut perisa ada masin, pedas, pahit kelat sume ada.. this is the famous nuts shop in perth. kalau korang tak de ambil tour and korang just walkaround city je.. korang still boleh beli peanuts ni di sekitar perth city even tho di airport pun ada juai..yelah sebab local punya product kan??! jangan risau..all senarai shop yang ai pegi ni barang dia semua ada dijuai di perth city & airport..!! korang just cari je jenama brand ni..confirm ada sebab masa ke city perth for the 1st day tu ada nampak product ni kat supermarket jugak.. then no worries...







4. Chocolate Shop

Nama full tempat ni ai lupa lah..tapi this shop is the famous one in perth.. memang sini je ada menjual pelbagai jenis collat and nougats.. owh ya perth which is aussie memang terkenal dengan nougats.. apa nougats ni!! search sendirilah heheheh tapi memang sweets sometimes ada dia campur dengan peanuts (almonds) and also with fresh berries... ai tak berapa suka sangat.. ai more suka pada chocolate... 




5. pisang kaki farms 
Patutnya nak pegi orange farm..tapi sebab perjalanan ke orange farms tu pun jauh we sempat ke pisang kaki & kiwi farms je.. normally time we guys pegi ini je buah yang tengah bermusim..nak beli buah cherry pun bukan musim lagi.. so kempunan kat situ, for anggur plak sume dah kecut and layu..then sempat jugaklah ai memborong pisang kaki ni.. even kat sini dia punya pengusaha from malaysia weh.... ha yela buah melayu kan sure orang malaysia yang usahakan...tapi memang manis sangat buah dia.. kat sini buah pun ada ikut gred.. kami makan gred A tu memang toksah cakap la sedap sangat...!!'






Bercuti Di Perth (Autumn) - Caversham Wildlife Park


Taraaa...
Today kita nak pegi jumpa kangarooo
Yahooo...‼️‼️‼️

Tarikan utama bila ke Australia mestilah Kangaroo
Tak lengkap kalau datang aussie memana daerah di aussie ni tak jumpa kangaroo.... Time ai pegi sydney dulu pun dh jumpa kangaroo cuma bezanya untuk kali ni di Perth kita boleh kasi kangaroo tu makan and boleh berselfie sama secara dekat..so tu yg best sangat tu...‼️‼️

Tempat yang boleh kita tengok kangaroo di Perth ni ada dua tempat which is satu di zoo perth and another one off course di Caversham Wildlife Park... untuk ke caversham ni normally kalau datang awai pagi korang akan jadi orang first yang bg kangaroo makan which is baguslah kan sebab pepagi kangaroo sume lapa then diaorang akan datang kerumun nak makan...jadi untong lah nak snap pic dengan diaorang..best sangat this moment ๐Ÿ‘๐Ÿป
Untuk ke caversham wildlife ni korang boleh amik tour and also boleh pegi naik public transport which is taxi.. hahhah i guest.... tapi tak tau la kan, sebab we guys dah memang amik pakej tour...so tak boleh nak komen camne pegi naik public transport tu wokey... korang kena baca blog lain.. hehheh...sorrry..not much help

Perjalanan dari apartment ke caversham lebih kurang dalam 30 minit perjalanan je...tapi we guys keluar seawal jam 6pagi sebabnya nak pegi menjemput may2 & kngah yang baru sampai dari malaysia...kan diaorang lewat sehari daripada kami..so after pickup diaorang dari Airport terus je ke caversham... tak saba memasing nak berselfiaq dengan kangaroo ni ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†



Entry fee untuk masuk ke caversham ni adalah AUD27.. which is bersamaan dengan RM83.70 seorang.....๐ŸŒท kira oklah berapa lama nak duduk dalam tu...boleh tengok pertunjukan life lagi.. but ada show time dia ๐Ÿ˜Š so we guys duduk 3jam di dalam tu puas hati...!!! 

Kalau nak bagi makanan kat kangaroo jangan risau korang tak payah beli makanan pun sebabnya tempat ni memang sediakan makanan untuk diaorang..once u guys enter je park diaorng ni kan, kat bawah gazebo hijau akan ada satu tong besaq..then dalam tu la makanan diaorang.. boleh ambil dari situ...normally sorang boleh ambil segengam je kat tangan then kasi makan lepas habis kena pegi ambil lagi and bagi lagi... tapi kami, bawak plastik bubuh bebanyak dalam tu pehtu pegi duduk kt kusi bagi kangaroo ni makan.. tak yah ulang alik๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ tapi kena hati hati lah jangan sampai orang yang jaga tu nampak.. heheheh..




cara nak bagi kangaroo ni makan, korang kena letak kat tangan then tangan korang tu kena bawak turun ke bawah sedekat dengan tanah sebabnya senang kangaroo nak makan, tapi kalau korang arahkan tangan korang sama level dengan perut korang tu yang membuatkan kangaroo tu nak terkam je dok panjat dekat korang sebab nak makanan diaorang...๐Ÿ˜‹ takut jugaklah kan takut kangaroo bila dah ramai berkurumun habis kotor baju kita bila dia panjat.. so thats the tips untuk bagi kangaroo makan ๐ŸŒท



Tarikan utama di caversham ni selain kangaroo is koala bear and wombat ๐Ÿจ๐Ÿจ๐Ÿจ other than that ada pertunjukan haiwan farm yang terdiri daripada lembu, kambing, anjing penjaga ternakan and also cara untuk mengetam kambing biri biri untuk ambil bulu dia dan dibuat sebagai permaidani, baju sejuk dan sebagainya...  best pertunjukan show ni.. then pengunjung boleh diberi peluang untuk merasa bagi ternakan tu minum susu and perah susu dia... ๐Ÿฎ๐Ÿ‘






Almost 3jam we guys kat dalam tu then dah puas main dengan kangaroo...jom kita ke tempat lain pulak.. perjalanan mesti diteruskan ๐Ÿ˜Š Ke mana??? tour ke 5 kedai yang membuat barangan asli dari australia seperti chocolate, wine, honey, jams, peanuts, fruits and many more.... all that story i will compile in 1 entry okey..