Day 4 Takeshita Street & Shibuya Crossing



Hari keempat ni, adalah hari untuk shopping sebelum balik esoknya..
Barang di Jepun memang sangat mahal, cuma ada beberapa barang yang murah yang boleh dibeli.  Before pegi sana ada jugak i membaca di beberapa blog yang bercerita pasal shopping di Jepun.  Kebanyakan yang datang tempat yang boleh harga murah nak shopping adalah di daiso Jepun.  Malaysia pun ada daiso kan? tapi jepun puny daiso yang harganya murah berbanding dengan barang lain,  Eventho ada yang cakap beli kat Uniqlo murah, tapi i ada beli satu seluar kat uniqlo. sama je macam harga di Malaysia. takde kurangnya pun.  But di daiso memang murah.  

Di takeshita street ni ada banyak juai barang-barang semasa musim sejuk dari kasut, baju dan barang-barang make up.  Jadi food street pun ada banyak di sepanjang jalan ni. lenguh sikitlah nak jalan. tapi tak de hal la kan, sebab shopping punya pasal.





Kat takeshita street ni juga ada juai Crepe yang famous tu.  satu crepe ni tak ingat harga dia berapa tapi gagah la jugak beratoq panjang. Dia ada mixed fruits yang memang fresh.  Makan kat situ sambil jalan-jalan tengok barag shopping memang sangat mengujakan. heheheh tambahan jalan time sejuk-sejuk then dapat makan creme panas-panas...cubalah kalau datang sini, cuba makan sure tak menyesal. Ramai pelancong dan orang malaysia datang makan di sini.



Nampak tak beg "wash it" tu??? actually tu bag dobi i beli kat daiso dengan harga murah ;p
So itulah beg shopping i.. hahaha, jenjalan shopping then letak dalam tu, besar wei.. so bawak ke hulu ke hilir bag tu orang jepun ushar je.. hahhaha yelah tu bag dobi tapi orang malaysia gigih bawak jadi beg shopping untuk letak barang.....Tapi beg ni sangat berguna tau..memandangkan i memang kaki shopping so memang berbaloi la. bawak ni boleh sumbat semua dalam ni, tak perlu nak usung beg plastik barang yang melambak. sebab bukan apa takut tinggal kang barang shopping tu.. hehhehe


Dari Takeshita street di harajuku tu kami naik train terus ke shibuya crossing pulak...
Datang jepun kenalah datang sini, sebab asyik dok baca blog orang dan ada yang recommend datang jepun mesti kena pegi sini... so kita pun datanglah, bajet nak minum starbuck sambil tengok orang melintas kan??? tapi sebab startbuck tu asyik selalunya penuh, so kita ulang-alik kat situ je la sambil tengok barang-barang kedai kat area sini... masa ini kakak i dah tak larat jalan dah. dia duduk je kat tempat duduk sebelah anjing hanchiko tu.. hehehhe adik dia yang gigih nak jalan ulang-alik kat shibuya crossing ni sambil shopping tengok barang lain.









Day 3 Disneysea


Hari ketiga adalah hari untuk ke Disneysea... Yahoo
Tiket Disneysea ni, i dah beli awal melalui travel agent.  Price RM300 seorang.
Kat sini day save time untuk beratur beli tiket.
Kenapa pergi Disneysea? sebab disneysea ni hanya ada di Tokyo je, Kalau Disneyland di Hong Kong, France, Tokyo semua ada. but Disneysea hanya di Tokyo.
Dengan permandangan di kelilingi oleh laut, memang sangat mencabar angin sejuk dia. Kalau tak tahan sejuk tak tau la. nasib i pakai dua lapis pakaian.


Lepas pegi Disneysea, terus pegi Akihabara nak cari Gshock...!!!






