Selamat Hari Merdeka Ke-62


Pahlawan!

Jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan kau derhaka
maka kaulah pahlawan sebenarnya.

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semnatan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakt mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat.

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

Review : Foreo Luna Mini 2

Hey korang...!!!
Pernah tak wajah korang berjerawat?? mesti pernah kan?? tipu kalau muka tak pernah jerawat.  salah satu penyebabnya kerana proses mencuci wajah yang kurang bersih... kadang kalau korang pakai kapas pencuci pun masih nampak ada kotoran yang melekat di muka.. 



Kalau dulu terkenal dengan berus muka clarisonic dan mary kay pun ada keluarkan berus untuk pembersihan muka kan??? both brand i dah pernah guna dan masih ada sampai sekarang..but apa yang membuatkan i bertukar kepada Foreo pulak??? but first this is not pay review from foreo okay..ni adalah pendapat peribadi i..sebabnya for both brush i dah ada dan pernah guna.. masalah utama yang dihadapi adalah kena tukar berus tu..yes.. korang kena tukar berus tu setiap 3-6 bulan sekali mengikut kekerapan penggunaan korang..sebabnya berus tu akan cepat kotor disebabkan kotoran yang melekat di bulu berus tu... yes itu adalah masalah utama i... heheheh


Jadi bila Foreo dah ada jenis yang silicon ni, why not pulak i try kan.. walaupun harganya agak mahal jugak, tapi sebab diri dah terbiasa menggunakan berus muka so, try jugaklah dengan Foreo Luna Mini 2  ni... and guess what?? best gila wokey, pertamanya tak perlu nak fikir untuk tukar berus dan korang hanya perlu basuh di aliran air yang mengalir..sesambil tonyoh sikit2 then dah hilang...so kalau nak hygiene lagi, korang basuh la guna pencuci berus makeup korang tu...but for me, dah ok bila korang cuci dengan air tu pun semua kotoran yang melekat di celah2 liang silicon tu akan mengalir hilang..so itu antara salah satu kelebihan yang i nampak..

secondly, walaupun mahal tapi banyak kegunaannya.. antaranya adalah:
  • Menghaluskan liang pori wajah;
  • Menghalang minyak dan kotoran;
  • Membersih segala sel kulit mati;
  • Mengurangkan penglihatan pori-pori muka;
  • Memudahkan penyerapan produk penjagaan wajah


Boleh guna siang dan malam juga..boleh dikatakan setiap kali korang basuh muka tu guna je foreo ni...before tu korang apply pencuci muka (any type of face wash) pastu korang on Foreo and cuci selama 1 minit sambil2 massage muka tu.. then basuh dengan air bersih dan lap muka korang tu and korang akan nampak hasilnya. terasa lembut dan bersih.



Foreo ni pun ada banyak jenis mengikut warna dan jenis kulit korang...so before beli tu korang kena tahu jenis kulit korang supaya korang tak tersalah beli yerp...bukan beli ikut favorite colour korang tahu...yang paling bestnya sistem pembersihan kulit Luna telah melancarkan pulsasi T Sonic dengan menggabungkan teknologi anti-penuanan ke dalam reka bentuknya yang menjalar untuk kegunaan seharian.

  • Luna Biru - Kulit Kombinasi
  • Luna Pink - Kulit Sensitif & Normal
  • Luna Mint Cerah - Kulit Paling Sensitif
Jadi antara kelebihan dan keistimewaan Foreo Luna yang memikat hati i adalah
  • Rekaan silikon yang unik, which is ada berus jenis kecil dan tebal dengan rekaan bentuk yang oval
  • Ultra Soft & nanobrasive
  • 35x lebih hygine dari nylon bristle (berus pada jenis sonic yang lain tu)
  • BPA free 
  • 3 zone brush (ni yang i cakap tadi, ada kiri kanan dan atas jenis berus yang kecil dan besar) - so boleh la masuk celah-celah termukaan hidung antara mata tu dan sangat senang untuk di pegang dan mudah.

