Diary Farm Kundasang Sabah

Assalamualaikum wbkth....
Hari Kedua di kundasang adalah ke Diary Farm yang selalu orang viral tu yang ala-ala macam di New Zealand...so itulah tujuan utama i ke kundasang ni selain nak tengok dengan lebih dekat gunung kinabalu ni...


 Around 9 pagi memang dah berkabus dah kawasan area sini dan sejuk... tapi tak de la sejuk sangat, sejuk ala-ala cameron highland tu je. and again, my son dah start badan panas on off tak sihat.. jadi agak cranky sikit bila nak sesiap checkout from hotel.  Perjalanan from hotel ke diary farm tu lebih kurang 5minit je from our hotel memang sangat dekat, kalau nak jalan kaki naik atas pun boleh...tapi agak berpeluh jugaklah... tak kuasa nak berjalan menapak kan.. jadi kalau plan nak ke sini better awal pagi sebabnya kalau taknak merempuh jammed untuk mencari parking... untuk masuk ke situ tak salah kena bayar rm5 / person...i dah lupa dah. but ada entry camtu la jugak nak masuk...



Setibanya dalam tu punya ramailah manusia yang datang... belum time cuti sekolah lagi pun dah ramai gila, jadi nak beratur beli susu dan aisrkim punyalah panjang barisan.. memang berebut jugaklah, so advice i jangan pergi time cuti sekolah, pergilah time tak cuti sekolah.. huhuh.. kalau nak keadaan tenang dan aman damai.. hahahha... tapi tu la, i pergi time belum cuti sekolah seminggu lagi pun dah jammed dan penuh orang...



Lembu-lembu sini memang daripada New Zealand....permandangan pun ala-ala di new zealand jugak, tapi disebabkan ramai orang sangat, nak bergambar pun kena berebut dan take turn, takde nak view kosong je belakang tu... jadi kami pun cecepat snap photo dan terus bergerak ke destinasi seterusnya... disebabkan yusuf pun tak berapa sihat, jadi takde la melepak lama di satu-satu tempat tu... next nak ke rabbit farm pulak before balik ke kota kinabalu semula..




Bercuti ke Kundasang & Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum wbkth...
Hujung tahun mesti ramai merancang untuk bercuti panjang sehingga tahun baru kan??
Tahun ni takde plan untuk bercuti ke luar negara, kami hanya plan untuk ke Kundasang, Sabah..
Actually plan ni agak last minit jugak, first plan nak ke bangkok, thailand tapi disebabkan keadaan time tu my boy kurang sihat, since dah seminggu lebih demam on off. so we decided untuk ke Sabah sahaja, lagi pun my husband beria ajak i pi sabah... i pun lama jugak tak pi sabah, agak dalam 5tahun dah kot.. tak de ke sana, so moh la kita kesana... once tiket semua dah booking +hotel, dari di nantikan telah tiba... kami sampai awal di airport untuk check in disebabkan ada bawak anak kecil (infant) so tak boleh nak checkin online, kena checkin di kaunter.. itu policy malindo..jadi kenalah datang awal untuk checkin segala bagai..nak dijadikan cerita hari kejadian tu pun my boy masih selesema tak berapa sihat...

 


Setibanya di Kundasang dalam jam 10 pagi camtu, my husband sewa kereta myvi dan kami bergerak ke kundasang..jadi sepanjang ke kundasang i dengan my boy tido...jadi tak de la nak menikmati sangat perjalanan tu apa ada kiri kanan jalan, yang i tau ada gunung yang curam bila melalui jalan lama ke kundangan tu dari kota kinabalu... Jadi sampai di kundasang sudah time tengahari, jadi kami pun singgah makan di pekan kundasang... rupanya kundasang ni macam cameron highland banyak di jual buah dan sayur segar... tapi disebabkan kami hanya pergi sebab nak ke diary farm, tengok gunung kinabalu dan ke rabbit farm...so takde la nak lawat ke tempat lain...

kami check in di Dream World Resort Kundasang yang semalam RM261. memang agak mahal dengan keadaan resort yang so and so je...tapi  berbaloi sebab dapat tengok gunung kinabalu tu betul-betul di belakang resort ni... i suggest kalau datang dengan anak kecil dan nak selesa tidurlah di tempat yang proper..sebab sana banyak jenis homestay dan cabin, which is untuk yang bujang sesuailah. tapi bagi yang ada anak kecil macam kami... better amik tempat selesa sikit...




Untuk hari yang kedua pulak, seawal 530 pagi dah boleh nampak clear gunung kinabalu daripada bilik resort.. indah sungguh ciptaan Allah swt.. alhamdullilah time tu cuaca kabus tak berapa tebal.. betullah orang cakap, kalau nak tengok gunung kinabalu dengan jelas, memang kena bangun awal pagi untuk tengok, memang 100% clear, but start jam 8 pagi camtu, kabus dah start tebal dan menutupi gunung tu, jadi takde la nak nampak dah..so aktiviti hari kedua ni adalah ke Dairy Farm.. nanti i cerita ke entry seterusnya...