Myeong-Dong Street Food

Assalamualaikum wbkth....

Lama peram entry korea ni... now lets sambung sorry pada yang dok tanya why tak update lagi??? maaf ye, i a bit bz sikit dengan kehidupan sehalian yang makin hari makin mencabar...!!!! 


Now nak story pasal Myeong-Dong apa yang menarik kat sini???
Tak sah kalau pegi korea tak singgah sini, actually sini macam tempat shopping yang all brand ada yang dijuai di shoplot-shoplot sepajang jalan, lebih kurang macam oxford street london jugak.  But area sini yang popular ada barang skin care dan make-up untuk wanita... so kiranya syurga buat wanita jika datang sini.. heheeheh so bersedia untuk bawa duit banyak, but if tak cukup cash pun tak pe most of kedai kat sini boleh guna debit card and kredit card.. so no worries pasal tu...


Jika tak nak keadaan sesak, korang boleh shopping di area sini sebelum jam 4 petang.. means from 10 pagi-3 petang jalan keadaan sini tak akan ramai orang dan ramai dengan stall street food yang dijual di sepanjang area myeong-dong ni... so kalau nak merasa street food, korang boleh datang around jam 4 petang hingga malam sampai jam 1130 malam...!!! because after 11pm area sini tak de orang meniaga dah la...sebab memasing nak kejar train yang last operation hours is 12 am....




Jika nak cuba street food di sepanjang myeong-dong ni, untuk halal jangan risau, akan ada tulis simbol halal di stall yang juai halal food tu, so bolehlah korang beli and try di situ...most makanan harga lebih kurang 3000 won - 4000 won.  For me cubalah memang tak de kat Malaysia... yang paling best adalah potato swirls tu. sedap ooi.. ada perisa original dengan spicy, onion pun ada..cheese pun ada... so try mesti tak menyesal.. tambahan kalau makan time cuaca sejuk...superb rasanya dapat makan makanan panas-panas.. another food yang kami try adalah rice cheese apa tah namanya, di tuang sos milk or cheese..itu agak mual sikit, then rice cake dia tu rasa macam makan chewing gums pulak..hahhahah... and last food kami cuba adalah baby crab fried..itu sedap sebab boleh telan dengan kulit2 sekali,....rangup betoi..!! cuba jugak cari aiskrim yang panjang tu.. ada juai 4000 won je, but tak berani nak makan sebab tak de logo halal...so my husband tak kasi makan, sebab rasa was-was even tho aiskrim sekali pun... hehheheh...




Di area myeong-dong ni pun ada restaurant kampungku. but itu opposite myeong-song shopping street, kena melintas jalan menghala ke pacific hotel adalah jalan untuk ke namsan cable car..so dalam 10 minit jalan kaki, boleh nampak restaurant tu..but! but! kena booking dulu before nak makan sana, kedai dia bukak jam 3petang sampai malam... kalau korang tak booking dan nasib malang akan full house..so better korang booking dulu sebab most all the time akan ramai dengan orang malaysia..especially dinner.

Next restaurant area situ adalah busan jib, but this one more expensive skit.. this restaurant dekat celah-celah shopping street tu..kalau nak pegi sini, silalah guna google map..sebab sangat membantu.!!! Actually ni i rangkulkan sekali apa yang ada di area myeong-dong ni.. disebabkan i duduk area sini, so anytime boleh turun naik shopping and hantar barang ke hotel sebab dekat sangat kan.. hehehhe...

continue to next entry wokey...

Pulau Nami, Seoul Korea

Assalamualaikum wbkth.


Pengalaman pertama ke pulau nami, seoul korea di musim sejuk... Alhamdullilah diberi kesempatan untuk merasai salji di negara seoul.  Memang jadi jakun kejap, yelah sebab di Malaysia mana nak ada salji ni kan??? so mesti ambil peluang untuk merasa sejuk beku di pulau nami.. Before ni check suhu lebih kurang -4 darjah celcius. So sejuk dia tok sah cakaplah sebab negara seoul ni di kelilingi oleh kawasan pergunungan sebab tu lebih sejuk jika dibandingkan dengan tokyo yang mana di kelilingi oleh lautan.  

Dari Myeong-dong ke pulau nami dengan menaiki train akan mengambil masa lebih kurang 2 jam begitu. jadi kalau tak nak lewat sampai di nasihatkan untuk bertolak awal...kami bertolak dari bandar jam 8 pagi dan sampai di pulau nami lebih kurang jam 11 pagi camtu.

