Maulidur Rasul 2017



Salam Maulidur Rasul korang....!!! 
So today public holiday apa plan korang?
Mesti hari untuk bersantai bersama keluarga kan??? jom kita hayati sedikit penghayatan mengenai Maulidur Rasul ni...

✿ Pengenalan

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

 ✿ Menghayati Perjuangan Nabi

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 

 Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

✿ Ketokohan 

Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab  mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

✿ Keadaan Kucar kacir

Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).

 Kesimpulan

Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia

We made a tiny human..!!!


Selamat Pagi...
Alhamdullilah dah 2nd trimester, actually dah half way pun dalam 2nd trimester ni....pejam celik pejam celik dah sekejap masa berlalu...alhamdullilah i've made it sampai ke fasa ke-2 ni, syukur alhamdullilah masih diberi kekuatan untuk menghadapi sebarang perubahan bentuk badan, hormon dan jugak mental dan fizikal semua sekalinya... tak tau camne nak cakap... semua ni rezeki Allah swt..

Pengalaman pertama yang tak mungkin akan dilupakan selamanya sebab ini merupakan satu anugerah pengalaman bagi yang bergelar isteri buat pertama kalinya dan perasaan tu tak boleh nak gambarkan macam mana... kalau nak tau pada yang bujang tu kenalah kahwin...!!! hehehehhe

Just nak share sedikit perasaaan dan pengalaman yang dialami sehingga kini...sebenarnya memang tak sangka secepat ini Allah swt bagi merasa perasaan itu.. shud orang cakap kena puas honeymoon dulu kan?? tapi walau apa pun, i terima apa jua yang telah Allah swt kurniakan dengan hati yang terbuka dan bersedia.  Keadaan badan ni jadi tak berapa nak sihat sangat waktu join "Colour run" pada bulan ogos tahun ni... time tu actually masih rasa cergas but ada sikitlah terasa penat badan..tapi tak syak apa lagi...sampailah waktu malam dah start rasa sakit perut sikit but light-light je rasanya... then yang i lagi noticed sebab kerap kencing... so maybe fikir sebab banyak minum air kot...

Jumaat, subuh terasa macam nak checklah mana tau kan kot miracle happen.. by the time tu baru 3 bulan married...(wah tempoh macam dah lama) so bila dah letak pregnancy test dalam urine tu i pegi solat sementara nak tunggu tanda naik... so after habis solat subuh tu...subhanallah, miracle happen...betul ke tak ni??? macam tak betul je kan rasa... then petang jumaat tu sekali lagi i buat test sendiri... masih keputusan yang sama... so nak confirmkan lagi, hati pun macam nervous nak cakap dengan husband... but husband dah perasan perubahan diri... dia pulak sibuk tanya dah period belum ni??? rasa macam dah sebulan lebih je u ni tak period...hahahhaha..dia pulak yang over dok mengira..

Ok fine, dengan hati yang gagah perkasanya i bagi tahu my husband malam jumaat tu selepas solat maghrib jemaah... dia pun macam tak percaya then dia kata dia nak tengok bukti.. so i pun kasilah.. excited dia toksah cakaplah.. mengalahkan i..so dia yang cakap jom siap-siap cepat kita pegi check kat klinik presint 8 tu sekarang... i said now..!!! (amboi arahan kan)

Then jam 8 kami ke klinik azalea presint 8 dan doktor mengesahkannya... so dah almost 1month 2 weeks time tu...alhamdullilah, balik lepas check tu buat sujud syukur.  Semua ni rezeki Allah swt bagi, sejak mula dari kahwin perkara yang baik-baik je yang berlaku..harap ianya kekal hingga akhirnya... insyaallah...!!!!

So bermulahlah episod sebagai wanita mengandung...
Ada alahan tak???
alahan tok sah nak cakaplah, memang sangat terasa setiap perubahan yang berlaku..bak kata orang perubahan hormon kan.. !!! macam-macam pengalaman dan kesakitan yang i lalui...tapi i sentiasa berdoa ini semua ujian dan dugaan untuk i sentiasa dekat denganNYA...i selalu berdoa agar di berikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menghadapi situasi ini...alhamdullilah i've made it until today... harap moga kekuatan dan kesihatan ni di beri sehingga i melahirkan nanti... 

sebenarnya untuk 1st trimester, i selalu morning sickness yang teruk..nak dijadikan cerita time perubahan hormon yang teruk berlaku adalah masa sukan sea 2017 baru-baru ni..kalau perasan i dapat mc 3 minggu untuk "bed rest" je di rumah..so sebab tu i tak de pegi memana event, seminggu awal je i bekerja time sukan sea after that terlantar di rumah melepet je... lepas tu bila dah masuk office time diaorang keluar ke sea games dan para games.. i jadi gadis office je la buat keje-keje di pejabat... so no more keje-keje lasak dan berat..hehhehe so tu jela buat masa ni..then lepas tu dapat mc seminggu lagi sebab masuk CDB and patut duduk ward, tapi sebab ward katil putrajaya ni full.. so warded di rumah je la seminggu... now dah back to normal life... mudahan kesihatan ni berkekalan hingga di saat melahirkan nanti... insyaallah..

Nanti i will continue lagi ye...!!!

Resipi Waffel Homemade




Cuti hujung minggu selalu apa plan korang??
mesti melepak bersama keluarga kan???
sambil melepak tu best kan kalau menikmati waffel berintikan nuttella atau honey...
meh i share simple resipi untuk buat waffles ni..senang je, yang penting kat rumah mesti ada pembakar waffel yang korang boleh beli kat supermarket dengan price lebih kurang dalam RM60.

Bahan-Bahannya
1 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum / cake / serbaguna
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yang dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatkan
Ayak tepung bersama baking powder
pukul telur hingga betul-betul kembang
Masukkan kesemua bahan di dalam telur yang telah dipukul dan gaul sebati
panaskan waffle maker
bila dah panas sapu dengan butter di acuan dan tuang adunan dan ratakan
masak dalam 2 - 5 minit.
siap untuk dihidangkan bersama nuttella, madu atau aiskrim.

Hidangan : 10 waffel.