Tips Mencantikkan Kuku Secara Semula Jadi



Lama betul tak menulis..walaupun baru seminggu dok terasa lama gila aih...!! harini i nak kongsi dengan korang tips cara mencantikkan kuku secara semula jadi dengan menggunakan bahan semula jadi yang terdapat di dapur korang tu je...konsepnya JIMAT dan MUDAH

Jangan korang hanya kulit badan, muka dan rambut je penting.. kalau dah namanya perempuan ni, dari atas sampailah bawah dan celah-celah part korang tu semua penting dan dok kena jaga...jenuhlah jadi perempuan kan??? lelaki ni tau-tau ja nak complain itu ini... selain itu, penjagaan kuku juga tak kurang pentingnya.  Cuba bayangkan time korang dok jabat tangan atau dok bersembang dengan kawan-kawan korang part yang paling banyak untuk pergerakan adalah tangan korang kan??? dan sekali gus akan menampakkan kuku korang tu...kalau kuku berkerak, habislah korang walaupun muka makeup helok tara mana pun, tapi kalau faktor kebersihan dan kesihatan kuku...agaknya apa kata kawan-kawan korang nanti... dan perlu di ingatkan tak semestinya bila bab penjagaan kuku ni korang nak kena ke saloon kuku untuk bersihkan, buat sendiri kat rumah pun boleh...jimat kos lagi tau..!! 

sejak i dah ada anak ni, i pun dah malas nak pi nail spa untuk kelebek kuku i ni, sebab tak dak masa dengan nak mengadap yusuf lagi kan?? dan lagi kalau i pi spa sapa nak jaga yusuf?? kalau bawak dia, satgi habis satu kedai spa dia tu dok ronda, so baiklah mama dia duduk rumah buat treatment sendiri kat rumah lagi aman damai senang... so tips i nak kasi ni sesuai untuk korang yang ada anak dan tak de masa nak pi nail spa macam i... so sambil-sambil jaga anak kat rumah tu, time anak tido bolehlah kita chantikkan kuku dengan barang yang ada kat dapur korang tu je...settel...



1.  Jus Lemon - ianya membantu untuk mencerahkan lagi permukaan kuku serta dapat menghilangkan kesan-kesan kotor degil.  Bukan itu sahaja, buah lemn ini uga memiliki manfaat vitamin C yang boleh membantu pertumbuhan kuku yag kuat.  So korang boleh jadikan rutin dua kali seminggu.  Hanya perlu sapukan pada permukaan setiap kuku dan biarkan ia kering sendiri.  lepas tu letakkan krim pelembab untuk memberi kelempaban yang optimum di bahagian kuku tadi.



2. Bawang putih - ianya kaya dengan selenium yang boleh mempertingkatkan pertumbuhan kuku.  Korang perlu gosokkan bawang putih ni terus pada kuku dan juga boleh buat minyak bawang putih untuk korang sapu pada kuku korang tu.



3. Madu - ianya dapat merawat masalah bakteria pada kuku dan juga memastikan bahagian kuku dan kutikel bersih dan lembut.  untuk menghasilkan pupur terbaik untuk kuku, korang boleh campurkan dengan lemin dan urutkan pada kuku.  biarkan beberapa minit (15-20 minit) lepas tu bilas.  korang akan nampak kuku koran tu lebih cerah, lembut dan kuat.


4. Apple Cider (cuka Epal) - ianya memiliki maanfaat anti kulat dan baik untuk digunakan pada bahagian kuku yang telah terkena jangkitan pada bahagian yang rosak macam cagu tu sesuai guna... ianya juga bersifat berasid yang amat berkesan untuk meneutralkan persekitaran alkali yang menyebabkan pertumbuhan kulat.  caranya korang rendamkan kuku kaki atau tangan bersama campuran apple cider dengan air suam selama 20 minit pastu korang lap dengan tuala bersih.  settel... ni kalau nak buat hari-hari pun bagus.


5.  Minyak kelapa - ianya mampu membuatkan kuku kekal terhidrat selain memperkuatkan kuku.  minyak ni pun ada maanfaat anti-kulat dan berfungsi untuk merawat kuku yang rosak.  Caranya korang panaskan minyak kelapa ni selama 20 minit dalam microwave past sapukan minyak ni suam-suam atas kuku di bahagian kutikel sebelum nak tido. boleh pakai sarung kaki jugak..so biarkan minyak ni bekerja selama korang tidur tu..ni boleh buat seminggu 2 kali jugak...

Senang kan tips i kasi ni??? so ini lah rutin yang selalu i buat bagi yang tak sempat nak ke nail spa... 

0 comments:

Post a Comment