Customade Baju Nikah With Emas Pesona Wedding


Bercakap pasal baju nikah..sebenarnya ada peristiwa yang menyayat hati sikit di sini... but *biarlah rahsia* 

Baju nikah i di tempah khas ikut design sendiri dengan Emas Pesona Wedding di Shah Alam..
Kosnya???? :p hanya mampu tersenyumlah.. kat sini je yang i jumpa yang murah sikit dari yang lain. mostly korang kena rajin survey kalau nak tempah baju nikah...but agak pricey jugalah bila buat sendiri ni, sebabnya kena cari material sendiri yang memang dah mahal...plus upah jahit lagi dengan beading...tapi memandangkan kain i dah ada siap manik so dah save sikit untuk beading tu... jadi bila kain dah beli mahal, kos di jahit bolehlah berkurangan sikit.. 

Perkara yang perlu dititik beratkan time tempah baju

1. Design yang nak tu perlulah ikut kuantiti meter kain..kalau nak meleret panjang kalau beli 4meter memang tak cukup... so kena extrakan 1 meter... jadi penting design baju korang tu so kena decide nak design macam mana before beli kain dan tanya tailor korang berapa meter untuk baju dan berapa meter untuk kain...

2. Beading, ini sangat penting...kalau tak de beading nanti tak merlip merlaplah baju nikah korang..so sekali lagi ikut design dan corak kain yang korang pilih... kos untuk ini yang selalunya upah tailor ambil mahal dan ambil masa jugak untuk jahit dengan manik-manik pilihan... for me haritu i pilih konsep pearl dan kristal.. so tak de pakai banyak sangat sebab my kain dah boombastik merlip merlap ada sequince.. so kat situ dah save sikit kos beading ni...

3. Net kepala, ini penting jugak..selalunya tailor akan suggest sama material macam kain korang.. so kena beli extra kain disitu.. if nak meleret panjang belilah 2.5meter. kalau nak macam suwit macam i tu hanya guna 1.5meter je... then kena ada beading jugak untuk net kepala.. sebab kalau kosong je nampak pelikkan??? melainkan kalau korang ada nak pakai crown.. i tak de nak pakai crown bagai semua.. i suka yang nampak simple and tak memberatkan kepala....depend pada korang nak style macam mana. kalau nak style jenis sampai tutup muka depan pun boleh... tak de hal ikut citarasa memasing..

4. Next is design kain, kalau macam i, i nak meleret sikit je bentuk curve A. s0  sebab tu potongan depan macam sama dan belakang potongan bulat...so bila jalan tu terasa macam princess jalan kain meleret belakang... hehehe...

5. Duration untuk tempah jahit. normall kena hantar 4 bulan before majlis..selalunya tapi kalau korang hantar lewat, tu la ada cas kos sikit... kenapa 4 bulan awal??? i di maklumkan bahawa, diaorang akan panggil 2 kali untuk testing.. tapi kalau sent lewat, sekali je la testing.. better hantar awal.. sebab tu orang sangat concern bila dalam masa 4 bulan badan naik.. kena alter lagi kan??? so tu sebab tempoh waktu tu penting..

Itu serba sedikit mengenai pengalaman i.. just share dengan korang... ni baru untuk baju nikah je ni.. belum lagi fitting baju sanding..itu pun memeningkan kepala jugak.. so sesiapa yag nak tempah baju nikah nak kawin tu bolehlah try emas pesona wedding kat shah alam.  Dia sediakan perkhidmatan jahit dengan beading dan jugak if korang tak beli kain sendiri, dia boleh providekan kain ikut mana yang korang nak.. material dia semua daripada jakel tau... so harga pun ikutlah harga kain jakel..korang pepaham sendirilah ye... for me haritu, i beli kain sendiri di jakel dan tempah pada dia dengan beading tu pun cost around 1k++ tapi tak de la sampai 1.5k this the cheaper yang i dapat.. so boleh search instagram dia "EMAS PESONA WEDDING"

Perutusan Raja Sehari - Kad Kahwin


Kenapa bila nak kahwin orang akan cakap perutusan raja sehari???
Sehari je ke jadi raja??? hehhehehe

Malas betoi nak menulis dan buat edaran kad kahwin ni....dengan nak tulis senarai nama jemputan pun memeningkan, dengan mana nak pegi jumpa dan menjemput pun satu halnya jugak.. adoi pening-pening... even sekarang ni semua dah pakai teknologi tapi kenapa masih nak berkad bagai???
Ikut resmi orang tua-tua, even hantar e-card online pun masih memerlukan kad kahwin untuk jemput orang tua-tua dan sedara mara yang jauh dan dekat.. al maklum lah kadang orang tua-tua kat kampung tak de online email semua bagai ni kan??? by then nampak sopan sikit bila jemput pakai kad ni korang.. itu pun untuk jemputan sedara dan family... jadi kenalah buat kad..!!!

Untuk kad kahwin i ni memang sangat simple dan tema i pilih adalah putih dan dark blue.. 
nak nampak macam klasik fairytale sikit kan??? memang i pun suka tema fairytale ni korang.. sebab tu kalau boleh semuanya i nak macam ala-ala fairytale..dah katanya raja sehari kan??? so ikut suka hatilah tema nak pilih macam mana kan??? heheheh...

Rupanya bukan senang nak kahwin ooi.. 
Ketahanan mental, fizikal dan kewangan kena kukuh.. baru semuanya boleh buat ikut plan..
But bagi i, for the last minute plan semuanya main tangkap muat..tapi takdela semua benda i main tangkap muat je.. ada jugak perancangan dan details yang i buat dan yang paling penting ada list..!!
itu yang paling utama, kalau tak de list susah nak follow and mark apa yang dah buat dan belum...

Jadi untuk tempahan kad dan urusan yang berkaitan dengan pengantin memang 100% i uruskan sampailah ke catering tempat segala bagai.. for my family mereka hanya uruskan bila waktu majlis dan off sure untuk urusan makan nikah semua tu mak dengan kakak yang uruskan... family i tak ramai adik beradik so tak de makcik or sedara yang membantu, jadi semuanya i buat sendiri.. jadi mana tak pening semuanya nak kena handle sebab tulah pentingnya list....

Young Living Essential Oils Class


Mari pegi kelas
Untuk tambah ilmu pengetahuan kita jangan malas
kalau malas ilmu tak masuk

Dalam tahun ni jugak banyak perubahan baru yang i buat untuk perkembangan diri sendiri.  Awal bulan Feb 2017 i dah jadi member untuk Young Living Essentials Oils (YLEO) ni.. ramai testimoni yang pakai EO ni dah menyatakan keberkesanan dan kebaikan EO ni.

Ni kelas pertama yang i pergi untuk tahu kegunaan dan kebaikan EO ni. Even natasha hudson pun pakai benda ni dan ramai jugak pakai EO ni berbanding dengan minyak or ubat lain.  I pun masih baru untuk guna EO ni, so nanti i akan share kebaikannya dengan korang ye...



She Designed The Life She Loved


Tajuk bukan main english kan???
Harap maaf tajuk tak de kena mengena dengan entry
I nak share perasaan bulan ni yang berdegup kencang
semua serba tak kena...dugaan demi dugaan
betul orang cakap, selagi tarikh makin dekat makin banyak dugaan yang akan dihadapi
tapi i percaya ni dugaan yang Allah bagi untuk menduga samada i kuat untuk hadapi atau pun tidak..
Kalau dugaan sebegini tak dapat nak hadapi macam mana nak hadap dugaan yang lebih besar??