Sesi Berpantang Bermula

Assalamualaikum w.b.kt.h.



Alhamdullilah setelah selamat melahirkan now tiba masa untuk berpantang selama 44 hari hingga 100 hari (ehem...ehem) disebabkan i bersalin secara pembedahan jadi pergerakan tu agak terbatas sikit untuk melakukan kerja-kerja lasak sebab takut luka dalam dan luar tercarik or ternanah... jadi penjagaan rapi sangat diperlukan..bak kata orang kalau bersalin normal, sakit dan payah gerak time bersalin tu je tapi penjagaan selepas bersalin sangat mudah...vice versa pulak dengan yang bersalin secara pembedahan, semasa di bedah tak terasa sakit sebab dengan ubat bius, tapi penjagaan selepas bersalin tu agak payah sikit sebab limitation untuk bergerak ke sana ke mari bukan apa takut perut terburai...hahahhaha...

So bagi ibu yang melahirkan secara normal atau secara czer anda semua sangat hebat..sebab telah melahirkan umat nabi muhammad di dunia ini, ini merupakan satu pengorbanan yang sangat besar buat semua ibu-ibu yang telah bergelar ibu..alhamdullilah...

kenapa perlu berpantang 44 hari dan 100 hari? apa perbezaannya tu???
ok berpantang ni adalah proses dimana ibu-ibu yang selama ini mengandung 9 bulan dan melalui proses bersalin normal atau czer perlu menjalani proses recovery untuk diri sendiri.. kenapa??? sebab segala tenaga bagi ibu yang bersalin ni dah digunakan selama mengandung dan melahirkan jadi ibu perlu berehat dan memanjai diri selepas proses bersalin itu sendiri... actually takde sangat rasa rehat pun bila anak kecilkan...sebab ibu masih perlu bangun untuk menyusukan anak setiap 2 jam sekali dan juga untuk mandikan anak..jadi masa untuk berehat tu pun sangat limited, sebab tu ibu baru digalakkan untuk menjalani tempoh berpantang... tapi kenapa ada 44 hari dan 100 hari??? 

44 hari jika mengikut hadis pun untuk darah nifas ibu bersalin paling awal selama 44 hari dan paling lewat sehingga 60 hari.. jadi jika ibu bersalin secara normal dan pembedahan, darah nifas masih akan keluar mungkin kuantiti itu agak berlainan..sebab bagi yang normal darah nifas akan terus keluar sehingga 44 - 60 hari... tapi bagi yang pembedahan mungkin darah nifas kurang sebab semasa proses pembedahan tu kebanyakan darah telah disedut dan dicuci oleh doctor..jadi kebarangkalian darah nifas keluar dengan banyak tu agak mustahil kecuali jika ibu bersalin mengalami komplikasi selepas bersalin tu lain pulak kes nya... tapi ibu bersalin pembedahan masih juga keluarkan darah nifas... jadi tempoh berpantang 44 hari untuk bersama suami juga perlu diambil kira bagi menyembuhkan luka dalaman ibu dan tempoh bagi rahim untuk mengecut. 

100 hari??? bagi tempoh 100 hari itu kebanyakan adalah tempoh untuk "bersama" most of ibu yang czer normally akan pantang sehingga 100 hari sebab takut perut terburai..hahhahaha... walaupun tak bersalin secara normal tapi masih kena pantang ikut cara bersalin normal.... selain tu kena bagi tubuh ibu betul-betul fit dan pulih sepenuhnya... buat para suami harap bersabar dan bersamalah membantu isteri anda untuk recovery seperti biasa dan tolong sesama jaga bayi yang baru dilahirkan...

0 comments:

Post a Comment