Pulau Nami, Seoul Korea

Assalamualaikum wbkth.


Pengalaman pertama ke pulau nami, seoul korea di musim sejuk... Alhamdullilah diberi kesempatan untuk merasai salji di negara seoul.  Memang jadi jakun kejap, yelah sebab di Malaysia mana nak ada salji ni kan??? so mesti ambil peluang untuk merasa sejuk beku di pulau nami.. Before ni check suhu lebih kurang -4 darjah celcius. So sejuk dia tok sah cakaplah sebab negara seoul ni di kelilingi oleh kawasan pergunungan sebab tu lebih sejuk jika dibandingkan dengan tokyo yang mana di kelilingi oleh lautan.  

Dari Myeong-dong ke pulau nami dengan menaiki train akan mengambil masa lebih kurang 2 jam begitu. jadi kalau tak nak lewat sampai di nasihatkan untuk bertolak awal...kami bertolak dari bandar jam 8 pagi dan sampai di pulau nami lebih kurang jam 11 pagi camtu.

Train pit stop
Myeong dong (Number stop 424) - Dongdaemun History & Culture Park (number stop 422) -line 4 light blue line

Change to Line 2 green line 

Dongdaemun History & Culture Park - Wangsimni (number stop 208)

Change to Jungang Line - light blue

Wangsimni - Mangu (number stop K121)

Change to Gyeongchun Line - light green

Mangu - Gapyeong (number stop P134)

Fare ; 2350 won / person

Gapyeong Shuttle Bus
From Gapyeong train station take shuttle bus to ferry port (10 minutes)
1 Day tour (returns) = 8000 won / person

Ferry to Nami Island
Fee to nami Island = 8000 Won / person
Durations - 10 minutes

Pulau Nami terletak 63km dari seoul di tengah-tengah sungai han river.  Pulau nami kelihatan seperti tasik daun anggun yang terapung pada bahagian atas tasik cheongpyeong.  Pulau ini mempunyai keluasan 460,000m iaitu lebih kurang 5km. Di bentuk dengan batu-batu kecil dan pasir, tiada gunung di pulau ini tetapi terdapat pokok-pokok rimbun.  tempat ini juga merupakan tempat di mana tupai, burung unta, arnab dan burung yang hidup disini.  Pulau ini dinamakan selepas General Nami, tokoh yang disegani dalam sejarah korea dimana perjuangan beliau yang berani dalam pertempuran, walaupun beliau meninggal pada usia 26 tahun.


Dalam pulau ni pun korang tak perlu risau tentang makanan halal, ada Asian Cafe yang menjual makanan halal korea untuk korang nikmati.  Nasi goreng dia sangat sedap dan berbaloi dengan harga,  Kat sini pun korang boleh makan ubi merah dia yang sedap di kala cuaca sejuk memang awesome..i sampai dua kali makan ubi manis merah dia tu. sedap sangat... dia bakar dalam tempayan lama korea.

0 comments:

Post a Comment