Train pit stop
Myeong dong (Number stop 424) - Dongdaemun History & Culture Park (number stop 422) -line 4 light blue line

Change to Line 2 green line 

Dongdaemun History & Culture Park - Wangsimni (number stop 208)

Change to Jungang Line - light blue

Wangsimni - Mangu (number stop K121)

Change to Gyeongchun Line - light green

Mangu - Gapyeong (number stop P134)

Fare ; 2350 won / person

Gapyeong Shuttle Bus
From Gapyeong train station take shuttle bus to ferry port (10 minutes)
1 Day tour (returns) = 8000 won / person

Ferry to Nami Island
Fee to nami Island = 8000 Won / person
Durations - 10 minutes

Pulau Nami terletak 63km dari seoul di tengah-tengah sungai han river.  Pulau nami kelihatan seperti tasik daun anggun yang terapung pada bahagian atas tasik cheongpyeong.  Pulau ini mempunyai keluasan 460,000m iaitu lebih kurang 5km. Di bentuk dengan batu-batu kecil dan pasir, tiada gunung di pulau ini tetapi terdapat pokok-pokok rimbun.  tempat ini juga merupakan tempat di mana tupai, burung unta, arnab dan burung yang hidup disini.  Pulau ini dinamakan selepas General Nami, tokoh yang disegani dalam sejarah korea dimana perjuangan beliau yang berani dalam pertempuran, walaupun beliau meninggal pada usia 26 tahun.


Dalam pulau ni pun korang tak perlu risau tentang makanan halal, ada Asian Cafe yang menjual makanan halal korea untuk korang nikmati.  Nasi goreng dia sangat sedap dan berbaloi dengan harga,  Kat sini pun korang boleh makan ubi merah dia yang sedap di kala cuaca sejuk memang awesome..i sampai dua kali makan ubi manis merah dia tu. sedap sangat... dia bakar dalam tempayan lama korea.

Babymoon winter sonata holiday - Arrival

Assalamualaikum wbkth....



Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk bercuti akhir tahun dengan kesihatan yang sihat walaupun berbadan dua.  Actually ni suprised untuk pegi babymoon with my husband. My husband minggu lepas baru je pegi shanghai atas urusan kerja then selang sehari fly ke korea pulak....!!!

Ni pun merupakan pengalaman i yang pertama ke korea..walaupun dah banyak kali pegi negara musim sejuk time winter, tapi korea yang paling mencabar dengan keadaan cuaca dia yang sangat menusuk sampai ke tulang wooo...kenapa??? yelah sebelum ni kalau ke london, paris, aussie dengan japan takdelah sejuk sangat, kali ni memang terasa sangat sejuk keadaan cuacanya..kebetulan time datang ni dijangkakan snow.. kiranya alhamdullilah jugak sebab tak pernah merasa snow turun pun sebelum ni so jadi jakun kejap... hahahahah...

Flight dari KUL ke korea jam 730 pagi jadi sampai ke korea jam 230 petang waktu korea. Perbezaan waktu korea dan malaysia, korea cepat sejam dari Malaysia dan musim sejuk, malam lebih panjang berbanding dengan siang...sebab sini jam 5 petang dah macam maghrib dah.. so most banyak tempat history or lawatan akan tutup jam 430 petang dan 500 petang. 

Pemeriksaan imigresen sini tak straight sangat then sangat friendly... owh ya lupa nak puji flight yang i naik tu, sangat smooth je time take off dan landing dia sampai semua penumpang tepuk tangan lah time dia turun chantik tu..tak terhentak pun, syukur alhamdullilah..macam tau je ada ibu mengandung naik flight tu. heheheh maybe nampak kot masa i asyik dok ulang alik toilet, FA tu cakap kat pilot...apa pun syukur...



Leaps touch down tu pemeriksaan di kastam mengambil masa lebih kurang 20 minit then untuk ambil luggage pulak dalam 10 minit camtu je...sangat cepat diaorang ni buat kerja...setibanya di airport  ada dua kemudahan pengangkutan untuk ke bandar... dengan menaiki bus aiport transfer atau menggunakan train.. taxi pun ada kalau yang jenis tak kisah pasal bayaran...i adalah jugak buat bacaan sikit cara mudah dari airport nak ke bandar....bagi i kalau nak adventure naik trainlah... tapi disebabkan keadaan i yang tak fit macam dulu-dulu travel angkat beg turun naik tangga train... better naik bas je direct turun di stesen dekat denga hotel lebih senang dan murah..



so kalau stay di area myeong-dong bolehlah naik bus bernombor 6015 so dia akan berenti di stesen myeong-dong which is dekat sangat dengan hotel i duduk..just jalan dalam 5minit sampai...so kena pandai pilih lokasi untuk duduk... i tak taula kebetulan kot beli pakej sekali flight dengan hotel dekat area town..so sangat senang... siapa nak duduk hotel i duduk ni boleh booking awal guna agoda "Liosir hotel myeong-dong" walaupun bilik dia kecik macam keadaan bilik hotel hong kong tapi santat dekat dengan pengangkutan awam... train station sebelah hotel je, bus aiport tranfer pun jalan dalam 500m dari hotel, then meong-dong street pulak betul-betul depan hotel...so for me hotel ni sangat i highly recommended. 