Day 2 - Sensoji Temple & Nakamise Street


Ohaiyo Gozaimasu...!!!
Ewah baru sehari kat Jepun dah pandai cakap jepun...hahha nampak sangat poyo!!!
Untuk hari kedua di Jepun suhu baru dok ada kalau pagi 3 darjah celcius dalam jam 8.00 pagi
Jadi berjalanlah dalam keadaan aircond.  Kami duduk serviced apartment yang telah di tempah awal dengan menggunakan perkhidmatan AirBnB. Area kami duduk ni di Shinjuku, tempat yang kiranya town jugaklah walaupun homestay area town kiranya tak de la sunyi..Semalam RM400 untuk 4 orang. bolehlah kan? so kiranya duduk 5H4M Seorang RM400.  Ni pun booking bulan december 2016, harga dah naik sikit tapi kalau awal booking maybe harga boleh dapat lagi murah.. kena rajin survey.

Serviced Apartment : Shinjyuku Kabukichou
Apps                          : AirBnB
Price                          : RM1600 / 4 Night
Neighbourhood        : Peaceful and not far from Train station (5 minutes walk)
House                        : Entire House, 1 Room with 2 Queen Bed, Bathroom, Toilets, Kitchen

*kalau korang nak stay di tempat i duduk ni which i sangat recommend pada korang if nak duduk area town, search nama apartment tu di apps AirBnB.  

OK...! From serviced apartment tu nak ke Sensoji Temple kena naik train. Disebabkan semalam sampai waktu malam, kami hanya naik bas je.. so pagi ni di train station kena jadi jakun kejap sebab train station dia sangat sibuk dan banyak cabang (means line ada sampai 10) so kena betul-betul study.. so agak 30 minit jugak duduk kat train station tu sebab nak membeli kad suica..!! Kami tak beli JR pass sebab tak berbaloi nak beli sebab hanya bercuti di tokyo je. So JR pass tu untung kalau korang nak pegi ke beberapa daerah lain seperti sapporo, kyoto, osaka, fukoka, hiroshima ke. Tapi kalau hanya jalan area tokyo je, baik beli suica kad je senang.



Suica Kad ni lebih kurang macam kad touch N go, kita kena beli kad dan toup ikut berapa amount kita nak guna, end up habis jalan. nanti boleh redeem semula di kaunter JR Pass yang berkenaan sahaja bukan semua station korang boleh tukar.  so alert kat situ. Kami tukar time nak balik di last station before nak naik airport train tu, ada satu kaunter JR Pass yang boleh tukar. From amount dalam tu nanti dia akan tolak berapa yen *tak ingat* untuk cas perkhidmatan.  Kalau korang ada sikit je baki dalam tu tak yah tukar buat rugi je, baik simpan nanti boleh guna if next time pegi lagi jepun.. hehehhe no expired date..

Settel beli kad suica dan topup kat mesin yang ada tu. now boleh baca peta and line mana nak naik untuk ke Sensoji Temple..Nak baca line pun satu hal. sebab ada 10 line yang berbeza ikut warna yang berbeza.. pening wei...



Sensoji Temple & Nakamise Street
Dari Shinjyuku (JR Chuo Line) to Ochanomize - (JR Sobu Line) to Asakusabashi (Toei Asakusa Line) to Asakusa. (36 Minit)

Opening Hours

Daily 06:00am – 05:00pm

Getting there

By Subway :
1. Tokyo Metro : Ginza Line – Asakusa Station
2. Toei Subway : Asakusa Line  – Asakusa Station

Lepas dah jenjalan di Sensoji Temple dan kawasan sekitar. Di sini ada 1 restaurant halal yang korang boleh singgah makan... Gambar tak ambil pulak sebab terlalu lapar. kami lunch di area sini, nama kedai dia korang search "Ramen Naritaya Halal Food Ramen" kat restaurant ni ada prayer room, so bolehlah korang solat jamak kat sini before continue ke tempat lain.



Kat Sini jugak dapat naik beca jepun yang harga seorang RM120 untuk 25 minit ride. So disebabkan kakak i dia kata bukan selalu nak datang jepun, jomlah naik.. jadi kami pun naiklah, yang bestnya boleh bayar pakai kad kredit ok if tak de cash..!!! Dia bawak jenjalan pusing sekitar nakamise and boleh nampak tokyo tower dari jauh jugak...

