4th TTC Journey

 Assalamualaikum wbkth....

Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi dengan pemberian rezeki yang tak terduga ini....Tanpa di sangka genap 1 tahun tempoh bertenang dan pemergian 2 anak syurga pada tahun 2019.  Allah swt gantikan dengan satu nyawa di dalam rahim ku setelah 1 tahun tempoh berehat...

Tiada ungkapan yang digambarkan selain memanjatkan rasa syukur atas pemberian rezeki ini di kala umur ku yang makin meningkat.  Walaupun di kategorikan sebagai berisiko, mudahan Allah swt lindungi dan pelihara kandungan ini sehingga cukup bulan dengan keadaan sihat sempurna serta umur yang panjang.... Insyaallah....!!! 

kali ni merupakan kali ke-4 TTC Journey aku dalam mendapatkan zuriat..
pengalaman mengandung kali ni sangat berbeza sekali di kala waktu pandemik covid-19.
selama awal kehamilan aku menempuh mabuk hamil sehingga 6 bulan.. betapa teruknya kehamilan kalini.
sejak tahu kandungan 7 minggu, perkara pertama yang aku takut adalah keguguran berulang. Aku takut akan menghadapi perkara yang sama lagi.. Diri ni dah macam fobia dengan 2 keguguran yang lepas.
Jadi kami (aku & husband) dah plan awal untuk berjumpa dengan dr. Imelda di KPJ Damansara bermula kandungan 7 minggu. oleh kerana masa kandungan yang ke-3, sebelum keguguran berlaku Dr. imeda ada pesan, jika mengandung lagi selepas ini cepat-cepat jumpa dia untuk pemantauan awal.  Jadi bila dalam 2 bulan period tak datang, maka dengan kekuatan yang ada aku test menggunakan pregnancy test clear blue dan menunjukkan yang "pregnant 3+" meaning kandungan dah 7minggu ke atas.  So terus aku booking appmnt dengan Dr. Imelda, nasib doktor terima kes aku, sebab normally doktor akan ambil kes 12 minggu kandungan keatas. Tapi disebabkan aku ada kes keguguran yang lepas, terus doktor ambil booking untuk berjumpa bagi check pregnancy kali ni.  Maka bermulalah rutin bulanan aku berjumpa dengan doktor pakar.

Syukur alhamdulilah dari awal tempoh kehamilan doktor ada berikan ubat untuk kuatkan rahim dan ubat untuk plasenta.  Disebabkan kes anak pertama plasenta tak berfungi dengan baik oleh sebab kes baby ada masalah IUGR dan AFI kurang.  Doktor terus start dengan beberapa ubat untuk mengelak keadaan sama berulang bagi kandungan kali ni. 

Part mabuk tu 6 bulan lah kena hadap.  Disebabkan situasi sekarang PKP, maka office ada penggiliran bekerja WFH.  Jadi disebabkan aku tak berapa nak fit untuk kandungan kali ni, dan Big boss pun memahami keadaan aku, dapatlah aku WFH selama 4 bulan di rumah, itu pun dengan tugasan kerja yang sangat minimum.

to be continue...