Babymoon winter sonata holiday - Arrival

Assalamualaikum wbkth....



Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk bercuti akhir tahun dengan kesihatan yang sihat walaupun berbadan dua.  Actually ni suprised untuk pegi babymoon with my husband. My husband minggu lepas baru je pegi shanghai atas urusan kerja then selang sehari fly ke korea pulak....!!!

Ni pun merupakan pengalaman i yang pertama ke korea..walaupun dah banyak kali pegi negara musim sejuk time winter, tapi korea yang paling mencabar dengan keadaan cuaca dia yang sangat menusuk sampai ke tulang wooo...kenapa??? yelah sebelum ni kalau ke london, paris, aussie dengan japan takdelah sejuk sangat, kali ni memang terasa sangat sejuk keadaan cuacanya..kebetulan time datang ni dijangkakan snow.. kiranya alhamdullilah jugak sebab tak pernah merasa snow turun pun sebelum ni so jadi jakun kejap... hahahahah...

Flight dari KUL ke korea jam 730 pagi jadi sampai ke korea jam 230 petang waktu korea. Perbezaan waktu korea dan malaysia, korea cepat sejam dari Malaysia dan musim sejuk, malam lebih panjang berbanding dengan siang...sebab sini jam 5 petang dah macam maghrib dah.. so most banyak tempat history or lawatan akan tutup jam 430 petang dan 500 petang. 

Pemeriksaan imigresen sini tak straight sangat then sangat friendly... owh ya lupa nak puji flight yang i naik tu, sangat smooth je time take off dan landing dia sampai semua penumpang tepuk tangan lah time dia turun chantik tu..tak terhentak pun, syukur alhamdullilah..macam tau je ada ibu mengandung naik flight tu. heheheh maybe nampak kot masa i asyik dok ulang alik toilet, FA tu cakap kat pilot...apa pun syukur...



Leaps touch down tu pemeriksaan di kastam mengambil masa lebih kurang 20 minit then untuk ambil luggage pulak dalam 10 minit camtu je...sangat cepat diaorang ni buat kerja...setibanya di airport  ada dua kemudahan pengangkutan untuk ke bandar... dengan menaiki bus aiport transfer atau menggunakan train.. taxi pun ada kalau yang jenis tak kisah pasal bayaran...i adalah jugak buat bacaan sikit cara mudah dari airport nak ke bandar....bagi i kalau nak adventure naik trainlah... tapi disebabkan keadaan i yang tak fit macam dulu-dulu travel angkat beg turun naik tangga train... better naik bas je direct turun di stesen dekat denga hotel lebih senang dan murah..



so kalau stay di area myeong-dong bolehlah naik bus bernombor 6015 so dia akan berenti di stesen myeong-dong which is dekat sangat dengan hotel i duduk..just jalan dalam 5minit sampai...so kena pandai pilih lokasi untuk duduk... i tak taula kebetulan kot beli pakej sekali flight dengan hotel dekat area town..so sangat senang... siapa nak duduk hotel i duduk ni boleh booking awal guna agoda "Liosir hotel myeong-dong" walaupun bilik dia kecik macam keadaan bilik hotel hong kong tapi santat dekat dengan pengangkutan awam... train station sebelah hotel je, bus aiport tranfer pun jalan dalam 500m dari hotel, then meong-dong street pulak betul-betul depan hotel...so for me hotel ni sangat i highly recommended. 


ok T-money... apa itu T-money?
T-money ni adalah macam kad TNgo untuk kegunaan (train, bus & barang makanan di kedai serbaneka macam 7e,the mart dan lain-lain) deposit untuk kad ni 4000 won = RM15 (dan akan dipulanhkan bila korang pulangkan kad di mesin deposit pemulangan kad yang terdapat di semua stesen train) then bila dah beli kad korang boleh topup dengan berapa amount korang nak topup. so nanti kalau ada baki kad and korang pulangkan kad, dapatlah balik duit tu, then boleh sambung shopping kat aiport pulak...hehehhe 



mana nak beli kad ni??? ok kat airport paling senang, bila korang keluar je dari gate 4-5 akan nampak kedai serbaneka macam kedai juai minuman snack semua tu, korang boleh beli kat situ. situ ada juai...so tak yah sesusah nak cari 7E, sebab mostly i baca blog orang lain depa kata kedai 7E je yang juai..walhal di aiport tu kedai serbaneka pun ada juai... just cakap nak beli T-money card, and the cashier akan bagi kad tu je. kalau korang tak sebut nak topup with berapa won korang nak letak...macam i seminggu perjalanan i letak 30,000 won = RM120 seorang... so senang nak jalan mana nak pegi, tak perlu nak topup..itu cukup untuk seminggu sebab line train dia 1 je and harga je sekali jalan dalam 1120 won = RM4 camtu.. so itu pun i sure akan dapat balance lagi... but if korang topup dengan amount yang sikit, jangan risau korang boleh topup sendiri di mesin topup kad T-money di semua stesen train... i malas nak topup banyak kali, so lebih suka letak sekali banyak then jalan tanpa perlu fikir pasal nak kena topup... depends pada koranglah... 


ok about train line pulak..sini ada 8 line je take banyak macam kat jepun yang ada 15 line.. 
tapi pendapat peribadi i, line train korea ni susah sikit nak faham berbanding dengan line train tokyo..sebabnya banyak confused.. walaupun dia ada nombor dan warna, tapi korang kena search awal nak menghala ke arah kanan or kiri...jadi kena tau tempat korang nak turun tu no stesen berapa, and follow the arrow. nak baca train map je pun lebih kurang 30minit tak faham-faham... Jadi tips untuk senang, korang tulis tempat korang nak pi tu - line warna train - line no train - stesen terakhir train tu menghala kemana - no exit berapa. 

ok itu jelah info yang i bleh share dengan korang..nanti i share bab kedai makanan halal pulak okey...
hamse hameda

0 comments:

Post a Comment