Customade Baju Nikah With Emas Pesona Wedding


Bercakap pasal baju nikah..sebenarnya ada peristiwa yang menyayat hati sikit di sini... but *biarlah rahsia* 

Baju nikah i di tempah khas ikut design sendiri dengan Emas Pesona Wedding di Shah Alam..
Kosnya???? :p hanya mampu tersenyumlah.. kat sini je yang i jumpa yang murah sikit dari yang lain. mostly korang kena rajin survey kalau nak tempah baju nikah...but agak pricey jugalah bila buat sendiri ni, sebabnya kena cari material sendiri yang memang dah mahal...plus upah jahit lagi dengan beading...tapi memandangkan kain i dah ada siap manik so dah save sikit untuk beading tu... jadi bila kain dah beli mahal, kos di jahit bolehlah berkurangan sikit.. 

Perkara yang perlu dititik beratkan time tempah baju

1. Design yang nak tu perlulah ikut kuantiti meter kain..kalau nak meleret panjang kalau beli 4meter memang tak cukup... so kena extrakan 1 meter... jadi penting design baju korang tu so kena decide nak design macam mana before beli kain dan tanya tailor korang berapa meter untuk baju dan berapa meter untuk kain...

2. Beading, ini sangat penting...kalau tak de beading nanti tak merlip merlaplah baju nikah korang..so sekali lagi ikut design dan corak kain yang korang pilih... kos untuk ini yang selalunya upah tailor ambil mahal dan ambil masa jugak untuk jahit dengan manik-manik pilihan... for me haritu i pilih konsep pearl dan kristal.. so tak de pakai banyak sangat sebab my kain dah boombastik merlip merlap ada sequince.. so kat situ dah save sikit kos beading ni...

3. Net kepala, ini penting jugak..selalunya tailor akan suggest sama material macam kain korang.. so kena beli extra kain disitu.. if nak meleret panjang belilah 2.5meter. kalau nak macam suwit macam i tu hanya guna 1.5meter je... then kena ada beading jugak untuk net kepala.. sebab kalau kosong je nampak pelikkan??? melainkan kalau korang ada nak pakai crown.. i tak de nak pakai crown bagai semua.. i suka yang nampak simple and tak memberatkan kepala....depend pada korang nak style macam mana. kalau nak style jenis sampai tutup muka depan pun boleh... tak de hal ikut citarasa memasing..

4. Next is design kain, kalau macam i, i nak meleret sikit je bentuk curve A. s0  sebab tu potongan depan macam sama dan belakang potongan bulat...so bila jalan tu terasa macam princess jalan kain meleret belakang... hehehe...

5. Duration untuk tempah jahit. normall kena hantar 4 bulan before majlis..selalunya tapi kalau korang hantar lewat, tu la ada cas kos sikit... kenapa 4 bulan awal??? i di maklumkan bahawa, diaorang akan panggil 2 kali untuk testing.. tapi kalau sent lewat, sekali je la testing.. better hantar awal.. sebab tu orang sangat concern bila dalam masa 4 bulan badan naik.. kena alter lagi kan??? so tu sebab tempoh waktu tu penting..

Itu serba sedikit mengenai pengalaman i.. just share dengan korang... ni baru untuk baju nikah je ni.. belum lagi fitting baju sanding..itu pun memeningkan kepala jugak.. so sesiapa yag nak tempah baju nikah nak kawin tu bolehlah try emas pesona wedding kat shah alam.  Dia sediakan perkhidmatan jahit dengan beading dan jugak if korang tak beli kain sendiri, dia boleh providekan kain ikut mana yang korang nak.. material dia semua daripada jakel tau... so harga pun ikutlah harga kain jakel..korang pepaham sendirilah ye... for me haritu, i beli kain sendiri di jakel dan tempah pada dia dengan beading tu pun cost around 1k++ tapi tak de la sampai 1.5k this the cheaper yang i dapat.. so boleh search instagram dia "EMAS PESONA WEDDING"

0 comments:

Post a Comment