Pengalaman Bersalin di KPJ Damansara

 Assalamualaikum wbkth....


Syukur alhamdullilah, setelah 37 minggu berada dalam kandungan ku, pada 20 September 2021 bersamaan 13 Safar 1443H, aku telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sangat comel.  Pengalaman bersalin kali ni tersangatlah berbeza dari sebelumnya, dikala bersalin di suasana pandemik covid-19 dengan kes yang makin meningkat setiap hari.  Akhirnya Allah SWT permudahkan segala urusan bersalin aku dalam keadaan kritikal ini.

Kami memilih untuk bersalin di swasta disebabkan keadaan situasi covid19 yang mana kalau aku bersalin di Hosp Putrajaya dengan pakej FPP, syaratnya suami tidak boleh meneman dah di bilik selepas bersalin seperti sebelum ini.  Jadi disebabkan keadaan ini, kami memilih di KPJ Damansara.  Lagi pula aku ada juga booking untuk pakej FPP, untuk standby for emergency kekonon takut tak sempat ke Damansara from Putrajaya, at least aku dah booking doktor pakar lain which is Dr. Hazim, memandangkan doktor ni yang assist kes bersalin anak pertama dulu.  Tapi nak dijadikan cerita, pada 15 Ogos 2021 patutnya aku kena check pertama kali dengan Dr Hazim, klinik pakar HPJ call inform cakap  diaorg tak terima dah pesakit baru untuk pakej FPP disebabkan Hospital Putrajaya, separuh wad biasa telah bertukar ke Wad COVID dan juga aku dimaklumkan bahawa katil untuk emergency dah sampai depan klinik doktor pakar.  Jadi FPP tak ambil untuk kes baru.  Jika siapa berminat untuk ambil pakej FPP dengan doktor pakar, perlu 5 kali checkup dengan doktor tersebut sebelum boleh bersalin dengan pakej FPP ni. Jadi ni antara sebabnya juga kenapa aku tak dengan pakej FPP untuk bersalin kali ni.

Ok back to story, sebelum story nak bersalin ni, aku nak cerita pengalaman mengandung masa 36mingu checkup dengan doktor, doktor maklumkan bahawa aku boleh cuba jika nak bersalin normal, but doktor takkan induce, akan tunggu secara sakit semulajadi.  Untuk itu, pada malam 36minggu 3hari, perut dah start mengeras dan juga ada darah keluar dalam 3titik macam tu, dan aku perasan yang air kadang-kadang ada keluar sikit-sikit.  Untuk itu, masa awal jumpa doktor tu, aku macam confiden nak try normal.  But bila keadaan ini berlaku dan doktor pun ada maklumkan juga chances untuk normal tu 70% boleh berjaya dan 30% akan ke emergency, which is kalau tak berjaya tetap akan plan ke czer.  Jadi untuk aku taknak ambil risiko, sebab kes anak pertama dulu yang AFI kurang dan perut kerap mengeras, aku ambil keputusan untuk 2nd czer je terus bila masuk 37minggu, yang doktor maklumkan, kalau genap-genap 37minggu akan ada juga kes 1% faktor pernafasan baby mungkin belum matang sepenuhnya.  Just only 1% sahaja.  So bila di fikirkan semula antara 30% dan 1%, aku memilih yang keadaan 1% tu. heheheh...Syukur alhamdullilah pada 20 September 2021 genap aku 37 minggu, jam 10.04 pagi lahirlah anak lelaki kedua yang diberi nama Baby DH.  Reason terus nak czer bila masuk 37minggu adalah sebab hati ni tak confiden untuk delay lagi beberapa hari bila dah tengok darah kerap keluar, perut kerap mengeras dan air ketuban juga macam leaking.  So itulah date yang dipilih. pada hari isnin, sebab kami memang set untuk pilih antara isnin dan jumaat sahaja, so untuk nak tunggu dalam 4hari lagi, hati tak confiden boleh tahan.  Keputusan yang tepat. Alhamdulliah Allah SWT permudahkan semuanya.

Pengalaman kali ni sangat berbeza sekali sebab husband boleh teman sehingga dalam OT room, yang mana merupakan pengalaman baru bagi suamiku dan juga pengalaman kedua bagi diri ku yang mana terpaksa mengadap katil OT tu lagi hanya yang membezakan adalah dahulu suami tak boleh teman, kali ni suami boleh teman dan merasai pengalaman berharga ini.  Syukur alhamdullilah atas rezeki yang Allah SWT kurniakan.  Untuk pakej bersalin ni, disebabkan ambil pakej dengan syarat 5kali checkup dengan doktor pakar, maka dapatlah harga pakej yang dah all in... cuma ada tambahan cas untuk baby je yang ada kuning...

Memang best pengalaman kali ni dapat bersalin dengan doktor imelda yang famous tu. Rezeki kali ni, sebab difahamkan slot untuk Dr.Imelda dah penuh sehingga November 2021.  Jadi kalau ada yang berhajat nak bersalin dengan doktor famous ni, bolehah booking awal...