CARA BUAT HOMEMADE VITAGEN YANG SIHAT & MENYEGARKAN

Menggunakan bahan segar, kita dapat memastikan anak mendapat nutrisi yang baik. Anak kecil pun boleh minum sebab tak ada gula, rasa manisnya cuma daripada buah-buahan sebenar.

RESEPI HOMEMADE VITAGEN PERASA ANGGUR

BAHAN-BAHAN

  • Beberapa biji anggur
  • Full fat yogurt – 1/4 cawan

  • CARA-CARA

    1. KISAR ANGGUR

    Mula-mula blend buah anggur dengan sedikit air sehingga halus.

    2. TAPIS

    Kemudian tapiskan hampas anggur supaya dapat tesktur yang smooth untuk anak senang minum.

    3. CAMPURKAN YOGURT

    Selepas tu, blend semula dengan 1/4 cawan yogurt.
    Yogurt ni ada banyak jenis kan. Kalau nak bagi anak, pastikan pilih full fat yogurt ya. Jenis low fat tak sesuai sebab bayi perlukan lemak baik daripada yogurt.

    4. SIAP!

    Dah siap tu, bolehlah tuangkan ke dalam cawan favourite anak-anak dan sedia untuk diminum.
    Macam saya lebih suka gunakan food pouch begini sebab senang diminum dan disimpan.