Retroverted Uterus...

Assalamualaikum...wbkth...



Harini nak story sikit apa masalah yang dihadapi sepanjang i pregnant ni...pernah dengar dengan retroverted uterus? atau bahasa melayunya rahim terbalik???? sememangkan peratusan wanita mengalami rahim terbalik ni hanya 20% je di dunia..tak ramai, so mereka adalah insan istimewa.. heheh termasuklah i.. so before kawin mana nak tau i ada masalah ni...bila dah hamil baru tahu itupun time i buat buku pink pada 12 minggu.. baru doktor detect i rahim terbalik...actually tak de masalah pun bagi wanita yang ada rahim terbalik ni, masih boleh hamil tapi mungkin ambil masa sikit..so jangan bersedih bagi yang dah kawin lama tak diberikan zuriat lagi jika ada masalah rahim terbalik ni, insyaallah Allah swt maha mengetahui bila waktu yang sesuai untuk pasangan itu diberikan zuriat... sabar adalah kunci pada segalanya...

Nak dijadikan cerita masa nak buat buku pink pada 12 minggu tu, baru doktor sahkan i ni rahim terbalik dan siap tanya lagi berapa tahun dah kawin baru nak dapat anak ni??? owh sebelum tu doktor tanya, anak sulung ke ni??? i jawab "ya" then baru soalan atas tu...bila i jawab "eh baru 2 bulan kawin" so doktor cakap...rezeki awaklah dapat anak awal.. tiga orang doktor pakar scan perut i untuk confirmkan yang rahim i memang kategori terbalik...time tu muka dah cuak dah akan ada masalah ke apa ni dengan kandungan i??? rupanya doktor tu nak sahkan i punya keadaan rahim ketika itu... so i dengan blur pun pegi tanya doktor macamana rupa rahim terbalik tu doktor??? so doktor tu pun gigih melayan i pegi google kat pc dia..and ditunjukkan gambar macam atas tu... actually wanita punya rahim terbalik pun takde masalah time hamil cuma ada beberapa je yang akan ada masalah..... ( i la tu yang dalam kategori bermasalah) memandangkan faktor lain dalam rahim i semua clear so tak perlu risau... (takde fibroid, takde cyst) subur...so tak de masalah jika concieve awal..cuma jaranglah orang lepas kahwin yang ada rahim terbalik akan cepat hamil..(bak kata doktorlah) so kiranya ni rezekilah untuk i dan husband...alhamdullilah...

Rahim terbalik ni kedudukan rahim lebih condong kebelakang...so bila time datang bulan tu off sure i akan sakit belah pinggang di tulang belakang...bila tuam or tungku di kawasan tu baru lega dan memang darah period akan keluar dengan banyaknya, time zaman i bujang dululah..tapi takde la nak pelik or noticed benda tu kan...tapi bila details checkup scan kali ni doktor mention barulah sedar...tapi alhamdulilah period day i sangat regular every month..so itu doktor cakap kesuburan i tak ada masalah...jadi tak perlu risau...cuma melalui pembacaan i lah, bila "waktu bersama" ada posisi yang sesuai dan tak sesuai.. so mana yang ada masalah macam i sila google camne eh…sila rajin membaca…
Mengikut nasihat doktor haritu..normally if ada rahim terbalik ni seeloknya pegi buat minor operation betulkan dulu before nak hamil…tapi macam i mana nak taukan rahim terbalik apa ke sebab tak pernah buat scan pun before ni…yelah takde masalah takkan tetiba je nak pegi kan??? now bila dah hamil baru tau.so jalan redah je la..janji mommy and baby sihat…

Bermula dari kisah tu, barulah i mengalami beberapa komplikasi sepanjang tempoh kehamilan i ni..start dari pakai tiub kencing sebab tak boleh nak kencing sebabnya bila rahim i membesar ke depan..dia dah tutup saluran kencing i tu..so sebab tulah tak boleh nak kencing…. mesti korang fikir camne kan??? hanya yang pernah mengalami kes macam i je akan faham macamana rasanya… nasib cepat pergi emergency, kalau tak pundi kencing i dah pecah… fuhhh bladder dah sangat penuh…bila kat emergency tu doktor pakaikan tiub kencing tu kejap je bladder i kosong dan pack plastik tu penuh..kena kosongkan 2 kali… alhamdullilah pengalaman yang tak dapat dilupakan..jenuh jugaklah nak tunggu seminggu untuk back to normal…
Lepas kes pakai tiub kencing…kes air ketuban pulak kurang… (will continue next entry)




3 comments:

  1. Kita serupa bab preggy, bab xde masalah tiap bulan period, bab period, xkerap kencing. Tapi alhamdulillah belum sampai tahap tiub. Retroverted uterus tp alhamdulillah xde masalah nak mengandung. Sy Keguguran tiga kali tu pn bukan sebab retroverted uterus. Pakar puan yang sy slalu follow up cakap, xperlu operate atau btulkan rahim terbalik sebab ianya normal ibarat Macam orang yg kidal mcmtulah dia. Hihi. Best baca post awak sis 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudahan urusan kita dipermudahkan sis... insyaallah

      Delete
  2. Sis, sy pon retroverted uterus Dan skrang tgk pregnant 8 week. Pastu Masa scan x brp nampak lg. Dr suh dtg 2 mnggu kemudian .Sbb rahim retroverted ke jadi x nmpak sngat tu ek?sis nampak x baby masa scan masa mula2 tau pregnant tu?

    ReplyDelete