ok T-money... apa itu T-money?
T-money ni adalah macam kad TNgo untuk kegunaan (train, bus & barang makanan di kedai serbaneka macam 7e,the mart dan lain-lain) deposit untuk kad ni 4000 won = RM15 (dan akan dipulanhkan bila korang pulangkan kad di mesin deposit pemulangan kad yang terdapat di semua stesen train) then bila dah beli kad korang boleh topup dengan berapa amount korang nak topup. so nanti kalau ada baki kad and korang pulangkan kad, dapatlah balik duit tu, then boleh sambung shopping kat aiport pulak...hehehhe 



mana nak beli kad ni??? ok kat airport paling senang, bila korang keluar je dari gate 4-5 akan nampak kedai serbaneka macam kedai juai minuman snack semua tu, korang boleh beli kat situ. situ ada juai...so tak yah sesusah nak cari 7E, sebab mostly i baca blog orang lain depa kata kedai 7E je yang juai..walhal di aiport tu kedai serbaneka pun ada juai... just cakap nak beli T-money card, and the cashier akan bagi kad tu je. kalau korang tak sebut nak topup with berapa won korang nak letak...macam i seminggu perjalanan i letak 30,000 won = RM120 seorang... so senang nak jalan mana nak pegi, tak perlu nak topup..itu cukup untuk seminggu sebab line train dia 1 je and harga je sekali jalan dalam 1120 won = RM4 camtu.. so itu pun i sure akan dapat balance lagi... but if korang topup dengan amount yang sikit, jangan risau korang boleh topup sendiri di mesin topup kad T-money di semua stesen train... i malas nak topup banyak kali, so lebih suka letak sekali banyak then jalan tanpa perlu fikir pasal nak kena topup... depends pada koranglah... 


ok about train line pulak..sini ada 8 line je take banyak macam kat jepun yang ada 15 line.. 
tapi pendapat peribadi i, line train korea ni susah sikit nak faham berbanding dengan line train tokyo..sebabnya banyak confused.. walaupun dia ada nombor dan warna, tapi korang kena search awal nak menghala ke arah kanan or kiri...jadi kena tau tempat korang nak turun tu no stesen berapa, and follow the arrow. nak baca train map je pun lebih kurang 30minit tak faham-faham... Jadi tips untuk senang, korang tulis tempat korang nak pi tu - line warna train - line no train - stesen terakhir train tu menghala kemana - no exit berapa. 

ok itu jelah info yang i bleh share dengan korang..nanti i share bab kedai makanan halal pulak okey...
hamse hameda

Persidangan Agung UMNO 2017

Assalamualaikum wbkth...


Tahun ni macam tahun sebelumnya di setiap hujung tahun akan berlangsungnya Perhimpunan agung UMNO 2017 yang melibatkan semua perwakilan UMNO di seluruh negeri akan datang dah bersidang dan menyampaikan usul serta cadangan kepada UMNO untuk dipertimbangkan oleh peringkat tertinggi UMNO...

Jadi ni jugaklah platform dan peluang kepada perwakilan UMNO yang terdiri daripada wanita, pemuda dan puteri untuk melontarkan rasa dan menyatakan usul penambahbaikan berkenaan dengan isu semasa terutamanya dalam penyelesaian kepada peningkatan sara hidup sekarang ni dan jugak beberapa isu penting yang perlu di berikan penekanan seperti agenda sosial.  Sebenarnya persidangan sebegini bagus pada setiap tahun bagi membolehkan rakyat bersuara secara telus agar peringkat tertinggi dapat mendengar pendapat daripada akar umbi... 



Tahun lepas i tak berkesempatan nak hadir time incik bos bagi ucapan dasar perasmian, tapi kali ni alhamdullilah dapat bersama-sama hadir dengan hubby ke PAU 2017 kali ni.. ni merupakan pengalaman pertama buat my hubby yang hadir untuk melihat sendiri suasana dan persekitaran serta mendengar dan merasai sendiri keadaan persidangan politik UMNO... 

Tajuk ucapan dasar incik bos kali ni adalah berkenaan dengan #transformasi sebenar dan bukannya nostalgia dongeng dan harapan palsu..!!! untuk mendengar ucapan penuh dasar YBKJ korang boleh visit website ni SPEECH BM YBKJ untuk english version pun ada kat situ (so boleh baca okey) dari situ rakyat boleh menilai dan buat sedikit ulangkali berkenaan point-point yang telah diutarakan... kadang manusia ni kalau tak de bukti susah nak percayakan sebab rakyat sekarang ni semakin lama sudah semakin bijak dan pandai menilai... jadi demi negara Malaysia tercinta, rakyat juga harus bijak untuk memilih berdasarkan bukti yang kita lihat sekarang dengan senario yang berlaku sekarang...