Happy 1st Birthday Yusuf Hussein

Syukur Alhamdullilah.....



Happy First Birthday To My Handsome Son..!! Today we celebrate a year of health, happiness and love 

It is so amazing to watch you learn and grow everyday and to see your cheeky personality start to shine 
There are no word to describe just how much love, laughter & light you have brought into our lives ... Happy 1st Birthday Yusuf Hussein, and be good son to mama & papa.. 




Actually tak plan nak buat secara besar-besaran pun untuk celebrate birthday my boy, memandangkan dia pun belum ada BFF and ramai kawan, jadi cukuplah sekadar majlis makan bersama dengan ahli keluarga yang terdekat sahaja...alhamdullilah all went well.. tema this time adalah "contructionS" memandangkan yusuf suka main dengan permainan construction, jadi mama dia over excited plan untuk DIY semua prop for birthday dan invitation card termasuklah dengan makanan pun kalau boleh nak ikut tema...sejenis kegigihan di situ kan??? 

Bukan apa lama tak mengkretifkan diri untuk mendecor birthday party yang ikut tema macam ni, kalau dulu time bujang memang i suka sangat untuk buat birthday party ikut tema even tho plan untuk suprise party kawan-kawan...so since dah kawin dan ada anak ni agak kurang sikit untuk plan-plan yang macam ni, tapi since my boy pun dah mencecah umur 1tahun so apa salahnya mama dia plankan untuk birthday yusuf mengikut tema yang di inginkan... panjang lagi perjalanan so boleh cuba bermacam-macam jenis tema....!!!all idea i amik form pinterest...





Semuanya i cilok idea daripada pinterest... heheheheh kadang-kadang kat situ jugak ada free DIY printables macam untuk botol air, banner, cake poppers, kena rajin dan pandai mencari...then melalui shoppee i beli all cute items for decoration yang bertemakan construction and tape CAUTION tu i beli daripada shoppe dengan harga yang sangat murah RM5 untuk 1 gulung.. which is berbaloi and still ada baki lagi...and for baloons pun i beli dengan shoppee RM35 untuk tema construction (dapat 4 helium big baloons + number 1 ballons + 40 piece normal baloons orange, yellow & black + baloons plastic handling untuk gantung di banner) and for banner i tempah from shoppe jugak RM45 untuk 5ft x 5ft so boleh pakai ulang2...mudah dengan adanya shoppe, tapi all item tu i tempah 1 bulan awal sebab penghantaran lebih kurang 2-3 minggu. so kena tempah awal...

Untuk cake pulak, i order sengan syugarlips time promo April 2019 haritu, which is harga murah dengan 3 items (small cake themed + cheese tart + brownies = RM70) mana nak dapatkan? cake dia pun sedap-sedap..bakers ni selalu akan buat offer ikut month, so harga price lebih kurang camtu je. kalau nak delivery kena tambah dalam RM20-30 cas camtu. ok la kan? RM100 u can get 3 items sekali....so kalau korang nak booking dengan bakers ni boleh click intagram dia dengan nama "syugarlips"...confirm korang puas hati... i banyak bakers jugak yang i try dengan compare price...tapi this one yang melekat di hati sebab harga yang murah dah sedap... hopefully harga dia akan maintain same je..takut nanti bila dah terkenal dan ramai ambil dengan dia, price pun dia akan naik kan...!! harap dia akan maintain je dengan price camni...

Then untuk makanan menu pulak off course BBQ (chicken + beef + lamb + sosej), salads, fruits, pulut kuning with rendang ayam and laksa sarawak...!!!