Lepas je solat lunch day naik ride ni, kami pun singgah pegi euno park.  Di jepun memang banyak park yang menarik untuk di lawati. Actually jadual sangat padat ada a few tempat yang tak dapat nak pergi sebab keadaan tak mengizinkan. Lagi pun waktu siang time musim sejuk pendek, malam sangat panjang.. jadi tak dapat nak jalan banyak tempat.



Winter 2017 : Tokyo - Japan


Tahun baru korang pegi mana???
Tahun baru i tak pegi memana jugak tapi sibuk nak siapkan itinerary nak pegi negara empat musim, selalu orang pergi bercuti akhir tahun tapi ai ni dah jadi awal tahun akhir bulan...hahhaha apa nak buat ni kesnya bila membeli tiket murah AirAsia time tu je yang murahnya pun...

Kalau ikutkan i memang i suka kumpul duit tabung dan plan nak berjalan mana, so bila ada promo AA haruslah grab.  Lagi pun i beli tiket ni pun time AA ada buat promo kejap haritu bulan 10 kalau tak salah. Then kebetulan tengok Jepun tengah sale dari harga selalu, jadi cargaslah ai beli... Before beli tu macam biasalah dok refresh banyak kali sebab asyik masuk "waiting room" time promo, jadi kena banyak bersabar... so petua kalau nak beli tiket murah adalah pada waktu di tengah malam jam 2 pagi hingga 5 pagi. Ha time tu, confirm dapat beli... hehhehe i beli tiket return ni pun around RM700 seorang tak termasuk luggage dan makanlah.. jadi dah kira murahlah kan pegi tokyo dengan harga tu..masih mampu untuk belilah...

Kebetulan kakak dan abang ipaq i pun nak pegi sama, so adalah geng pegi sekali... lagi pun bawak kakak i dia tak pernah merasa pegi bercuti di negara musim sejuk, kiranya kali ni adik bawak kakak jenjalan lah... heheheheh

Lepas je beli tiket, barulah semangat nak survey mana nak pegi dan buat itinerary, walaupun risau pasal komunikasi.  Tak pandai  cakap jepun tak pa nanti boleh belajar, lagi pun ramai dah jepun sekarag boleh berkomunikasi dalam bahasa english cuma mereka mengamalkan cintai bahasa negara diaorang sendiri...

Pegi 5 hari 4 malam, jadi waktu perjalanan pergi tu dah rugilah sehari. Tapi nasib boleh cover dengan hari last day yang flight kita malam, sampai Malaysia waktu subuh... so tolak pi mai pi mai bolehlah..but still tak cukup nak explore semua tempat... Jepun tu luas oii, walaupun hanya pergi tokyo.  Jadi lain kali nak pegi daerah lain di jepun pulak. Mungkin kita guna fast train depa kat sana tour jepun.. mesti lagi adventures...

Bercerita tentang itinerary. Ni i list tempat yang i sempat pegi.

Day 1
Arrived
Check-in Serviced Apartment di Shinjuku
Rest

Day 2
Sensoji Temple
Nakamise Street
Ueno Park
Akihabara
Ginza
Rest

Day 3
Disneysea
Shinjuku
Rest

Day 4
Yoyogi Park
Takeshita Street
Roppongi
HRC Tokyo
Shibuya
Rest

Day 4
Nippori Textile
Fly back to Malaysia

Simple Itinerary but padat, kesian kakak dengan abang ipaq i kena jalan jauh, hahahhaha barulah melancong negara orang, kalau asyik dok naik teksi ja bukan melanconglah gayanya tu...


Birthday Celebration - Kak Nori Fabolous Birthday


Assalamualaikum....w.b.k.t.h.
After celebrate birthday incik bos on January...still tak ketinggalan untuk celebrate birthday kak nori pulak which is on the same month...!!! yeaahh incik bos & puan bos birthday diaorang adalah pada bulan yang sama... sungguh serasi... yesss it is...!!!
So, plan for a surprised ni off sure daripada rita who planned to go to her house and make a surprised..!!! at last our plan is succeed.. yessss...!!!! Pavlova tu sangat sedap wokey, from alexis and off course food caterer from shangri-la chef.... Thank you kak nori for having us.