Pengalaman Keguguran 2 Kali

 Assalammualaikum wbkth....


Alhamdullilah atas kehidupan ini... syukur pada mu ya Allah swt..

Sekarang baru ada kekuatan untuk i menceritakan kisah keguguran yang berlaku pada diri ini pada tahun 2019 sahaja, dua kali diri ini mengalami keguguran... Kita hanya merancang tetapi Allah swt lebih mengetahui akan kebaikan untuk diri kita..

Tentulah perasaan sedih tak dapat digambarkan tapi aku redha dengan ketentuan ini. Nak di jadikan cerita masa yusuf 11 bulan, aku telah dikhabarkan dengan berita gembira yang sedang hamil 6 minggu, pada scan pertama didapati tidak menampakkan jantung ataupun embrio bayi. Doktor memberikan tempoh lagi 2 minggu untuk repeat scan, yang nampak hanyalah kantung kosong. selama 2 minggu, doktor membekalkan dengan pil kuatkan rahim, sebab aku pernah mengalami keadaan dimana masa kandungan pertama posisi keadaan rahim yang retroverted serta kesan melahirkan secara pembedahan membuatkan rahim agak lemah.. 

Setelah 2 minggu datang check sekali lagi, doktor mengatakan yang kandungan tidak jadi sebab tiada janin & jantung bayi di temui, jadi doktor memberikan tempoh 2 minggu lagi untuk tengok keadaan samaada akan berlaku kegugan semula jadi.  Pada minggu ke 9, (19 Mac 2019) berlakukan keguguran secara biasa..hanya ketulan darah sahaja yang keluar macam period.  Tiada rezeki buat kami, dan doktor menasihatkan supaya banyakkan berehat dan tidak melakukan kerja berat serta merehatkan rahim dalam tempoh 6 bulan...

Selepas tempoh 6 bulan, aku disahkan pregnant buat kali ke-3, tetapi kandungan kali ni sejak dari awal, aku telah dinasihatkan untuk banyakkan berehat dan tidak banyak bergerak serta dibekalkan dengan ubat kuatkan rahim sekali lagi.. alhamdullilah keadaan makin elok dengan perkembangan janin yang menunjukkan keadaan yang postivite namun masih tidak nampak lagi jantung bayi walaupun pada minggu ke8.  Doktor memaklumkan untuk repeat scan pada minggu ke 10.

Pada minggu ke-10 sekali lagi kandungan membesar dengan baik tetapi jantung masih tidak kelihatan.. doktor menganggap bahawa aku mengalami kandungan tidak menjadi buat kali ke2.  Doktor ada menyarankan supaya untuk membuat proses D&C supaya tidak membahayakan keadaan aku. Tapi biasalah aku ni jenis penakut ya amat..so decide untuk tunggu janin gugur dengan sendirinya...

Pada minggu ke-11 janin masih tak keluar tapi keadaan perut dah sakit macam period pain, tapi lebih teruk.. for the first time aku mengalami keadaan yang macam ni...masa melahirkan yusuf dulu tak de rasa macam ni, tapi kali ni rasa dia lain macam, mungkin inilah rasanya kalau orang bersalin secara normal..

Tepat pada jam 10 malam di wad bersalin, hospital putrajaya, bila keadaan aku dah pucat dan tak bermaya, doktor membantu untuk mengeluarkan janin yang tersangkut di pintu rahim disebabkan kantung keluar bersama dengan janin tu agak besar. Yelah sebab dah minggu ke11, mestilah janin walaupun takde, tapi dah membentuk ketulan daging, sakit tu takyah cakap la camne sampai mengigil lutut menahan sakit...

Ini adalah keguguran kali ke2 dalam tahun 2019 yang tak dapat dilupakan.. Doktor menyarankan agar aku berehat selama 1 tahun untuk memberikan kesihatan yang maksimum kepada keadaan rahim aku, mungkin salah satu faktor disebabkan kelahiran pertama aku melahirkan secara pembedahan dan juga posisi rahim yang retroverted serta mengalami banyak komplikasi sewaktu mengandung.. jadi untuk mengelakkan keadaan rahim yang penat dan bahaya, doktor menyarankan sebegitu...

Aku redha dengan ketentuan daripadaNYA dan percaya, apa yang berlaku ini Allah swt akan menggantikan dengan lebih baik...Insyaallah...

