Review Kebaikan Susu Pediasure - Susu Penyelamat

Assalamualaikum wbkth....

Harini i nak berkongsi sedikit pengalaman dan bercerita berkenaan dengan masalah anak "picky eater" dan juga masalah kekurangan berat badan serta... susu penyelamat yang berjaya menyelesaikan masalah i.

Bukan nak cakapla kan, seiring dengan pertumbuhan bayi mengikut umur sangatlah mencabar bagi semua ibu.. now i know betapa sukar dan pening kepala bila memikirkan pemasalahan anak yang tak nak makan dan cerewet nak makan ni...pastu berat badan pun dah tak cantik..!! itu adalah situasi yang i pernah alami suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan i FRUST...memang sangat FRUST bila anak tak nak makan apa yang kita masak walaupun kita dah follow semua rules untuk buat makanan anak tu dari tekstur panas, suam, dan sejuk semuanya...tetap tak menjadi dan pernah jugak rasa give up nak masak... but gigih jugak masak even anak tak nak makan langsung... hati mak manalah yang tak meruntun bila anak tak nak makan LANGSUNG dan hanya bergantung pada susu semata... and YES di sebabkan keadaan itu, berat badan anak pun dah menembusi line kuning... sobb.sobb,,,sob...

So bila pergi checkup mulalah kena bebel dengan nurse dan doktor cakap kita ni tak bagi makanan seimbang dekat anak la...tak itu la tak inilah... haish lagi bertambah STRESS tau tak.. nasiblah masa yusuf sakit kena rotavirus dulu tu doktor suggest untuk tukar susu kepada PEDISURE, katanya bila anak dah 1 tahun ke atas dan kurang nak makan, maybe boleh tukar ke susu PEDISURE.  kebaikannya, jika anak tak nak makan atau kurang makan hanya bergantung pada susu sahaja..susu ini dapat membantu untuk melengkapkan nutrisi yang anak kita hilang..!!! so lepas je dengar adviced cenggitu, i pun gigih pergi mencari susu ni...walaupun harga a bit expensive tapi di sebabkan untuk kebaikan dan pertumbuhan yusuf...i pun beli dan try selama sebulan dan hasilnya sangatlah memberansangkan.. For 2nd checkup doktor pun terkejut sebab sepantas kilat berat dari line kuning terus menegak naik... dan doktor cakap "berat dan tinggi" tak seimbang pulak dah..but it's okay pertumbuhan yang memberansangkan.. means... means.. hahah yusuf terlebih tinggi dari berat... which is good untuk pertumbuhan perkembangan anak... alhamdullilah... masalah selesai sepantas kilat... zasssss


Jadi disebabkan itu, pelaburan selama sebulan amatlah berbaloi dan membuatkan i tersenyum semula, kalau tak asyik stress je kan bila anak tak nak makan ni... now yusuf dah start nak makan semula.. tapi dah jadi picky eater pulak, sebabnya tak nak makanan melayu ni asyik nak western je...so i pun terpaksalah mengikut selera dia yang all the time nak western food. nasiblah i ni jenis rajin nak memasak pasta, macaroni & spegethi and i noticed masak western food ni lebih cepat dari masak makanan tradisional melayu...opppsss..


So i nak share dengan ibu-ibu yang runsing dan risau dengan berat badan anak dan selera makan anak tu kan.. jom tukar ke susu pedisure...insyaallah, masalah korang pun akan selesai...kalau dulu i kena try n error tukar susu ke memacam brand, now i dah tak pening kepala dah.. sebab PEDISURE penyelamat kepada masalah i tu.. kalau korang nak try boleh minta sample dulu dengan ABBOT Malaysia.  PEDISURE ni ada 3 perisa, (Vanilla, coklat & madu) - but yusuf i hanya try vanilla untuk dia, perisa lain tak try lagi..maybe tunggu yusuf besar sikit barulah boleh nak try..ni i sharekan kelebihan susu ni untuk rujukan korang.

Kumpulan kanak-kanal yang sesuai menggunakan produk ini adalah:
- Kurang selera makan, kalau makan pun sangat sedikit;
- Hanya makan beberapa jenis makanan;
- Hanya makan beberapan jenis buah-buahan dan sayuran;
- Taknak try makanan baru;
- Jarak waktu makan yang lama;
- Aktif dalam aktiviti fizikal;
- memerlukan makanan ringan atau supplement yang berkahsiat; dan
- Alah kepada laktosa.

Sukatan susu ni kena ikut bancuhan yang disyorkan...and yusuf i bagi 3 kali je minum susu ni, which is pagi, time tengahari nak tido dan malam... so selain tu i bagi air masak je dan makanan pagi, snack, tengahari, minum petang and dinner. 

Also i noticed bila bagi susu ni anak pun dah jarang tak sihat, selera makan pun ada perubahan, berat badan makin bertambah, semakin tinggi dan anak dah tak sembelit dan mudah membuang.. which is good for yusuf....alhamdullilah..bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah macam i bolehlah cuba tukar susu ke pedisure, insyaallah masalah akan selesai... opps ni bukan entry berbayar from Abbot Malaysia ye. ni actually my personal review je pasal produk ni... ilmu yang baik apa salahnya kita berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana kan??? selamat mencuba u olls.

12 comments:

  1. Sis.. Susu pediasure untuk bayi 0-1 tahun ada ke..?? Sebab sye tgk semua 1 tahun keatas

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu pediasure hanya untuk bayi berumur 1-10 tahun sahaja

      Delete
  2. thanks sis for your sharing. i nak cuba beli

    ReplyDelete
  3. thank you for the best info ni...masalah i sama macam sis ..lps ni mesti cuba pediasure.insyaAllah

    ReplyDelete
  4. thanks sis for your sharing.masalah sama macam sis,i akan cuba bg pediasure.InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. Sama macam saya ank saya umur 4 tahun tapi kecil je dia risau pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sma mcm sy sis... Sy bru bg 1 mgu anak sy minum pediasure harap2 ada kesan memberangsangkan 😭😭.. Strugle is real... Ingat senang bg gemuk anak ni. Emm dpt picky eater huh ujian 😆 xpala yakin ja doa ibu makbul. Slalu doakan anak

      Delete
  6. Yela..sy pun nk try pediasure! Ank sy bru 2 th..ada masalah sembelit!

    ReplyDelete
  7. Tq sis dh sharing....anak sy susah nak makan,sembelit sampai menangis bila meneran 😥...lepas ni try pediasure lah.semoga ada perubahan

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Tq sis atas maklumat susu ini 🥰

    ReplyDelete
  10. Susu ni xda pack percubaan ke...anak sy tersgtla ssh MKN....huhuhu....bantu la sy....sembelit x klu minum susu ni

    ReplyDelete