Pregnancy Journey...

Asssalamualaikum...wb.kth...



Lama tak update blog since awal tahun lagi... actually keadaan diri tak mengizinkan dengan faktor pembawakan baby yang dalam kandungan makin hari makin besar membuatkan diri ni sentiasa penat dan tak berdaya...tapi alhamdullilah masih diberi kekuatan untuk terus bertahan demi anak dalam kandungan yang tercinta...

Ketika entry ni di tulis alhamdulillah i telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat walafiat...(will story to next entry nanti) Now nak story berkenaan apa yang terjadi before bersalin... kepenatan dan dugaan yang dihadapi...sepanjang permulaan hamil sehingga ke 33 minggu ni ada pasang surut keadaan kesihatan i... semua ni i anggap sebagai dugaan yang Allah swt berikan untuk i terus sabar dan tabah menghadapinya...syukur ke hadrat Allah swt atas segala kurniaan yang diberikan...

Ceritanya bermula, dari awal i dapat tahu pregnant, badan dah start menunjukkan perubahan yang ketara...faktor kesihatan tu berlaku time sukan sea 2017...kebetulan time office bz menguruskan temasya sukan antarabangsa... disebabkan faktor kesihatan yang tak mengizinkan, i dapat bed rest almost 2 month camtu...so tak boleh nak  buat kerja berat dan keluar kawasan, so after bed rest 2 month tu on off datang office untuk settelkan kerja di office sahaja..memandangkan time tu kandungan tak berapa kuat...so doctor bagi ubat untuk kuatkan rahim bagi menjaga janin dalam kandungan...alhamdullilah fasa tu lepas dengan jayanya... then dah tak boleh nak buat kerja berat dan stress.. so i just pegi office buat keje office dan balik on time... settel...nasib bos dan officer office semua faham keadaan yang dihadapi... thank you sebab memahami…

Next masuk bulan ketiga, keadaan diri masih tak kuat…hanya mampu pergi keje dan balik keje je..hujung minggu melepuk di rumah je bed rest.. nak dijadikan cerita i pernah alami keadaan tak boleh nak kencing, sebab saluran kencing terhimpit dengan rahim yang makin membesar (sebab details will story next entry) click sini…so again, emergency kes pegi hospital untuk pakai tiub kencing selama seminggu…demi anak yang dikandung, i gigih menghadapi dugaan ini…again seminggu dapat mc…so disebabkan wad hospital penuh, jadi warded di rumah je la seminggu tu…after seminggu pergi klinik untuk buka tiub and cuba untuk kencing…alhamdullilah rahim dah tukar posisi dan tak menghimpit saluran kencin…so boleh kencing seperti sediakala… amin

Lepas tu, bila dah masuk 2nd trimister alhamdullilah keadaan makin baik dari segi faktor kesihatan i dan baby…sebab tu i dah boleh nak masak..bayangkan selama tiga bulan lebih tak boleh memasak, sebab alahan teruk…sian husband i hari-hari makan luar…(sorry ye sayang) now back on track… time ni jugaklah i pegi babymoon masa kandungan 6 bulan… bak kata orang, masa ni paling sesuai untuk pegi babymoon sebelum masuk 3rd trimester, waktu bersalin dan dalam pantang nanti..lama nak tunggu…so memandangkan i pun dapat green light dari doktor yang mengatakan kandungan i tak de masalah untuk travel tapi masih dibekalkan surat kebenaran doktort…tapi dengan syarat tak boleh naik flight lebih 7 jam.. hahahahha….baru je plan nak pegi europe..tapi apakan daya, takpelah nanti pegi dengan my baby la…

Bila dah masuk 3rd trimester ni, mulalah dah start penat memanjang, even jalan sikit pun dah mula letih… dan nak dijadikan cerita masa checkup 33 minggu, kandungan i ada masalah iaitu air ketuban kurang dari bacaan 10. Alamak mula dah cuak, bila i google berkaitan dengan keadaan air ketuban kurang barulah i tau, rupanya bahaya jugak sebab bayi dalam kandungan tak de space untuk bergerak dan boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut… nak dikatakan bocor takde pulak or pecah, sebab takde rasa air tu meleleh pun…but kata doktor maybe time kencng air tu keluar sekali… aduh!!! mana nak perasan.

So bermulalah episod i warded di hospital lebih kurang 2minggu lebih… disebabkan AFI (air ketuban) yang kurang…so doctor pun tak suggest untuk bersalin awai sebab baby belum matang sepenuhnya.. jadi i diberikan suntikan dexa buat kali yang pertama…suntikan ni bertujuan untuk mematangkan paru-paru bayi.. tapi toksah nak cakaplah sakit dia bukan main sakit weh…dos dexa perlu dicucuk 2 kali dalam tempoh 12 jam setiap satu dos… so bayangkan i menahan sakit tu macam mana.. siapa yang pernah kena cucuk je tahu macamana sakitnya… after that, i kena buat ctg (bacaan graf jantung baby) setiap hari 2 kali (pagi dan malam) serta buat doppler (bacaan in-out oksigen melalui cord from plasenta to baby) almost everyday kena buat bila dalam ward… even lepas 2minggu keluar wad tu pun i masih di beri pemerhatian khas kena everyday datang hospital untuk buat CTG dan Doppler… (seminggu ulang alik) lepas tu nak dijadikan cerita, cukup 36 minggu 3 hari my baby yusuf terpaksa bersalin secara emergency czer…(demi mu anak, mommy sanggup berkorban agar kita berdua selamat)  itu keputusan doktor untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak..sebab air ketuban i dah terus turun 2..bayangkan dari 8 terus turun 2….so emergency czer jugak malam tu… (nanti i story di next entry) so jalan penceritaan pengalaman mengandungkan anak sulung ni sangat-sangat mencabar dan i bersyukur sebab dikurniakan secepat ni walaupun i mengalami beberapa masalah berkaitan dengan rahim i… alhamdullilah…syukur...

0 comments:

Post a Comment