Aku sangat bersyukur... bila masuk tahun 2020, dimana pandemic COVID-19 mula menyerang dunia sekarang..which is aku percaya apa yang terjadi pada diriku ada hikmah yang Allah swt lebih mengetahui. mana tahu kalau aku masih dalam keadaan hamil dan EDD aku adalah pada bulan April 2020 mungkin aku akan bersalin seorang diri tanpa ditemani suami & mak aku di wad bersalin... Kalau masa kelahiran yang pertama dulu, mak dan suami yang ada 24 jam menemani aku di hospital.. 

Bagi yang mengalami nasib sama macam aku, korang percayalah Allah swt akan menggantikan yang lebih baik kerana hanya dia je yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita.  Jangan terlalu bersedih, benda yang sama juga aku selalu ingat pada diri sendiri... rindu mestilah rindu dengan dua anak syurga aku, tapi aku bersyukur kerana anak sulung Yusuf Hussein adalah peneman di kata aku duka dan gembira...alhamdullilah...

Buat Abdullah Hussein & Muhammad Hussein, tunggu mama, daddy & Yusuf Hussein di Syurga nanti ya...!!! in memories..






Training for APEC 2020

Assalammualaikum wbkth....
Harini ada training untuk APEC 2020
Macam biasalah, kami bertiga di terima join APEC 2020 sebagai secretariat... 
Macamana boleh terpilih??? actually i memang suka kalau join persidangan antarabangsa ni.. kalau ada ruang dan peluang apa salahnya kita join kan??? tak rugi pun, at least ada pengalaman bila kita menghadiri persidangan antarabangsa ni sebagai secretariat... 



APEC 2020, tuan rumah untuk kali ni adalah Malaysia dan main rolenya adalah MITI
Jadi banyak committee yang telah di form khas untuk persidangan ni, jadi kami bertiga pun pilih untuk join committee yang sama dan date yang sama...sebab barulah ada geng nak gelak lebih...
Untuk training harini adalah basic je, jadi disebabkan we os start duty pada minggu akhir february nanti, jadi we have more time untuk belajar serba sedikit berkenaan dengan latar belakang APEC 2020 ni...



Pengalaman Membuat Pemeriksaan CT Scan

Assalamualaikum wbkth...
Today i nak share pengalaman dan memori i menjalani pemeriksaan kesihatan dengan CT Scan..
Macamana pulak tetiba i nak kena CT Scan ni kan?? ok ceritanya macam ni, selama 3 hari lepas i memang mengalami sesak nafas dan jugak nafas pendek, lepas tu terasa sakit di bahagian dada belah kanan. jadi macam biasalah, i google about penyakit yang seantaranya, and guess what?? apa yang i jumpa adalah berkenaan dengan jantung... dalam hati, ish takkan lah jantung i ni problem??? umur muda lagi, takkan dah kena sakit jantung... ah sudah... 



Jadi disebabkan i ni penakot ya amat, my husband suggest i untuk pergi buat medical checkup untuk check faktor kesihatan i... sebab selama ni i memang anggap i ni normal dan tiada apa penyakit pun, sebabnya sejak dari kecil sehinggalah sekarang i memang tak buat pemeriksaan kesihatan secara berkala tu, i buat hanyalah masa nak masuk kerja kerajaan dulu which is dah almost 14 tahun lepas.... jadi disebabkan faktor usia yang makin meningkat dan rekod lama i think dah tak boleh pakai, jadi nak di jadikan cerita, i pun bersiaplah untuk ke KPJ Damansara, disebabkan i tak pernah ada doctor specific, jadi mencarilah juga doc yang specialize in cardic, which is jantung... 

Jadi bergeraklah i seorang diri ke KPJ Damansara untuk berjumpa dengan Dr Effa.. baik, lemah lembut dan cantik orangnya.. tetiba terkesima pulak dengan Dr. chantik camtu.. hahahha... sebab Dr. ni baik dan peramah terus kita sebagai pesakit tak terasa macam baru first time buat pemeriksaan..so kat situ nervous i hilang sikit... eceh.. padahal dalam hati takut jugak ni, but buat muka slumber je di sebabkan sakit dada tak tahan sangat...


