J Kids Playground & Kids Party

Holaa..
Cuti Hujung Minggu Sudah Habis...
Mesti ramai yang menghabiskan cuti korang dengan beriadah bersama keluarga tersayang kan??
Same goes to me...

Tapi takde la bercuti jejauh..sebabnya daddy kerja hujung minggu tu, sempat bawak yusuf ke J Kids Playground & Kids Party, Publika je.. itu pun dah cukup membahagiakan kami.. 
yela dari terperuk je duduk rumah, at least dapat jugak luangkan masa jenjalan time cuti kan??

So apa yang i nak story pasal J kids Playground & Kids Party ni.. 
firstly bayaran masuk takde la mahal sangat berbanding dengan jungle gym...dan tempat ni memang sesuai untuk kids berumur 6 month - 13 years. why?? walaupun permainan tak banyak tapi memang selamat untuk umur budak... takde bercampur sangat dengan kids yang dah besar macam di jungle gyms yang mana, tak banyak game untuk budak age 6month - 13 years..semua yang ada dah umur untuk budak-budak besar.. so for me, personally memang sesuai untuk budak-budak baya macam yusuf ni... and unlimited time per entry.. (RM31) cuma perlu pakai SOCKS ye... and for parent no charged. tapi kalau di jungle gym tu parent yang masuk kena bayar ye..tak ingat berapa rm. tapi disini tak perlu bayar cuma perlu pakai sock jugak..so kalau tak bawak sock tu, diaorang ada juai sock jugak.



So disebabkan haritu masa bawak yusuf ke jungle gym, dia baru berumur 1 tahun. Tak banyak permainan yang dia boleh main and explore, plus situ ramai budak-budak besar pastu diaorang main pun kasar-kasar so tak sesuai untuk budak age yusuf... maybe dah besar sikit baru mummy boleh nak bawa yusuf ke sana...

Jadi kebetulan terjumpa pulak J Kids Playground ni yang memenuhi citarasa yusuf.... actually my husband yang bawak ke tempat ni... so ok la for the first time walaupun dah sampai lewat petang around 5.30pm camtu...lama jugaklah yusuf dapat main..around 3hour camtu... kalau datang lebih awal maybe boleh lagi lama kat situ, tapi tu la mak pak dia yang tak larat nak tunggu... 



Banyak jenis permainan session yang sesuai untuk budak yang umur 6month - 6years kat sini... so best jugaklah... tapi yusuf sempat main 3 session je, itu pun setiap session almost 1 hour dia dok main.. korang boleh visit wesbite J Kids Playground & Kids Party sesuai jugak kalau nak buat birthday party, sebab range harga dia tak de la mahal sangat...so maybe boleh consider for next party yusuf... insyaallah...

Yang paling menarik minat yusuf adalah di session sand sensory play ni.. dia boleh mengadap benda ni sejam lebih okay...so mummy dah tau yusuf ni jenis seorang yang fokus dan tak mudah jemu untuk buat sesuatu benda tu sampai berjaya... yeaayyy... lepas ni boleh join messybitsyclub tu... sebab dulu awal tak nak register bawak yusuf sebab by that time yusuf tak berapa nak tahu lagi dan pandai untuk try... so this time dah makin besar boleh mummy bawak dia join....

So for those parent yang tak tahu nak bawak anak korang yang kecil tu kemana, me suggest korang try pergi kat J kids ni, sebab berbaloi dan memang anak korang dapat main mainan kat sini, sebab semua memang sesuai untuk umur dalam lingkungan yang i cakapkan tu... i boleh bagi komen macam ni sebab i dah pernah ke little gym dan jungle gym tu....J kids ni actually dia ada 2 cawangan lagi..antaranya adalah di Paradigm mall, so lepas ni boleh nak try situ pulak la... tapi surely ramai orang.. hehehe


0 comments:

Post a Comment