Honeymoon - Bali



Time to fly...
Setelah majlis semua telah selesai now time untuk bercuti seketika...kasi chance la sikit we os nak berhoneymoon (hehehhe)
Lepas je habis kenduri belah side husband pada hari sabtu..then hari ahad lepas check-out kita check-in di airport pulak untuk fly ke Bali, Indonesia.


Kalau dulu pegi dengan kengkawan, this time pegi dengan husband pulak...walaupun i pernah banyak kali pergi...tapi kali ni tempat yang i pergi tak sama macam pergi sebelum ni... penerbangan honeymoon we os di taja oleh syarikat pelancongan...hadiah kahwin katanya...alhamdullilah, rezeki lagi ni...!!! untuk hotel kami pilih nak stau di area seminyak....selalu kalau dulu pegi duduk di area kuta dan nusadua.. so this time nak duduk area seminyak pulak which is banya hotel yang private sikit area situ... nak booking untuk private villa semua dah full time tu..so hotel je yang available... 



Untuk pak supir, sekali lagi di taja oleh travel agent. kiranya macam all pakej completelah...so kami hanya bayar hotel dengan entry nak masuk tengok persembahan, makanan dan beli cenderamata je.. so kalau tanya budget all together i tak de jawapan untuk itu ye u oollls... tapi untuk pak supir kami ni memang sangat awesome, rate dia sehari tak tanya pulak berapa rupiah / RM.. normally dia akan ambil kami di hotel jam 9 pagi then akan balik semula ke hotel jam 10 malam... so berbaloilah dia bawak jenjalan, lagi pun perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tu pun lama...kalau ada yang nak amik servis pak supir kami..nama dia PAK WANTO (+6281338511748) mention nama i (lieza malaysia, May 2017) nanti dia akan bagi diskaun katanya.. hehheh sebab rekomen pada kengkawan...

Percutian kali ni 5Hari 4Malam
- Batubulan tengok barong dance
- Kopi luwak
- Tegalalang padi terrace
- kintamani mount
- pura ulu danu batun
- pura taman ayun
- uluwantu check dance
- Pasar sukawati
- Painting village
- Dinner pantai jimbaran (seafood)
- shopping di area kuta & nusadua

So tu jela simple itinerary...!!! then lepas je balik bercuti selang 2 hari dah sambut Ramadhan... Alhamdullilah, ramadhan pertama sebagai suami isteri... :)

till then korang...








Majlis Bertandang - Groom Side


Majlis bertandang groom side di adakan di Dewan Masjid Fisabillilah Cyberjaya.. Alhamdullilah majlis di adakan minggu berikutnya selepas majlis di Penang pada 20 Mei 2017. Disebabkan majlis di penang incik bos tak dapat hadir sebab menghadiri tour untuk sukan sea di singapura but alhamdullilah incik bos dan kak nori dapat hadir untuk majlis di side cyberjaya...thank you incik bos for the gift and sudi datang ke majlis resepsi i di side groom... also untuk invities yang tak dapat hadir di penang, but hadir di cyberjaya pun thank you korang....



Majlis Sanding - Bride Side




Majlis Persandingan di adakan sehari selepas majlis pernikahan... which is hari sabtu, memandangkan kawasan rumah i tu memang tak de tempat untuk buat majlis, so i decided untuk buat di hotel tabung haji bayan lepas which is dekat sikit dengan kawasan rumah...Majlis kecil-kecilan ni berjalan lancar, alhamdullilah semuanya berjalan seperti yang dirancang.... 


Masa booking untuk date hotel ni pun kira dah last minit but i managed to get with the best price time offer... which is dapat RM29/person untuk seribu tetamu..tapi jemputan i takde la sampai seribu, jemputan hanya 700 orang je... tak ramai pun...!!! sebabnya bukan time cuti sekolah dan orang yang jauh tu susah sikit nak datang.... but now hotel ni dah naik harga RM30/person...