So, that why i telah jatuh cinta dengan Foreo Luna Mini 2 ni...sebab korang tak perlu tukar berus lagi dan 100% kalis air serta mudah di bawa ke mana sahaja....

Foreo ni bukan untuk wanita je tau, for men pun ada version 2 for men... alamak, habislah kalau my husband baca entry wife dia ni... hehehhehe...




Tips Mencantikkan Kuku Secara Semula Jadi



Lama betul tak menulis..walaupun baru seminggu dok terasa lama gila aih...!! harini i nak kongsi dengan korang tips cara mencantikkan kuku secara semula jadi dengan menggunakan bahan semula jadi yang terdapat di dapur korang tu je...konsepnya JIMAT dan MUDAH

Jangan korang hanya kulit badan, muka dan rambut je penting.. kalau dah namanya perempuan ni, dari atas sampailah bawah dan celah-celah part korang tu semua penting dan dok kena jaga...jenuhlah jadi perempuan kan??? lelaki ni tau-tau ja nak complain itu ini... selain itu, penjagaan kuku juga tak kurang pentingnya.  Cuba bayangkan time korang dok jabat tangan atau dok bersembang dengan kawan-kawan korang part yang paling banyak untuk pergerakan adalah tangan korang kan??? dan sekali gus akan menampakkan kuku korang tu...kalau kuku berkerak, habislah korang walaupun muka makeup helok tara mana pun, tapi kalau faktor kebersihan dan kesihatan kuku...agaknya apa kata kawan-kawan korang nanti... dan perlu di ingatkan tak semestinya bila bab penjagaan kuku ni korang nak kena ke saloon kuku untuk bersihkan, buat sendiri kat rumah pun boleh...jimat kos lagi tau..!! 

sejak i dah ada anak ni, i pun dah malas nak pi nail spa untuk kelebek kuku i ni, sebab tak dak masa dengan nak mengadap yusuf lagi kan?? dan lagi kalau i pi spa sapa nak jaga yusuf?? kalau bawak dia, satgi habis satu kedai spa dia tu dok ronda, so baiklah mama dia duduk rumah buat treatment sendiri kat rumah lagi aman damai senang... so tips i nak kasi ni sesuai untuk korang yang ada anak dan tak de masa nak pi nail spa macam i... so sambil-sambil jaga anak kat rumah tu, time anak tido bolehlah kita chantikkan kuku dengan barang yang ada kat dapur korang tu je...settel...



1.  Jus Lemon - ianya membantu untuk mencerahkan lagi permukaan kuku serta dapat menghilangkan kesan-kesan kotor degil.  Bukan itu sahaja, buah lemn ini uga memiliki manfaat vitamin C yang boleh membantu pertumbuhan kuku yag kuat.  So korang boleh jadikan rutin dua kali seminggu.  Hanya perlu sapukan pada permukaan setiap kuku dan biarkan ia kering sendiri.  lepas tu letakkan krim pelembab untuk memberi kelempaban yang optimum di bahagian kuku tadi.



2. Bawang putih - ianya kaya dengan selenium yang boleh mempertingkatkan pertumbuhan kuku.  Korang perlu gosokkan bawang putih ni terus pada kuku dan juga boleh buat minyak bawang putih untuk korang sapu pada kuku korang tu.



3. Madu - ianya dapat merawat masalah bakteria pada kuku dan juga memastikan bahagian kuku dan kutikel bersih dan lembut.  untuk menghasilkan pupur terbaik untuk kuku, korang boleh campurkan dengan lemin dan urutkan pada kuku.  biarkan beberapa minit (15-20 minit) lepas tu bilas.  korang akan nampak kuku koran tu lebih cerah, lembut dan kuat.


4. Apple Cider (cuka Epal) - ianya memiliki maanfaat anti kulat dan baik untuk digunakan pada bahagian kuku yang telah terkena jangkitan pada bahagian yang rosak macam cagu tu sesuai guna... ianya juga bersifat berasid yang amat berkesan untuk meneutralkan persekitaran alkali yang menyebabkan pertumbuhan kulat.  caranya korang rendamkan kuku kaki atau tangan bersama campuran apple cider dengan air suam selama 20 minit pastu korang lap dengan tuala bersih.  settel... ni kalau nak buat hari-hari pun bagus.


