Day 2 - Sensoji Temple & Nakamise Street


Ohaiyo Gozaimasu...!!!
Ewah baru sehari kat Jepun dah pandai cakap jepun...hahha nampak sangat poyo!!!
Untuk hari kedua di Jepun suhu baru dok ada kalau pagi 3 darjah celcius dalam jam 8.00 pagi
Jadi berjalanlah dalam keadaan aircond.  Kami duduk serviced apartment yang telah di tempah awal dengan menggunakan perkhidmatan AirBnB. Area kami duduk ni di Shinjuku, tempat yang kiranya town jugaklah walaupun homestay area town kiranya tak de la sunyi..Semalam RM400 untuk 4 orang. bolehlah kan? so kiranya duduk 5H4M Seorang RM400.  Ni pun booking bulan december 2016, harga dah naik sikit tapi kalau awal booking maybe harga boleh dapat lagi murah.. kena rajin survey.

Serviced Apartment : Shinjyuku Kabukichou
Apps                          : AirBnB
Price                          : RM1600 / 4 Night
Neighbourhood        : Peaceful and not far from Train station (5 minutes walk)
House                        : Entire House, 1 Room with 2 Queen Bed, Bathroom, Toilets, Kitchen

*kalau korang nak stay di tempat i duduk ni which i sangat recommend pada korang if nak duduk area town, search nama apartment tu di apps AirBnB.  

OK...! From serviced apartment tu nak ke Sensoji Temple kena naik train. Disebabkan semalam sampai waktu malam, kami hanya naik bas je.. so pagi ni di train station kena jadi jakun kejap sebab train station dia sangat sibuk dan banyak cabang (means line ada sampai 10) so kena betul-betul study.. so agak 30 minit jugak duduk kat train station tu sebab nak membeli kad suica..!! Kami tak beli JR pass sebab tak berbaloi nak beli sebab hanya bercuti di tokyo je. So JR pass tu untung kalau korang nak pegi ke beberapa daerah lain seperti sapporo, kyoto, osaka, fukoka, hiroshima ke. Tapi kalau hanya jalan area tokyo je, baik beli suica kad je senang.



Suica Kad ni lebih kurang macam kad touch N go, kita kena beli kad dan toup ikut berapa amount kita nak guna, end up habis jalan. nanti boleh redeem semula di kaunter JR Pass yang berkenaan sahaja bukan semua station korang boleh tukar.  so alert kat situ. Kami tukar time nak balik di last station before nak naik airport train tu, ada satu kaunter JR Pass yang boleh tukar. From amount dalam tu nanti dia akan tolak berapa yen *tak ingat* untuk cas perkhidmatan.  Kalau korang ada sikit je baki dalam tu tak yah tukar buat rugi je, baik simpan nanti boleh guna if next time pegi lagi jepun.. hehehhe no expired date..

Settel beli kad suica dan topup kat mesin yang ada tu. now boleh baca peta and line mana nak naik untuk ke Sensoji Temple..Nak baca line pun satu hal. sebab ada 10 line yang berbeza ikut warna yang berbeza.. pening wei...



Sensoji Temple & Nakamise Street
Dari Shinjyuku (JR Chuo Line) to Ochanomize - (JR Sobu Line) to Asakusabashi (Toei Asakusa Line) to Asakusa. (36 Minit)

Opening Hours

Daily 06:00am – 05:00pm

Getting there

By Subway :
1. Tokyo Metro : Ginza Line – Asakusa Station
2. Toei Subway : Asakusa Line  – Asakusa Station

Lepas dah jenjalan di Sensoji Temple dan kawasan sekitar. Di sini ada 1 restaurant halal yang korang boleh singgah makan... Gambar tak ambil pulak sebab terlalu lapar. kami lunch di area sini, nama kedai dia korang search "Ramen Naritaya Halal Food Ramen" kat restaurant ni ada prayer room, so bolehlah korang solat jamak kat sini before continue ke tempat lain.



Kat Sini jugak dapat naik beca jepun yang harga seorang RM120 untuk 25 minit ride. So disebabkan kakak i dia kata bukan selalu nak datang jepun, jomlah naik.. jadi kami pun naiklah, yang bestnya boleh bayar pakai kad kredit ok if tak de cash..!!! Dia bawak jenjalan pusing sekitar nakamise and boleh nampak tokyo tower dari jauh jugak...

Lepas je solat lunch day naik ride ni, kami pun singgah pegi euno park.  Di jepun memang banyak park yang menarik untuk di lawati. Actually jadual sangat padat ada a few tempat yang tak dapat nak pergi sebab keadaan tak mengizinkan. Lagi pun waktu siang time musim sejuk pendek, malam sangat panjang.. jadi tak dapat nak jalan banyak tempat.



0 comments:

Post a Comment