Jadi Dr. pun suggest untuk buat beberapa test dan yang selalunya adalah test darah yang dibuat untuk (buah pinggan, hati, kolestrol, darah tinggi, diabetic dan beberapa test lagi) banyaklah..lebih kurang 7 camtu, and Dr. suggest juga untuk buat ECG, ECHO & CT Scan (Pulmonary & .......) tak ingat apa lagi satu. tapi yang CT Scan sahaja ada 4 yang Dr. nak check, bukan apa katanya sebab Dr. Macam suspect takut ada darah beku di saluran darah nak ke paru-paru dan jantung, disebabkan history i pernah keguguran 2 kali dan juga pernah melakukan bersalin secara pembedahan..... so itulah pointnya i kena buat CT Scan...


Ni time kena buat ECG & ECHO pada hari yang kena checkup tu...jadi bacaan ECG ada sedikit lari. kata Dr. jantung i ni macam senget sebelah.. haih, semuanya sengetlah i ni, daripada tulang belakang, rahim and now jantung pulak dah..

Maka bermulalah episod untuk buat CT Scan tu, yang memakan masa lebih kurang 30 minit.. Pengalaman ni yang paling tak dapat i lupakan adalah bila diinject jarum untuk masukkan ioddin dalam badan... perghhh sakit pedih dia hanya diri sendiri je tahu camne... tobat taknak buat dah...kalau tidak disebabkan untuk tengok darah beku di saluran darah, memang i takkan buat CT Scan tu okay...

First untuk buat CT Scan ni, kena puasa dan perlu minum air masak banyak sebanyak 2litter ye sebelum buat CT Scan, di sebabkan i warded semalam. jadi puasa i bermula dari jam 10 malam sehingga 10 pagi keesokan harinya... puasa makanan, tapi bukan puasa minumam. so selama tempoh tu boleh dibenarkan minum air masak sebanyak 2 liter... then, bila dah puasa, esoknya jam 9 pagi, nurse dah bagi 6 biji ubat jantung untuk slowkan heartbeat.  Tujuannya adalah untuk slowkan pumping jantung tu di bawah 70 sebab kalau tak below 70 heart rate, Dr. tak boleh nak buat scan tu. so kena telan dulu before buat prosedur tu.. then suku biji ubat asthma dan 1 biji lagi ubat apa tak ingat dah... so total 7biji suku i kena telan jam 9 pagi tu... lepas tu around 930 camtu, nurse datang untuk amik bacaan heartrate dah slow or tak?? 


alhamdullilah, ubat tu berkesan pada diri i dan heart rate i dah below 60 which is 58, 59. 60.. so i'm ready untuk di scan...  Disebabkan itu, pergerakan i pun jadi slow dan i macam sedikit lalok..tak tau la kesan ubat ke atau kesan jantung i yang pump slow... i think maybe both... so nurse bawak kerusi roda dan tolak sampai ke bilik CT Scan, masa kat situ pun nurse check heart rate... jadi nasihat i silalah membuang air kencing ye korang..sebab dalam bilik tu sejuk gila yang tak boleh bawak di bincang... bila masuk dalam bilik tu kena tukar baju biru gelap dan time tu, nurse tu inform nak cucuk jarum besar sikit untuk masukkan ioddin..time ni la azab gilaa... dah la jarum mata besar dengan urat tangan i yang halus, so pedih dia tu..toksah cakaplah... memang sakit.. lepas dah cucuk tu, ada la 4kali i ulang masuk dalam scan tu, sebabnya ada 4 test.. yang step last sekali tu yang tak tertahan.. sebab time tu di masukkan ioddin tu dan terasa badan panas dan boleh rasa cecair tu bergerak dalam saluran darah dan automatik terasa macam nak kencing...tapi kata nurse itu cumalah perasaan dan tindak balas badan kita sahaja, jadi jangan panic... tenang je bernafas macam biasa... tapi bila dah panas badan nak tenang pun tak berapa boleh nak tenang... hahah sebabnya dok menahan pedih jarum yang disuntik ioddin tu je...




After settle dalam 30 minit, dah boleh naik wad semula. jadi nurse akan datang bawak naik semula guna kerusi roda...sebab time ni pun tak boleh nak jalan sangat, sebab terasa badan macam terhoyong hayang kiri kanan dan slow...maybe sebab jantung pump slow.. untuk heart beat normal, range adalah 90-100 camtu.. i punya 58-60. memang gitulah jadinya slow.. sampai je naik wad, Dr pesan untuk minum air bebanyak untuk flushkan ioddin tu keluar daripada badan semula... so sampai je kat wad, nurse dah standby nak masukkan drip air kat i. then bolehlah buka puasa... Result???? kena tunggu dalam 2 jam camtu...



End up, will story next page ye... bersambung...