Day 4 Takeshita Street & Shibuya Crossing



Hari keempat ni, adalah hari untuk shopping sebelum balik esoknya..
Barang di Jepun memang sangat mahal, cuma ada beberapa barang yang murah yang boleh dibeli.  Before pegi sana ada jugak i membaca di beberapa blog yang bercerita pasal shopping di Jepun.  Kebanyakan yang datang tempat yang boleh harga murah nak shopping adalah di daiso Jepun.  Malaysia pun ada daiso kan? tapi jepun puny daiso yang harganya murah berbanding dengan barang lain,  Eventho ada yang cakap beli kat Uniqlo murah, tapi i ada beli satu seluar kat uniqlo. sama je macam harga di Malaysia. takde kurangnya pun.  But di daiso memang murah.  

Di takeshita street ni ada banyak juai barang-barang semasa musim sejuk dari kasut, baju dan barang-barang make up.  Jadi food street pun ada banyak di sepanjang jalan ni. lenguh sikitlah nak jalan. tapi tak de hal la kan, sebab shopping punya pasal.





Kat takeshita street ni juga ada juai Crepe yang famous tu.  satu crepe ni tak ingat harga dia berapa tapi gagah la jugak beratoq panjang. Dia ada mixed fruits yang memang fresh.  Makan kat situ sambil jalan-jalan tengok barag shopping memang sangat mengujakan. heheheh tambahan jalan time sejuk-sejuk then dapat makan creme panas-panas...cubalah kalau datang sini, cuba makan sure tak menyesal. Ramai pelancong dan orang malaysia datang makan di sini.



Nampak tak beg "wash it" tu??? actually tu bag dobi i beli kat daiso dengan harga murah ;p
So itulah beg shopping i.. hahaha, jenjalan shopping then letak dalam tu, besar wei.. so bawak ke hulu ke hilir bag tu orang jepun ushar je.. hahhaha yelah tu bag dobi tapi orang malaysia gigih bawak jadi beg shopping untuk letak barang.....Tapi beg ni sangat berguna tau..memandangkan i memang kaki shopping so memang berbaloi la. bawak ni boleh sumbat semua dalam ni, tak perlu nak usung beg plastik barang yang melambak. sebab bukan apa takut tinggal kang barang shopping tu.. hehhehe


Dari Takeshita street di harajuku tu kami naik train terus ke shibuya crossing pulak...
Datang jepun kenalah datang sini, sebab asyik dok baca blog orang dan ada yang recommend datang jepun mesti kena pegi sini... so kita pun datanglah, bajet nak minum starbuck sambil tengok orang melintas kan??? tapi sebab startbuck tu asyik selalunya penuh, so kita ulang-alik kat situ je la sambil tengok barang-barang kedai kat area sini... masa ini kakak i dah tak larat jalan dah. dia duduk je kat tempat duduk sebelah anjing hanchiko tu.. hehehhe adik dia yang gigih nak jalan ulang-alik kat shibuya crossing ni sambil shopping tengok barang lain.









0 comments:

Post a Comment