Sekali lagi untuk pakaian sedondon family i pilih warna pink belacan gitue.. hahahah!!! ni ikut mata my sister yang nak warna ni..kalau ikutkan i, i nak pilih warna terang which is hijau or maroon..tapi katanya dia nak yang soft, so ikutkan je la... rupanya kalau nak beli untuk all family better beli 1 kayu sebabnya 1 kayu bersamaan dengan 54meter..so cukup untuk 15 orang... alhamdullilah...payah jugak nak mencari warna yang ada 54 meter...now barulah tahu cara nak beli kain sekayu rupanya bukan senang susah juga....2,3 kedai jugaklah dok survey every weekends i balik penang...asyik ulang alik pegi kedai kain cari kain... hehehhe





Untuk pelamin yang vogue da vass ni i tempah dengan Eszz Ibrahim Sungai Petani yang famous tu
All pelamin dengan baju design sendiri...dia buat baju baru..pakej all in dalam 5k for (sepasang baju baru design sendiri, bantal nikah, set pelamin, bunga tangan dan hiasan kek meja, walkaway, meja beradap dan jugak meja jemputan)  So far ini yang i jumpa murah berbanding yang lain... sebab ada pegi kat AtoZ harga untuk baju pun dah separuh belum masuk pelamin and hiasan lain...!!! even wedding planner ni jauh sikit di sungai petani, tapi berbaloi jugaklah sebab dia tak cas transport.. harga yang macam tu semua dah termasuk dalam pakej...so disebabkan i malas nak pening kepala, kira on je la...design pelamin tu semua design sendiri... nasib wedding planner jenis ikutkan je customer nak macam mana... dia yang suggest nak macam hulubalang sikit..so i ok kan je la... actually my sister yang decide...hehehhe 


Thank you juga buat tetamu kehormat YB Hilmi, Parlimen Balik Pulau yang sudi datang... walaupun incik bos tak dapat hadir.. tapi tak pa nanti incik bos datang yang belah cyberjaya pulak nanti... 

Majlis Nikah - Bride Side




Alhamdullilah dengan sekali lafaz, sah bergelar isteri kepada my man.. :p
Perancangan Allah swt itu sangat baik buat hambanya yang sentiasa berserah dah bersangka baik dengan Allah dan percaya dengan ketentuanNYA....Pertemuan ini dan ikatan ini akan membawa sinar baru dalam kehidupan yang akan datang setelah bergelar suami isteri...Mudahan perkahwinan ini dirahmati dan diberkati hendaknya....Amin...


Majlis pernikahan berlangsung di kampung halaman i, Pulau Pinang...Betul kata orang, sebelum sampai tarikh untuk nikah macam-macam halangan dan dugaan yang dihadapi...tapi alhamdullilah, kami berjaya harungi dengan pertolongan Allah swt....syukur padaNYA...

Hari Jumaat selepas solat Jumaat, jam 3.30 petang.. berlangsungnya majlis pernikahan kami dengan dihadiri oleh sanak saudara dan rakan rapat... terima kasih tak terhingga buat keluarga tersayang yang bertungkus lumus menjayakan majlis ni..... Lain masjid lain konsep dan tatatertibnya....selalunya di masjid kampung i ni, pasangan untuk bernikah tidak dibenarkan untuk masuk buat majlis di dalam masjid... tapi untuk majlis i, alhamdullilah imam masjid membenarkan untuk diadakan di dalam masjid dengan semua hadirin perlu berpakaian sopan dan menutup aurat.... al maklumlah, rombongan lelaki dari jauh...





Terima kasih buat family i yang berpakaian sedondon kuning...memang tema untuk family i time nikah i pilih kuning cair entah kenapa i suka dengan warna kuning yang pastel-pastel ni sikit.. heheheh....dan also thank you buat family lelaki yang datang dari jauh... 



Untuk pakaian bridesmaid and groomsman dah ada kata sepakat untuk pakai warna pink dan kelabu.. side lelaki kelabu dan pink untuk perempuan... kan all sedondon gitue... tapi side lelaki, tukang angkat dulang dah terlebih 2... but it's oke, dah jadinya 9-9....Thank you u olllss.... super duper cray.. sanggup join ikut photoshoot tepi pantai berbatu.. hahahha..apa pun u guys the best...



Bertunang & Malam Berinai



Bila bertunang???
tup tup dah nak kawin...
i memang tak de majlis bertunang yang beria selalu orang buat setahun or enam bulan sebelum kawin.. majlis bertunang i adalah sehari sebelum nikah..iaitu waktu malam berinai i. Alhamdullilah majlis berjalan lancar.. memang i tak de nak buat majlis awal dengan hantaran tunang semua tu... cukuplah sehari sebelum majlis nikah.. lebih senang disamping dapat menjimatkan kos... :)


Lepas je habis majlis bertunang dan berkenalan antara kedua pihak...mulalah majlis berinai i dengan all my bridesmaid....majlis kecil-kecilan ni di hadiri oleh adik beradik, bridesmaid dan jugak kenalan rapat mak i....takde jemput reramai pun...just a simple majlis je... :) Kos pun tak de banyak bila kita buat 2 in 1 event ni... lagi pun jemputan tak ramai..kat situ dah save kos sikit... heheehhe...