Review - The Lion King 2

Assalamualaikum wbkth....




Cerita dah lewat seminggu...!!! tapi nak review jugak..
Actually my husband yang beria nak tengok cerita ni walaupun jalan ceritanya sama macam cerita kartun pada tahun 1994 tapi bagi yang kali ni telah di adaptasi kepada CGI movie.. so i ikutkan aje.  Disebabkan nak bawa yusuf for the first time tengok movie, so my husband dah beli tiket di cineplex di Dcurve platinum tu which is hanya 4 orang je tengok cerita ni weh...!!! 


Masuk-masuk hall je hanya kami bertiga je, lepas movie baru nak start dalam 5minit lagi ada lagi 1 couple masuk..so menjadikan hanya 5 orang je untuk malam tu yang tengok show jam 9.00 malam.. so disebabkan ni first time yusuf tengok wayang duduk seat depan sekali..nasiblah dia tak meragam..dia pun beria tengok cerita ni... 

Power betoi CGI dia tu... memang betul-betul nampak real giler setiap watak dan karakter binatang-binatang tu.. langsung tak nampak macam guna komputer.  Pastu grafik dia sangat precise, sampaikan ulat dan anai-anai yang ada dalam cerita itu pun nampak clear dan cantik sangat.  Sampaikan urat-urat kat ulat tu pun boleh nampak jelas..memang sangat hebat...!!! tak rugi beli tiket memahal...

Memang enjoy tengok The Lion King ni, banyak mesej yang disampaikan dalam cerita ni especially bab kasih sayang antara ayah (mufasa) dengan anaknya (simba.  Tapi sedih bila moment yang mufasa mati masa tengah nak selamatkan simba dari kena sondol dengan binatang lain.  Last-last mufasa mati sebab dendam scar yang nakkan tahta kerajaan mufasa di hutan tu... geram pulak time tu... but ending yang last tu sangat touching bila simba dah besar datang menyelamatkan hutan yang dah kering kontang dek kerana scar berjaya menggantikan mufasa sebagai raja di hutan tu... end up orang jahat pasti mati juga...  

Apa pun movie ni memang best...syabas Disney...!!! so berakhirlah cerita tu sampai jam 12.00 tengah malam, yang terkejutnya my little simba pun tak tido sampai time tu, patutnya bila dah lepas jam 9malam adalah waktu my little simba tido.....nasib tak buat perangai time tengok cerita ni..sebab dia pun takut bila time gaduh-gaduh tu... roaaarrrr... 











0 comments:

Post a Comment