Review Product Kiehl's

Assalamualaikum wbkth...

Part yang paling suka sangat adalah review produk kecantikan...tak passion tapi nak buat-buat macam passion about beauty product ni.. hahahha...No lah.  Actually ini adalah masa untuk restock skincare sebab part ni will be my favorite sebab with Kiehl's product, kita akan dapat sample percuma...yang mana kita boleh mencuba produk tu dalam pack sebelum kita beli untuk tengok sama ada produk itu sesuai dengan kulit muka kita atau tak...


For my part, sebenarnya i dah memang lama menggunakan Kiehl's ni... kalau dulu-dulu sebelun pakai kiehl's ni, boleh dikatakan macam-macam produk i try untuk nak putih dan bagi kulit muka bersih, tapi nan ado pun jumpa yang sesuai...harga tok sah cakaplah ada murah ada mahai...so nak dijadikan cerita masa tahun 2017 sebelum kawin gitue, i ni gigih cari produk untuk putihkan kulit yang tak berapa nak putih ni... tapi i hanya berani untuk kegunaan luar sahaja dan tak suka jenis makan-makan ubat untuk kulit cantik ka apa, sebab sangat takut dengan effect buah pinggang...!! ye lah walaupun produk tu ada pengesahan KKM ke apa, but still diri ini takut untuk cuba... so biaq la kita guna yang jenis sapu-sapu ni ja...!!!

Jadi masa 2017, i jenjalan tu termasuk la kat satu kedai ni yang ada beauty consultant dia semua pakai baju macam doktor... so bila masuk tu, depa dah mai dok tanya..."nak cari apa cik?" i pun habaq la kat depa, "nak cari produk untuk putihkan kulit dan sekatakan tona warna kulit...hahahha sebab kulit dok tak sekata, apa part dia putih ada part dia macam tak berapa nak putih.." Terus dia cakap kena check dulu jenis kulit.. so dia pakaikan satu yang macam pelekat tu and dalam 2minit camtu, i punya kulit dapat detect jenis combination (oily & dry) jugak kadang-kadang...!!! so ada beberapa produk yang dia suggest untuk di beli dan part yang bestnya...kalau kita hanya mampu untuk beli 1 produk je pun dia tetap akan bagi sample suggestion apa yang sesuai lagi...tiada paksaan ok.. and for info jugak, untuk check jenis kulit ni pun FOC jugak tak dak cas, but kenalah beli produk dia walaupun satu... ok la kan? bulan ni beli pencuci & toner, bulan depan beli yang lain pulak... pastu produk bukan akan habis dalam masa sebulan kan? kadang produk ada yang tahan sampai 2-3 bulan camtu...!!!

Tips untuk penjagaan wajah yang betul adalah formulanya... Korang kena pakai dari tekstur cair kepada yang kental.. Means from cleanser + toner + Serum OR Essence + Mosturizer + Sun protection before nak pakai foundation untuk makeup. (this one elok kalau korang buat 2kali sehari, means pagi dan malam. cuma kalau malam korang gantikan from sun protection cream tu kepada midnight repair cream camtu.. if takde cukuplah hanyar moisturizer before go to sleep).

So antara produk yang berkesan i dah cuba from Kiehl's adalah:-


1.  Ultra Facial Cleanser - 150ml RM93.10
Pencuci muka ini adalah formula ringan yang membersihkan kulit dengan teliti dan menanggalkan mekap tanpa mengeringkan atau menyerap minyak semula jadi secara berlebih dan sesuai untuk semua jenis kulit.  So far memang bagus penggunaan pencuci muka ni..tak de rasa kering pun bila lepas cuci tu... terasa muka segar dan bersihlah.  So ada 2 jenis (ml) kalau yang 150ml ni harga dalam RM93.10 kalau yang kecik 75ml dalam RM49.50.



2. Cucumber Helbal Alcohol-Free Toner - 250ml RM97
Toner yang paling ringan dan berasaskan timun serta bebas alkohol dan tidak mengeringkan.  Ianya diperbuat daripada ekstak herba lembut yang terbaik untuk efek menenangkan which is bau timun dan mengimbangi secara semula jadi dan memberi kesan sedikit astringen.  Kulit jadi lebih lembut, bersih, tenang dengan bau timun dan ton yang cantik... (hahah kan motifnya produk i nak cari sekatakan ton) so toner ni pun boleh sekatakan ton kulit gitue... saya ada yang jenis kecik ni, sebab sebelum ni pakai toner from innistfree tu..so dapat botol kecik camni rasanya yang time krismas haritu dia ada juai dalam packaging gift tu..so dapatlah botol kecik ni and bolehlah buat untuk pergi travel gitu.. then nanti bila habis baru boleh try beli yang besar pulak... 



3.  Clearly Corrective Dark Spot Solution - 30ml RM227.80
Serum ni adalah yang sangat berkesan dan membuatkan i terus jatuh cinta walaupun harga mahal...so pejam mata jelah time beli ni.. hahahha... dalam masa penggunaan 2 minggu zasss kulit i terus sekata tona warna dan ke arah putih sikit-sikit.. so kalau continue pakai selama bertahun confirm kot boleh putih macam che ta gitue... hahahhaha...serum ni cepat bertindak untuk seratakan warna kulit dan dapat mengurangkan bintik-bintik hitam dan memberikan seri pada keseluruhan dan cahaya pada kulit.. ini i confirm tak tipu, so kalau ada parut jerawat yang hitam-hitam tu pun dia boleh hilangkan dalam masa 2minggu terus zass takde nampak dah bintik hitam tu.  ha hebatkan??? so far produk ni yang berkesan untuk kulit i.. motifnya nak dapatkan tona kulit sekata dan juga untuk cerahkan kulit...yesss memang menjadi untuk i... Alhamdullilah. 



4. Ultra Facial Oil-Free Gel-Cream - 50ml RM118.80
Cream ni pulak adalah pelembap tidak berminyak dan cepat meresap kedalam kulit serta mengurangkan penampilan minyak dan menjadikan kulit kelihatan lebih seimbang.  Ianya juga berjaya mengurangkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.  so sesuai untuk kulit yang berminyak jugak.. jadi kulit i kan jenis combination, so memang tak de rasa berminyak bila pakai cream ni dan memang dia controlkan pengeluaran minyak berlebihan di muka.. So produk ni pun ada dalam 2 size juga korang boleh try.


5. Ultra-Light Daily UV Defence SPF 50 PA++++ with Anti Pollutin (30ml) RM163.40
Membantu untuk melindungi kulit daripada persekitaran yang terdedah dengan UVA/UVB dan pencemaran luar yang mengakibatkan tanda awal penuaan dan sesuai untuk digunakan untuk semua jenis kulit mahupun kulit sensitif.



Jadi inilah serba sikit penjagaan kulit muka i.. kalau pada siapa yang nak try samakan tona warna kulit, maybe boleh la guna produk yang memang dah di sahkan berkesan untuk kulit muka i.. heheheh... nanti i share review untuk produk lain juga yang i dah pernah pakai... so ni tepek jugaklah gambar kita sebelum dah selepas guna...satgi orang kata menipu pulakkan...


Ni gambar sebelum


Ni pulak gambaq selepas..


Ni lepas pakai bedak dia jadi putih la sikit.. hahah...ok la janji bersih muka pastu tona sekata..itu yang penting...sebab motif utama pun nak tona warna muka jadi sekata ja...next nak try cari produk untuk hilangkan eyebag tu dan garisan halus tepi mata.. produk apa yang sesuai agaknya...???