5.  Minyak kelapa - ianya mampu membuatkan kuku kekal terhidrat selain memperkuatkan kuku.  minyak ni pun ada maanfaat anti-kulat dan berfungsi untuk merawat kuku yang rosak.  Caranya korang panaskan minyak kelapa ni selama 20 minit dalam microwave past sapukan minyak ni suam-suam atas kuku di bahagian kutikel sebelum nak tido. boleh pakai sarung kaki jugak..so biarkan minyak ni bekerja selama korang tidur tu..ni boleh buat seminggu 2 kali jugak...

Senang kan tips i kasi ni??? so ini lah rutin yang selalu i buat bagi yang tak sempat nak ke nail spa... 

Review - The Lion King 2

Assalamualaikum wbkth....




Cerita dah lewat seminggu...!!! tapi nak review jugak..
Actually my husband yang beria nak tengok cerita ni walaupun jalan ceritanya sama macam cerita kartun pada tahun 1994 tapi bagi yang kali ni telah di adaptasi kepada CGI movie.. so i ikutkan aje.  Disebabkan nak bawa yusuf for the first time tengok movie, so my husband dah beli tiket di cineplex di Dcurve platinum tu which is hanya 4 orang je tengok cerita ni weh...!!! 


Masuk-masuk hall je hanya kami bertiga je, lepas movie baru nak start dalam 5minit lagi ada lagi 1 couple masuk..so menjadikan hanya 5 orang je untuk malam tu yang tengok show jam 9.00 malam.. so disebabkan ni first time yusuf tengok wayang duduk seat depan sekali..nasiblah dia tak meragam..dia pun beria tengok cerita ni... 

Power betoi CGI dia tu... memang betul-betul nampak real giler setiap watak dan karakter binatang-binatang tu.. langsung tak nampak macam guna komputer.  Pastu grafik dia sangat precise, sampaikan ulat dan anai-anai yang ada dalam cerita itu pun nampak clear dan cantik sangat.  Sampaikan urat-urat kat ulat tu pun boleh nampak jelas..memang sangat hebat...!!! tak rugi beli tiket memahal...

Memang enjoy tengok The Lion King ni, banyak mesej yang disampaikan dalam cerita ni especially bab kasih sayang antara ayah (mufasa) dengan anaknya (simba.  Tapi sedih bila moment yang mufasa mati masa tengah nak selamatkan simba dari kena sondol dengan binatang lain.  Last-last mufasa mati sebab dendam scar yang nakkan tahta kerajaan mufasa di hutan tu... geram pulak time tu... but ending yang last tu sangat touching bila simba dah besar datang menyelamatkan hutan yang dah kering kontang dek kerana scar berjaya menggantikan mufasa sebagai raja di hutan tu... end up orang jahat pasti mati juga...  

Apa pun movie ni memang best...syabas Disney...!!! so berakhirlah cerita tu sampai jam 12.00 tengah malam, yang terkejutnya my little simba pun tak tido sampai time tu, patutnya bila dah lepas jam 9malam adalah waktu my little simba tido.....nasib tak buat perangai time tengok cerita ni..sebab dia pun takut bila time gaduh-gaduh tu... roaaarrrr... 











Resipi Mashed Potato Simple

Assalamualaikum wbkth...

Taraaa
Disebabkan yusuf sangat suka makan mashed potato and all western food, insyaallah i akan share a few recipies yang senang dan cepat di masak...!! Today i share resipi mashed potato yang sangat mudah kalau bagi anak yang picky eater dan susah nak makan tu, korang cuba try bagi mashed potato insyaallah, anak yang cerewet makan pun akan nak makan...


