Persidangan Agung UMNO 2017

Assalamualaikum wbkth...


Tahun ni macam tahun sebelumnya di setiap hujung tahun akan berlangsungnya Perhimpunan agung UMNO 2017 yang melibatkan semua perwakilan UMNO di seluruh negeri akan datang dah bersidang dan menyampaikan usul serta cadangan kepada UMNO untuk dipertimbangkan oleh peringkat tertinggi UMNO...

Jadi ni jugaklah platform dan peluang kepada perwakilan UMNO yang terdiri daripada wanita, pemuda dan puteri untuk melontarkan rasa dan menyatakan usul penambahbaikan berkenaan dengan isu semasa terutamanya dalam penyelesaian kepada peningkatan sara hidup sekarang ni dan jugak beberapa isu penting yang perlu di berikan penekanan seperti agenda sosial.  Sebenarnya persidangan sebegini bagus pada setiap tahun bagi membolehkan rakyat bersuara secara telus agar peringkat tertinggi dapat mendengar pendapat daripada akar umbi... 



Tahun lepas i tak berkesempatan nak hadir time incik bos bagi ucapan dasar perasmian, tapi kali ni alhamdullilah dapat bersama-sama hadir dengan hubby ke PAU 2017 kali ni.. ni merupakan pengalaman pertama buat my hubby yang hadir untuk melihat sendiri suasana dan persekitaran serta mendengar dan merasai sendiri keadaan persidangan politik UMNO... 

Tajuk ucapan dasar incik bos kali ni adalah berkenaan dengan #transformasi sebenar dan bukannya nostalgia dongeng dan harapan palsu..!!! untuk mendengar ucapan penuh dasar YBKJ korang boleh visit website ni SPEECH BM YBKJ untuk english version pun ada kat situ (so boleh baca okey) dari situ rakyat boleh menilai dan buat sedikit ulangkali berkenaan point-point yang telah diutarakan... kadang manusia ni kalau tak de bukti susah nak percayakan sebab rakyat sekarang ni semakin lama sudah semakin bijak dan pandai menilai... jadi demi negara Malaysia tercinta, rakyat juga harus bijak untuk memilih berdasarkan bukti yang kita lihat sekarang dengan senario yang berlaku sekarang...


1 comments:

  1. dah nampak chubby skit dah ..huhu..Take care ye ieja ;)

    ReplyDelete