Review : Foreo Luna Mini 2

Hey korang...!!!
Pernah tak wajah korang berjerawat?? mesti pernah kan?? tipu kalau muka tak pernah jerawat.  salah satu penyebabnya kerana proses mencuci wajah yang kurang bersih... kadang kalau korang pakai kapas pencuci pun masih nampak ada kotoran yang melekat di muka.. 



Kalau dulu terkenal dengan berus muka clarisonic dan mary kay pun ada keluarkan berus untuk pembersihan muka kan??? both brand i dah pernah guna dan masih ada sampai sekarang..but apa yang membuatkan i bertukar kepada Foreo pulak??? but first this is not pay review from foreo okay..ni adalah pendapat peribadi i..sebabnya for both brush i dah ada dan pernah guna.. masalah utama yang dihadapi adalah kena tukar berus tu..yes.. korang kena tukar berus tu setiap 3-6 bulan sekali mengikut kekerapan penggunaan korang..sebabnya berus tu akan cepat kotor disebabkan kotoran yang melekat di bulu berus tu... yes itu adalah masalah utama i... heheheh


Jadi bila Foreo dah ada jenis yang silicon ni, why not pulak i try kan.. walaupun harganya agak mahal jugak, tapi sebab diri dah terbiasa menggunakan berus muka so, try jugaklah dengan Foreo Luna Mini 2  ni... and guess what?? best gila wokey, pertamanya tak perlu nak fikir untuk tukar berus dan korang hanya perlu basuh di aliran air yang mengalir..sesambil tonyoh sikit2 then dah hilang...so kalau nak hygiene lagi, korang basuh la guna pencuci berus makeup korang tu...but for me, dah ok bila korang cuci dengan air tu pun semua kotoran yang melekat di celah2 liang silicon tu akan mengalir hilang..so itu antara salah satu kelebihan yang i nampak..

secondly, walaupun mahal tapi banyak kegunaannya.. antaranya adalah:
  • Menghaluskan liang pori wajah;
  • Menghalang minyak dan kotoran;
  • Membersih segala sel kulit mati;
  • Mengurangkan penglihatan pori-pori muka;
  • Memudahkan penyerapan produk penjagaan wajah


Boleh guna siang dan malam juga..boleh dikatakan setiap kali korang basuh muka tu guna je foreo ni...before tu korang apply pencuci muka (any type of face wash) pastu korang on Foreo and cuci selama 1 minit sambil2 massage muka tu.. then basuh dengan air bersih dan lap muka korang tu and korang akan nampak hasilnya. terasa lembut dan bersih.



Foreo ni pun ada banyak jenis mengikut warna dan jenis kulit korang...so before beli tu korang kena tahu jenis kulit korang supaya korang tak tersalah beli yerp...bukan beli ikut favorite colour korang tahu...yang paling bestnya sistem pembersihan kulit Luna telah melancarkan pulsasi T Sonic dengan menggabungkan teknologi anti-penuanan ke dalam reka bentuknya yang menjalar untuk kegunaan seharian.

  • Luna Biru - Kulit Kombinasi
  • Luna Pink - Kulit Sensitif & Normal
  • Luna Mint Cerah - Kulit Paling Sensitif
Jadi antara kelebihan dan keistimewaan Foreo Luna yang memikat hati i adalah
  • Rekaan silikon yang unik, which is ada berus jenis kecil dan tebal dengan rekaan bentuk yang oval
  • Ultra Soft & nanobrasive
  • 35x lebih hygine dari nylon bristle (berus pada jenis sonic yang lain tu)
  • BPA free 
  • 3 zone brush (ni yang i cakap tadi, ada kiri kanan dan atas jenis berus yang kecil dan besar) - so boleh la masuk celah-celah termukaan hidung antara mata tu dan sangat senang untuk di pegang dan mudah.

So, that why i telah jatuh cinta dengan Foreo Luna Mini 2 ni...sebab korang tak perlu tukar berus lagi dan 100% kalis air serta mudah di bawa ke mana sahaja....

Foreo ni bukan untuk wanita je tau, for men pun ada version 2 for men... alamak, habislah kalau my husband baca entry wife dia ni... hehehhehe...




0 comments:

Post a Comment