Resipi Mashed Potato: (untuk sekali makan)
- 1-2 biji potato bersaiz sederhana (kalau untuk keluarga makan, bolehlah tambahkan sebanyak mana korang nak..
- sedikit garam
- sedikit white pepper / black pepper
- 1 sudu butter
- fresh milk (kalau takde boleh je guna air panas atau pun susu anak, no problem)
- sedikit serbuk basil 

Cara Penyediaan:
- kupas ubi, potong kecil dan rebus sehingga empuk
- toskan dan masukkan butter dan lenyekkan sehingga lumat
- masukkan sedikit garam, white pepper / black pepper, basil
- last sekali baru masukkan susu, ikutlah tekstur camne korang nak? kalau nak cair sikit, korang masukkan lebih sikit susu tu, kalau tak nak terlalu cair nak kental korang masukkan sikit je susu tu... ikut cara korang nak makan..and doneee


Selalu i akan buat dengan pasta dan chicken grill untuk yusuf makan bersama dengan mashed potato... berselera kalau ada mashed potato ni... then kalau nak tambah sedap lagi, boleh buat black pepper sauce untuk tuang atas mashed potato tu... nyummmy...selain itu kentang juga mempunyai beberapa khasiat untuk anak anda...

1. Kaya dengan Pelbagai Nutrien Semulajadi
- Menurut Healthline.com 100g kentang mengandungi nutrien berikut:
kalori 161, lemak 0.2g, protein 4.3g, karbohidrat 36.6g, serat 3.8g, vit C, B6, Potasium, mangan, Magnesium, Fosforus, Niasin dan Folat.

2. Baik Untuk Pencernaan
- Serat yang tinggi baik untuk sistem pencernaan baik agar tetap lancar dan sihat.

3. Membantu Sistem Imuniti Badan

4. Mengenyangkan & Memberikan Tenaga
- sesuai juga untuk membantu anak mencapai berat badan yang ideal. * so kalau hari-hari makan insyaallah berat badan akan increase

5. Bagus untuk Kesihatan Tulang
- Zat Besi dan Zink yang terkandung dalam kentang dapat membantu dalam memproduksikan dan mematangkan kolegen dalam tubuh serta mengekalkan struktur tulang yang kuat.

Jadi kalau ada masalah anak yang picky eater dan kurang nak makan tu, kalau buat jenis camni insyaallah anak akan mula nak makan... cubalah, even tho dia makan sikit dan hanya favorite nak makan mashed potato hari-hari...apa salahnya kita buat makanan kegemaran mereka ni setiap hari... So, ibu-ibu yang mengalami masalah anak tak nak makan dan picky eater tu, jangan berputus asa, kita kena try n error which one yang menjadi kegemaran anak kita...dan remember jangan pulak selalu ajar anak dengan proses food ya... itu antara punca jugak anak jadi picky eater...baik masak sendiri kita dah tau kebersihan dan khasiatnya... insyaallah...selamat mencuba korang...

Review Kebaikan Susu Pediasure - Susu Penyelamat

Assalamualaikum wbkth....

Harini i nak berkongsi sedikit pengalaman dan bercerita berkenaan dengan masalah anak "picky eater" dan juga masalah kekurangan berat badan serta... susu penyelamat yang berjaya menyelesaikan masalah i.

Bukan nak cakapla kan, seiring dengan pertumbuhan bayi mengikut umur sangatlah mencabar bagi semua ibu.. now i know betapa sukar dan pening kepala bila memikirkan pemasalahan anak yang tak nak makan dan cerewet nak makan ni...pastu berat badan pun dah tak cantik..!! itu adalah situasi yang i pernah alami suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan i FRUST...memang sangat FRUST bila anak tak nak makan apa yang kita masak walaupun kita dah follow semua rules untuk buat makanan anak tu dari tekstur panas, suam, dan sejuk semuanya...tetap tak menjadi dan pernah jugak rasa give up nak masak... but gigih jugak masak even anak tak nak makan langsung... hati mak manalah yang tak meruntun bila anak tak nak makan LANGSUNG dan hanya bergantung pada susu semata... and YES di sebabkan keadaan itu, berat badan anak pun dah menembusi line kuning... sobb.sobb,,,sob...

