Bercuti ke Kundasang & Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum wbkth...
Hujung tahun mesti ramai merancang untuk bercuti panjang sehingga tahun baru kan??
Tahun ni takde plan untuk bercuti ke luar negara, kami hanya plan untuk ke Kundasang, Sabah..
Actually plan ni agak last minit jugak, first plan nak ke bangkok, thailand tapi disebabkan keadaan time tu my boy kurang sihat, since dah seminggu lebih demam on off. so we decided untuk ke Sabah sahaja, lagi pun my husband beria ajak i pi sabah... i pun lama jugak tak pi sabah, agak dalam 5tahun dah kot.. tak de ke sana, so moh la kita kesana... once tiket semua dah booking +hotel, dari di nantikan telah tiba... kami sampai awal di airport untuk check in disebabkan ada bawak anak kecil (infant) so tak boleh nak checkin online, kena checkin di kaunter.. itu policy malindo..jadi kenalah datang awal untuk checkin segala bagai..nak dijadikan cerita hari kejadian tu pun my boy masih selesema tak berapa sihat...

 


Setibanya di Kundasang dalam jam 10 pagi camtu, my husband sewa kereta myvi dan kami bergerak ke kundasang..jadi sepanjang ke kundasang i dengan my boy tido...jadi tak de la nak menikmati sangat perjalanan tu apa ada kiri kanan jalan, yang i tau ada gunung yang curam bila melalui jalan lama ke kundangan tu dari kota kinabalu... Jadi sampai di kundasang sudah time tengahari, jadi kami pun singgah makan di pekan kundasang... rupanya kundasang ni macam cameron highland banyak di jual buah dan sayur segar... tapi disebabkan kami hanya pergi sebab nak ke diary farm, tengok gunung kinabalu dan ke rabbit farm...so takde la nak lawat ke tempat lain...

kami check in di Dream World Resort Kundasang yang semalam RM261. memang agak mahal dengan keadaan resort yang so and so je...tapi  berbaloi sebab dapat tengok gunung kinabalu tu betul-betul di belakang resort ni... i suggest kalau datang dengan anak kecil dan nak selesa tidurlah di tempat yang proper..sebab sana banyak jenis homestay dan cabin, which is untuk yang bujang sesuailah. tapi bagi yang ada anak kecil macam kami... better amik tempat selesa sikit...




Untuk hari yang kedua pulak, seawal 530 pagi dah boleh nampak clear gunung kinabalu daripada bilik resort.. indah sungguh ciptaan Allah swt.. alhamdullilah time tu cuaca kabus tak berapa tebal.. betullah orang cakap, kalau nak tengok gunung kinabalu dengan jelas, memang kena bangun awal pagi untuk tengok, memang 100% clear, but start jam 8 pagi camtu, kabus dah start tebal dan menutupi gunung tu, jadi takde la nak nampak dah..so aktiviti hari kedua ni adalah ke Dairy Farm.. nanti i cerita ke entry seterusnya... 


0 comments:

Post a Comment