Majlis Nikah - Bride Side




Alhamdullilah dengan sekali lafaz, sah bergelar isteri kepada my man.. :p
Perancangan Allah swt itu sangat baik buat hambanya yang sentiasa berserah dah bersangka baik dengan Allah dan percaya dengan ketentuanNYA....Pertemuan ini dan ikatan ini akan membawa sinar baru dalam kehidupan yang akan datang setelah bergelar suami isteri...Mudahan perkahwinan ini dirahmati dan diberkati hendaknya....Amin...


Majlis pernikahan berlangsung di kampung halaman i, Pulau Pinang...Betul kata orang, sebelum sampai tarikh untuk nikah macam-macam halangan dan dugaan yang dihadapi...tapi alhamdullilah, kami berjaya harungi dengan pertolongan Allah swt....syukur padaNYA...

Hari Jumaat selepas solat Jumaat, jam 3.30 petang.. berlangsungnya majlis pernikahan kami dengan dihadiri oleh sanak saudara dan rakan rapat... terima kasih tak terhingga buat keluarga tersayang yang bertungkus lumus menjayakan majlis ni..... Lain masjid lain konsep dan tatatertibnya....selalunya di masjid kampung i ni, pasangan untuk bernikah tidak dibenarkan untuk masuk buat majlis di dalam masjid... tapi untuk majlis i, alhamdullilah imam masjid membenarkan untuk diadakan di dalam masjid dengan semua hadirin perlu berpakaian sopan dan menutup aurat.... al maklumlah, rombongan lelaki dari jauh...





Terima kasih buat family i yang berpakaian sedondon kuning...memang tema untuk family i time nikah i pilih kuning cair entah kenapa i suka dengan warna kuning yang pastel-pastel ni sikit.. heheheh....dan also thank you buat family lelaki yang datang dari jauh... 



Untuk pakaian bridesmaid and groomsman dah ada kata sepakat untuk pakai warna pink dan kelabu.. side lelaki kelabu dan pink untuk perempuan... kan all sedondon gitue... tapi side lelaki, tukang angkat dulang dah terlebih 2... but it's oke, dah jadinya 9-9....Thank you u olllss.... super duper cray.. sanggup join ikut photoshoot tepi pantai berbatu.. hahahha..apa pun u guys the best...



0 comments:

Post a Comment