So bila pergi checkup mulalah kena bebel dengan nurse dan doktor cakap kita ni tak bagi makanan seimbang dekat anak la...tak itu la tak inilah... haish lagi bertambah STRESS tau tak.. nasiblah masa yusuf sakit kena rotavirus dulu tu doktor suggest untuk tukar susu kepada PEDISURE, katanya bila anak dah 1 tahun ke atas dan kurang nak makan, maybe boleh tukar ke susu PEDISURE.  kebaikannya, jika anak tak nak makan atau kurang makan hanya bergantung pada susu sahaja..susu ini dapat membantu untuk melengkapkan nutrisi yang anak kita hilang..!!! so lepas je dengar adviced cenggitu, i pun gigih pergi mencari susu ni...walaupun harga a bit expensive tapi di sebabkan untuk kebaikan dan pertumbuhan yusuf...i pun beli dan try selama sebulan dan hasilnya sangatlah memberansangkan.. For 2nd checkup doktor pun terkejut sebab sepantas kilat berat dari line kuning terus menegak naik... dan doktor cakap "berat dan tinggi" tak seimbang pulak dah..but it's okay pertumbuhan yang memberansangkan.. means... means.. hahah yusuf terlebih tinggi dari berat... which is good untuk pertumbuhan perkembangan anak... alhamdullilah... masalah selesai sepantas kilat... zasssss


Jadi disebabkan itu, pelaburan selama sebulan amatlah berbaloi dan membuatkan i tersenyum semula, kalau tak asyik stress je kan bila anak tak nak makan ni... now yusuf dah start nak makan semula.. tapi dah jadi picky eater pulak, sebabnya tak nak makanan melayu ni asyik nak western je...so i pun terpaksalah mengikut selera dia yang all the time nak western food. nasiblah i ni jenis rajin nak memasak pasta, macaroni & spegethi and i noticed masak western food ni lebih cepat dari masak makanan tradisional melayu...opppsss..


So i nak share dengan ibu-ibu yang runsing dan risau dengan berat badan anak dan selera makan anak tu kan.. jom tukar ke susu pedisure...insyaallah, masalah korang pun akan selesai...kalau dulu i kena try n error tukar susu ke memacam brand, now i dah tak pening kepala dah.. sebab PEDISURE penyelamat kepada masalah i tu.. kalau korang nak try boleh minta sample dulu dengan ABBOT Malaysia.  PEDISURE ni ada 3 perisa, (Vanilla, coklat & madu) - but yusuf i hanya try vanilla untuk dia, perisa lain tak try lagi..maybe tunggu yusuf besar sikit barulah boleh nak try..ni i sharekan kelebihan susu ni untuk rujukan korang.

Kumpulan kanak-kanal yang sesuai menggunakan produk ini adalah:
- Kurang selera makan, kalau makan pun sangat sedikit;
- Hanya makan beberapa jenis makanan;
- Hanya makan beberapan jenis buah-buahan dan sayuran;
- Taknak try makanan baru;
- Jarak waktu makan yang lama;
- Aktif dalam aktiviti fizikal;
- memerlukan makanan ringan atau supplement yang berkahsiat; dan
- Alah kepada laktosa.

Sukatan susu ni kena ikut bancuhan yang disyorkan...and yusuf i bagi 3 kali je minum susu ni, which is pagi, time tengahari nak tido dan malam... so selain tu i bagi air masak je dan makanan pagi, snack, tengahari, minum petang and dinner. 

Also i noticed bila bagi susu ni anak pun dah jarang tak sihat, selera makan pun ada perubahan, berat badan makin bertambah, semakin tinggi dan anak dah tak sembelit dan mudah membuang.. which is good for yusuf....alhamdullilah..bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah macam i bolehlah cuba tukar susu ke pedisure, insyaallah masalah akan selesai... opps ni bukan entry berbayar from Abbot Malaysia ye. ni actually my personal review je pasal produk ni... ilmu yang baik apa salahnya kita berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana kan??? selamat mencuba u olls.