Pengalaman Keguguran 2 Kali

 Assalammualaikum wbkth....


Alhamdullilah atas kehidupan ini... syukur pada mu ya Allah swt..

Sekarang baru ada kekuatan untuk i menceritakan kisah keguguran yang berlaku pada diri ini pada tahun 2019 sahaja, dua kali diri ini mengalami keguguran... Kita hanya merancang tetapi Allah swt lebih mengetahui akan kebaikan untuk diri kita..

Tentulah perasaan sedih tak dapat digambarkan tapi aku redha dengan ketentuan ini. Nak di jadikan cerita masa yusuf 11 bulan, aku telah dikhabarkan dengan berita gembira yang sedang hamil 6 minggu, pada scan pertama didapati tidak menampakkan jantung ataupun embrio bayi. Doktor memberikan tempoh lagi 2 minggu untuk repeat scan, yang nampak hanyalah kantung kosong. selama 2 minggu, doktor membekalkan dengan pil kuatkan rahim, sebab aku pernah mengalami keadaan dimana masa kandungan pertama posisi keadaan rahim yang retroverted serta kesan melahirkan secara pembedahan membuatkan rahim agak lemah.. 

Setelah 2 minggu datang check sekali lagi, doktor mengatakan yang kandungan tidak jadi sebab tiada janin & jantung bayi di temui, jadi doktor memberikan tempoh 2 minggu lagi untuk tengok keadaan samaada akan berlaku kegugan semula jadi.  Pada minggu ke 9, (19 Mac 2019) berlakukan keguguran secara biasa..hanya ketulan darah sahaja yang keluar macam period.  Tiada rezeki buat kami, dan doktor menasihatkan supaya banyakkan berehat dan tidak melakukan kerja berat serta merehatkan rahim dalam tempoh 6 bulan...

Selepas tempoh 6 bulan, aku disahkan pregnant buat kali ke-3, tetapi kandungan kali ni sejak dari awal, aku telah dinasihatkan untuk banyakkan berehat dan tidak banyak bergerak serta dibekalkan dengan ubat kuatkan rahim sekali lagi.. alhamdullilah keadaan makin elok dengan perkembangan janin yang menunjukkan keadaan yang postivite namun masih tidak nampak lagi jantung bayi walaupun pada minggu ke8.  Doktor memaklumkan untuk repeat scan pada minggu ke 10.

Pada minggu ke-10 sekali lagi kandungan membesar dengan baik tetapi jantung masih tidak kelihatan.. doktor menganggap bahawa aku mengalami kandungan tidak menjadi buat kali ke2.  Doktor ada menyarankan supaya untuk membuat proses D&C supaya tidak membahayakan keadaan aku. Tapi biasalah aku ni jenis penakut ya amat..so decide untuk tunggu janin gugur dengan sendirinya...

Pada minggu ke-11 janin masih tak keluar tapi keadaan perut dah sakit macam period pain, tapi lebih teruk.. for the first time aku mengalami keadaan yang macam ni...masa melahirkan yusuf dulu tak de rasa macam ni, tapi kali ni rasa dia lain macam, mungkin inilah rasanya kalau orang bersalin secara normal..

Tepat pada jam 10 malam di wad bersalin, hospital putrajaya, bila keadaan aku dah pucat dan tak bermaya, doktor membantu untuk mengeluarkan janin yang tersangkut di pintu rahim disebabkan kantung keluar bersama dengan janin tu agak besar. Yelah sebab dah minggu ke11, mestilah janin walaupun takde, tapi dah membentuk ketulan daging, sakit tu takyah cakap la camne sampai mengigil lutut menahan sakit...

Ini adalah keguguran kali ke2 dalam tahun 2019 yang tak dapat dilupakan.. Doktor menyarankan agar aku berehat selama 1 tahun untuk memberikan kesihatan yang maksimum kepada keadaan rahim aku, mungkin salah satu faktor disebabkan kelahiran pertama aku melahirkan secara pembedahan dan juga posisi rahim yang retroverted serta mengalami banyak komplikasi sewaktu mengandung.. jadi untuk mengelakkan keadaan rahim yang penat dan bahaya, doktor menyarankan sebegitu...

Aku redha dengan ketentuan daripadaNYA dan percaya, apa yang berlaku ini Allah swt akan menggantikan dengan lebih baik...Insyaallah...

Aku sangat bersyukur... bila masuk tahun 2020, dimana pandemic COVID-19 mula menyerang dunia sekarang..which is aku percaya apa yang terjadi pada diriku ada hikmah yang Allah swt lebih mengetahui. mana tahu kalau aku masih dalam keadaan hamil dan EDD aku adalah pada bulan April 2020 mungkin aku akan bersalin seorang diri tanpa ditemani suami & mak aku di wad bersalin... Kalau masa kelahiran yang pertama dulu, mak dan suami yang ada 24 jam menemani aku di hospital.. 

Bagi yang mengalami nasib sama macam aku, korang percayalah Allah swt akan menggantikan yang lebih baik kerana hanya dia je yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita.  Jangan terlalu bersedih, benda yang sama juga aku selalu ingat pada diri sendiri... rindu mestilah rindu dengan dua anak syurga aku, tapi aku bersyukur kerana anak sulung Yusuf Hussein adalah peneman di kata aku duka dan gembira...alhamdullilah...

Buat Abdullah Hussein & Muhammad Hussein, tunggu mama, daddy & Yusuf Hussein di Syurga nanti ya...!!! in memories..






1 comments: